Mengisahkan tentang seorang pembunuh upahan, Henry Brogan yang kini sudah berusia dan ingin bersara daripada kerjayanya. Walau bagaimanapun, telah berlaku perkara yang sebaliknya apabila dia terpaksa berhadapan dengan klon dirinya yang lebih muda dan boleh membaca setiap pergerakan lelaki ini.
Kami berpeluang menyaksikan sendiri kehebatan lakonan Will Smith dalam format 3D+ HFR dan jelas sekali, penonton lebih berpuas hati melihat aksi yang dilakonkan secara 3D. Paparan 120fps membuatkan setiap babak nampak lebih real, terutamanya aksi lawan.
Apa yang kami boleh katakan, korang patut merasai sendiri pengalaman menonton filem berformat 3D+ HFR ini kerana ia merupakan pertama kalinya diadakan di Malaysia.
Ads
Tidak seperti filem-filem aksi lain, jalan cerita Gemini Man nampaknya lebih simple dan tidak terlalu meleret. Permulaan cerita yang agak perlahan kadang-kala membuatkan kami rasa sedikit ‘off’. Namun begitu, perkembangan jalan cerita ini sedikit sebanyak menjadikan penonton ternanti-nanti apakah kesudahan yang berlaku pada kedua watak penting tersebut.
Lakonan mantap yang diberikan oleh barisan-barisan pelakon lain seperti Marry Elizabeth Winstead, Clive Owen serta Benedict Wong menguatkan lagi setiap karakter dalam filem.
Ads
Bagi Will Smith pula, lakonan yang dibawa dalam watak klon yang jauh lebih muda juga tak kurang hebatnya. Sesekali kami seperti terbayangkan watak itu seperti dilakonkan oleh anaknya, Jaden Smith. Hiks!
Secara kesimpulannya, walaupun Gemini Man mempunyai kekurangan dari segi pace jalan ceritanya, namun ia tetap berbaloi untuk ditonton.
Ads
Tambah pula bila filem ini dihadirkan dalam format 3D+ HFR. Takkan korang tak nak try kan?
Jom serbu panggung wayang yang berdekatan untuk menonton Gemini Man bermula 10 Oktober 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menghantar anak ke institusi tahfiz bukanlah satu keputusan yang muda. Ramai ibu dan bapa yang mahu anak-anak mereka mendapat manfaat pembelajaran al-Quran dan ilmu agama.
Begitu juga yang dipraktikkan oleh pengacara popular, Aidid Marcello yang turun memberi penekanan ilmu agama kepada tiga orang anak lelakinya.
Menulis dalam hantaran terbaru di laman sosial instagramnya, Aidid berkongsi dan menjelaskan betapa menjadi tanggungjawab besar untuk dia dan isteri dalam membesarkan anak-anaknya agar hidup berlandaskan Islam.
Malah, Aidid Mercello mengundang sebak netizen apabila dia dan isteri, Norzie Pak Wan Chek mengambil keputusan untuk menghantar tiga anak lelakinya iaitu Muhammad Iman,Muhammad Yusuf, dan Muhammad Ibrahim ke tahfiz.
Menerusi perkongsian tersebut, pengacara popular tersebut berkata keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu anak-anaknya mendalami al-quran dan ilmu akhirat.
Ujarnya, “Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak & sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa & happy dengan panggilan ini.
“Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah & @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
“Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia mmg jenis yang firm, well research, korek segala info gila2 dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak2 dia.”
Menjelaskan lagi tentang keputusannya suami isteri, Aidid turut bercerita mengenai kekuatan untuk mengubah aliran sekolah anak-anaknya. “Tapi kali ni, kami tak tau macamana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati & tenang memberhentikan anak2 kami dari sekolah rendah & menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukkan. MasyaAllah.
“Kita mmg boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa 5 min dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25km,” jelasnya lagi.
Tahniah dan respek pada sikap yang ditunjukkan oleh Aidid dan isteri. Walaupun berdepan dengan situasi dunia yang semakin moden, tetapi mahu mengukuhkan pendidikan agama anak-anaknya. Semoga tindakan mereka ini menjadi inspirasi buat semua ibu bapa yang memiliki hasrat yang sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Amir Ahnaf mendedahkan dia hanya diberi masa tiga minggu sahaja untuk menguasai bahasa Indonesia bagi menjayakan filem terbaharu lakonannya, The Parcel yang bakal ditayangkan kelak.
Menurut pelakon berusia 24 tahun itu, walaupun menzahirkan kerisauan dengan penerimaan penonton, dia bagaimanapun tidak sabar untuk karya seram tersebut ditayangkan di kedua buah negara.
“Ada satu filem seram lakonan saya iaitu The Parcel di mana karya itu saya berlakon di Indonesia dan seluruh jalan cerita saya akan ‘ngobrol’ dalam bahasa Indonesia.
“Ya, sudah semestinya saya agak risau juga dengan penerimaan penonton tetapi pada masa sama saya tidak sabar untuk filem itu ditayangkan di pawagam Malaysia dan Indonesia,” katanya kepada Remaja.
Dalam pada itu, bekas peserta Hero Remaja 2021 itu turut berkongsi dia mengambil masa seminggu untuk merasai kehidupan di sana selain mempelajari bahasa ibunda negara seberang itu.
“Sebenarnya, saya diberi masa lebih kurang dalam tiga minggu sahaja untuk menguatkuasa bahasa Indonesia.
“Selain itu, saya ambil satu minggu ke sana untuk script reading dan merasai kehidupan di sana.
“Setiap malam saya keluar, santai dan mengambil pendekatan untuk berborak dengan orang tempatan apabila saya berpeluang untuk menaiki Grab,” kongsinya lagi.
Selain Amir, The Parcel juga menampilkan seorang lagi pelakon dari Malaysia, Nora Danish dan turut dibintangi oleh pelakon Indonesia berkaliber seperti Atiqah Hasiholan, Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan.
Terdahulu, beberapa bekas finalis Hero Remaja dan Dewi Remaja juga pernah diberikan kesempatan untuk membuka langkah ke Indonesia termasuklah Meerqeen dan Anna Jobling.
Kemurungan adalah gangguan perasaan yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita menyayat hati membabitkan seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang didakwa dibunuh oleh bapa kandungnya sendiri dan ditemui dalam karung guni dengan kesan lebam di beberapa bahagian badan selain turut dilumur garam kasar.
Dipercayai suspek berusia 40 tahun itu mempunyai masalah mental dan halusinasi yang dialami suspek. Dan dikatakan suspek hanya membaca pelbagai surah al-Quran dengan alasan untuk berdoa sebagai pendinding diri.
Apa itu penyakit Skizofrenia
Skizofrenia merupakan gangguan jiwa yang mempengaruhi fungsi otak manusia, fungsi normal kognitif, emosional, dan tingkah laku. Pesakit gangguan skizofrenia biasanya akan kehilangan respons emosional, menarik diri dari pergaulan, dan mengalami halusinasi serta delusi.
Merupakan penyakit mental yang diakibatkan oleh ketidakseimbangan satu sel kimia dalam otak (dopamine).
Ia adalah suatu gangguan psikosis fungsional berupa gangguan mental secara berulang dengan gejala-gejala psikotik seperti kemunduran fungsi sosial, fungsi kerja dan perawatan diri. Penghidap penyakit ini kemungkinan dapat melihat, mendengar dan merasa akan tetapi apa yang yang didengari,dilihat dan dirasa itu bukanlah sesuatu yang wujud di alam nyata. Ia dianggap benar oleh si penghidap sehingga ia boleh mempengaruhi tingkah laku si penghidap.
Penyakit ini wujud sejak beratus tahun namun ianya dikesan sebagai penyakit mental pada tahun 1887 oleh Dr Emelin Kreaplin.
Kesan penyakit ini akan mempengaruhi proses pemikiran pesakit. Penyakit ini diperoleh melalui perubahan persekitaran sekeliling seperti tekanan perasaan, masalah kewangan dan lain-lain.
Penyakit Mental Skizofrenia
Ada juga yang mengaitkan dengan masalah yang datang dari genetik.Ia juga bermula dari kemurungan sehingga boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.
Menurut Professor Bersekutu Psikiatari, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Ng Chong Guan, kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit mental dan wanita adalah yang paling tinggi peratusannya mendapat penyakit ini daripada lelaki.
Penyakit ini biasanya bermula pada lewat remaja dan awal dewasa iaitu semasa fasa yang paling kritikal dalam kitaran hidup seseorang individu. Katanya, dalam masa 10 tahun, peratusan yang akan mendapat penyakit ini akan meningkat sekali ganda dalam masa 10 tahun.
Orang dengan gangguan skizofrenia mempunyai sekurang-kurangnya satu dari gejala-gejala berikut:
1. Halusinasi. Pesakit mendengar suara manusia atau suara lain yang sebenarnya tidak nyata, atau melihat sesuatu yang sebenarnya tidak ada.
2. Delusi. Pesakit mempercayai sesuatu yang tidak nyata; menginterpretasikan dunia yang berbeza dengan kenyataan.
3. Tidak bersemangat.
4. Tabiat tidak merawat diri dengan baik.
Skizofrenia boleh dirawat
Skizofrenia tidak dapat dirawat dengan satu jenis rawatan sahaja. Ia memerlukan gabungan rawatan yang meliputi aspek-aspek seperti:
Psikoterapi – Rawatan psikologi bertujuan untuk memberi sokongan emosional kepada pesakit.
Farmakologi – Penggunaan ubat-ubatan bagi memulihkan ketidakseimbangan biokimia di bahagian otak serta mengurangkan gejala penyakit.
Psikososial – Penglibatan pesakit dalam pelbagai aktiviti seperti psycho-education membantu pesakit sedar bahawa rawatan dan pemulihan bukan hanya bergantung kepada ubat atau psikoterapi, tetapi persekitaran turut mempengaruhinya.
Justeru, penyakit ini adalah cabang dari penyakit mental dan ia adalah penyakit yang amat yang memerlukan perhatian ramai. Diharapkan, masyarakat dapat menerima kehadiran dan membuang stigma yang memandang serong terhadap pesakit mental.
Ha, ada yang mengalami simptom-simptom seperti ini tak? Nah, kalau ada pun korang tetap kena pergi berjumpa dengan doktor dulu untuk mengesahkannya.
Sumber: Mufti WP, My Health
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!