Pelakon Indonesia, Prilly Latuconsina berkata filem sequel ‘Danur 2: Maddah’ akan jauh lebih menyeramkan berbanding filem pertama. To be exact, 10 kali lebih seram!
Persoalannya, mampukah filem tersebut mengulang kejayaan yang dicatatkan oleh sebuah lagi filem seram, ‘Pengabdi Setan’ arahan Joko Anwar.
Kata Prilly, dia tidak berani untuk mensasarkan jumlah penonton yang akan ke pawagam ataupun jumlah kutipan tiket untuk ‘Danur 2: Maddah’. Namun, dia yakin penonton yang menyokong filem ini akan berpuas hati dengan jalan cerita dan tahap keseraman yang mereka tonjolkan.
Setakat hari pertama tayangan pada Khamis lalu, ia sudah berjaya menarik lebih 170 ribu orang penonton ke pawagam. Hebat tu!
“Saya sendiri tidak berkesempatan lagi untuk menonton Pengabdi Setan kerana pada tahun lepas, saya sedang sibuk belajar untuk ujian UTS, jadi tidak ada masa.
“Cuma kalau dari segi seram atau tidak itu, ‘Danur 2:Maddah’ dipetik dari kisah benar. Jadi kita tidak boleh lari jauh daripada skrip kejadian sebenar. Itulah yang membuatkannya cukup seram.
Ads
“Kita pun tidak menjadikan filem lain (Pengabdi Setan) sebagai kompetitor kita. Filem lain itu ada pacuan (sasaran) kita. Itu sebagai reference dan acuan untuk berkarya,” kata Prilly.
Filem Pengabdi Setan yang menempah kejayaan luar biasa sehingga dibawa ke Eropah untuk tayangan.
Untuk pengetahuan korang, filem Danur 1 ditayangkan terlebih dahulu sebelum Pengabdi Setan. Dan di Indonesia, Danur 1 mendapat respon yang sangat baik dari rakyat di saya sebelum Pengabdi Setan merampas tangga teratas filem seram yang mencatatkan kutipan paling memberansangkan.
Filem ini mengisahkan tentang gadis bernama Risa (lakonan Prilly) yang boleh melihat kelibat makhluk halu dan akhirnya berkawan dengan – hhm – ‘mereka’.
Ads
“Saya betul-betul menitik beratkan karakter Risa agar ia asli dan bukan dibuat-buat. Sehinggakan ada satu adegan yang memang sukar untuk kami selesaikan. Kami terpaksa mengambil masa 6 jam.
Ads
“Disebabkan itulah, badan saya mengalami kesakitan kerana tempoh penggambaran yang terlalu lama.
“Saya juga ada berhubung dengan penulis, Risa Saraswati yang juga merupakan karakter sebenar di dalam filem ini. Katanya melalui WhatsApp, selama filem ini menjalani penggambaran, ada makhluk halus yang selalu datang untuk berdamping dengannya.”
Err, okay seram, seram!
Setakat ini, masih belum ada update sama ada ‘Danur 2:Maddah’ akan ditayangkan di Malaysia. Tak mustahil jika sambutannya menggalakkan di Indonesia, filem ini akan menemui penonton Malaysia sama seperti Pengabdi Setan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dah namanya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, bagilah lagu apa pun mesti vas!
Terbaru hari ini di dalam perkongsian di Instagram, Siti telah berkongsi klip pendek yang menyaksikan dirinya bergandingan dengan Khai Bahar untuk sebuah lagu berbentuk zikir.
Lagu berjudul Cinta Syurga itu mengambil melodi asal lagu popular, Comel Pipi Merah yang direkodkan khas buat puteri Siti dan suaminya, Siti Aafiyah.
Bersesuaian dengan kehadiran bulan Ramadan, Cinta Syurga dilihat cukup sesuai untuk dimainkan berulang-ulangkan kali selepas ia dikeluarkan secara rasmi di seluruh platform digital bermula 25 Mei 2018 ini. Menurut pengurus Siti iaitu kak Rozi, pihaknya juga telah menghantar Cinta Syurga ke stesen-stesen radio.
Malah, ada peminat yang berkata telah mendengarnya di Suria.FM. Korang dah dengar?
Juga khas buat peminat Siti dan Khai Bahar, Cinta Syurga juga akan mempunyai video muziknya sendiri dan akan dimuatnaik di akaun YouTube DatoSNurhalizaVEVO tidak lama lagi. But for now, apa kata kita tengok dulu klip pendek ini.
Ternyata, netizen baik peminat Siti mahupun peminat Khai memuji versi zikir ini dengan menyatakan mudah bagi mereka mengikuti sama membaca zikir tersebut dalam bait lagu tersebut.
Isu Tiru Versi Pelajar Maahad Bukan Isu Besar
Dalam semua suka dengan versi ini, ada netizen yang mendakwa versi ini terlebih dahulu dinyanyikan oleh pelajar Maahad sebagai parodi kepada lagu Comel Pipi Merah. Kiranya macam mereka inilah yang come out dengan idea lirik zikir tersebut.
Kak Rozi dalam kenyataannya berkata pihak telah menghubungi Ustazah Amira yang memuat naik video asal itu dan Kak Rozi juga pernah memuat naik video tersebut pada Instagramnya sendiri. Namun, video repost itu terpaksa ditarik balik kerana arahan pihak sekolah mereka.
Kak Rozi memberi jaminan mereka memberikan kredit kepada Ustazah Amira untuk cetusan idea zikir untuk Cinta Syurga, seperti dalam video Instagram ini.
Jangan risau, REMAJA pasti Siti mahupun Kak Rozi memahami selok-belok industri seni dan mereka sudahpun mengambil kira faktor originaliti pada idea lagu zikir ini.
Sama-sama kita dengar dan zikir bersama okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini Remaja berkesempatan menonton filem remake Forrest Gump versi Hindi, Laal Singh Chaddha yang dilakonkan oleh Amir Khan dan Kareena Kapoor. Sudah lama rasanya tidak menonton filem Hindi di pawagam, kami betul-betul terhibur menyaksikan filem arahan Advait Chandan ini.
Mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Laal Singh Chaddha, zaman kanak-kanaknya berlainan dengan orang lain kerana dia tidak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Laal sering bergantung kepada ibunya, namun setelah bertemu dengan Rupa, Laal sudah mempunyai kawan baik dan orang yang dipercayai dalam hidupnya.
Hubungan persahabatan mereka melahirkan bibit-bibit cinta dalam diri Laal, namun Rupa hanya menganggap Laal sebagai seorang kawan dan ingin mencari lelaki yang boleh memberi kemewahan buatnya. Akan tetapi, Laal tidak mengalah untuk menjadikan Rupa sebagai isteri sehinggalah berlaku satu perkara yang tidak disangka-sangka. Apakah kesudahan kisah Laal dan Rupa ini? Ha, korang kena tonton sendiri di pawagam okay?
Secara keseluruhannya, apa yang kami boleh katakan adalah filem ini berjaya diadaptasi dengan membawa ‘tradisi’ mereka sendiri, iaitu filem Hindi yang terkenal dengan lagu-lagunya serta kisah cinta yang dibuai dengan pelbagai emosi. Unsur komedi dalam filem ini juga membuatkan penonton terhibur sepanjang berada di pawagam.
Pujian diberikan kepada pelakon utama filem ini, Amir Khan yang dilihat dapat membawakan watak seorang lelaki kurang upaya dengan baik, bermula daripada seawal usia ketika dia dibuli, sehinggalah menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab.
Laal Singh Chaddha merupakan filem komedi yang diterbitkan oleh Aamir Khan Production bersama Viacom18 Studios. Difahamkan, filem ini mengalami beberapa perubahan dengan penulisnya, Atul Kulkarni menghabiskan 10 tahun pertama untuk mengadaptasi skrip dan 10 tahun lagi membeli hak adaptasi filem.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Tsunami melanda tidak kira masa dan waktu dan tragedi gempa bumi yang melanda di negara-negara jiran kita cukup menyayat hati.
Terbaru, susulan pengeluaran debu dari salah satu gunung berapi paling aktif di selatan Manila petang semalam, Ketua Institut Volkanologi dan Sismologi Filipina, Renato Solidum menjangkakan akan berlakunya fenomena ‘tsunami gunung berapi’ dalam tempoh beberapa hari.
Gunung berapi Taal yang berada kira-kira 65km dari kawasan selatan Manila itu dikatakan meletus kali terakhir adalah pada 1977.
Serious situation here with Level 4 and a ‘hazardous eruption’ imminent of #Taal volcano. Everyone be safe- stay indoors. Let’s prepare the worst and how the best. pic.twitter.com/MtxbNra0Mo
Menurut sumber, gunung berapi Taal telah menunjukkan beberapa tanda sejak akhir Mac lalu. Namun petang Ahad lalu, debu tebal setinggi 15km boleh dilihat dari jauh diikuti dengan beberapa gegeran yang dikatakan seperti ‘raksaksa menghampiri’.
Keadaan ini menyebabkan pihak pejabat bencana tempatan terpaksa mengambil tindakan memindahkan lebih 6,000 penduduk setempat dan penduduk dari kawasan kejiranan ke kawasan yang lebih selamat.
MANILA, Philippines – The Taal Volcano in Batangas remained under Alert Level 4 early Monday morning, January 13, as it spewed lava fountains amid the threat of a hazardous eruption. pic.twitter.com/8Umz2uEL3q
Untuk pengetahuan anda, pulau kecil gunung berapi Taal sering menjadi tumpuan pelancong kerana pemandangannya yang cantik, namun disebabkan amaran bahaya yang sudah meningkat kepada skala empat daripada lima menyebabkan kawasan itu ditutup untuk pelancongan buat sementara waktu.
Setakat ini tiada laporan kecederaan dilaporkan oleh media dan pihak berkuasa tempatan.
So korang yang merancang bercuti ke Filipina tu diharap dapat la postpone hajat korang tu!
Sumber: NY Times, Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!