
Feisk Productions bakal menggegarkan pawagam seluruh negara dengan filem terbaharu mereka berjudul ANGKAT, sebuah drama komedi gelap yang cukup unik dan menyentuh hati. Filem ini bakal ditayangkan secara rasmi bermula 14 Ogos 2025.
Mengisahkan tiga beradik yang renggang hubungannya, ANGKAT membawa penonton menyelami perjalanan getir mereka membawa pulang jenazah ayah ke kampung untuk dikebumikan.
Tapi, semuanya jadi rumit bila van yang mereka naiki rosak 30 kilometer sebelum tiba di destinasi. Mahu tak mahu, mereka terpaksa memikul sendiri keranda itu dan sepanjang perjalanan yang penuh konflik, emosi, dan ketegangan yang terpendam.
Diselit dengan unsur surrealisme dan jenaka gelap, filem ini memberi nafas segar dalam genre tempatan. Walaupun berlatarkan kematian dan perpecahan keluarga, pengarah Feisal Azizuddin berjaya menghidangkan sisi “absurd” dalam duka dan kekacauan itu.
Lokasi penggambaran pula dilakukan di Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur pada hujung 2022 dan siap sepenuhnya pada 2024.
Yang menariknya, ANGKAT bukan calang-calang projek! Ia telah menyertai pelbagai platform pembangunan filem berprestij seperti Asian Film Market di Busan, Korea Selatan, Southeast Asian Film Financing Project Market di Singapura, dan Luang Prabang Talent Lab di Laos. Confirm bukan biasa-biasa!
Filem ini turut menampilkan gandingan pelakon tempatan berbakat besar seperti
Firdaus Karim, Syazani Zikry, Sky Iskandar serta penampilan mantap daripada Sara Mack Lubis dan Liana Rafiai.Dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menonton
ANGKAT, Feisk Productions bekerjasama dengan TGV Cinemas untuk menawarkan harga tiket hanya RM10 sepanjang tempoh pra-jualan dari 1 hingga 13 Ogos. Yes, you read that right, RM10 je!Menurut penerbit Iskander Azizuddin, strategi ini penting untuk memastikan filem kekal lama di pawagam.
“Agar filem itu kekal lebih lama di pawagam, dewan perlu diisi dalam tempoh 4 hari pertama tayangan filem itu,” jelas Iskander.
Beliau turut akui cabaran menarik penonton ke pawagam semakin sukar, memandangkan harga tiket biasa kini mencecah sekitar
RM20, bergantung pada lokasi dan rangkaian.“Dengan mengurangkan tiket kepada harga RM10, kos akan ditanggung oleh Feisk Productions tetapi saya berharap inisiatif ini akan memudahkan rakyat Malaysia menonton ANGKAT,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.