Feisk Productions bakal menggegarkan pawagam seluruh negara dengan filem terbaharu mereka berjudul ANGKAT, sebuah drama komedi gelap yang cukup unik dan menyentuh hati. Filem ini bakal ditayangkan secara rasmi bermula 14 Ogos 2025.
Mengisahkan tiga beradik yang renggang hubungannya, ANGKAT membawa penonton menyelami perjalanan getir mereka membawa pulang jenazah ayah ke kampung untuk dikebumikan.
Tapi, semuanya jadi rumit bila van yang mereka naiki rosak 30 kilometer sebelum tiba di destinasi. Mahu tak mahu, mereka terpaksa memikul sendiri keranda itu dan sepanjang perjalanan yang penuh konflik, emosi, dan ketegangan yang terpendam.
Diselit dengan unsur surrealisme dan jenaka gelap, filem ini memberi nafas segar dalam genre tempatan. Walaupun berlatarkan kematian dan perpecahan keluarga, pengarah Feisal Azizuddin berjaya menghidangkan sisi “absurd” dalam duka dan kekacauan itu.
Lokasi penggambaran pula dilakukan di Tanjung Karang, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur pada hujung 2022 dan siap sepenuhnya pada 2024.
Ads
Yang menariknya, ANGKAT bukan calang-calang projek! Ia telah menyertai pelbagai platform pembangunan filem berprestij seperti Asian Film Market di Busan, Korea Selatan, Southeast Asian Film Financing Project Market di Singapura, dan Luang Prabang Talent Lab di Laos. Confirm bukan biasa-biasa!
Filem ini turut menampilkan gandingan pelakon tempatan berbakat besar seperti Firdaus Karim, Syazani Zikry, Sky Iskandar serta penampilan mantap daripada Sara Mack Lubis dan Liana Rafiai.
Ads
Tiket RM10 Je? Ini Baru Betul #SupportFilemTempatan!
Dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dapat menonton ANGKAT, Feisk Productions bekerjasama dengan TGV Cinemas untuk menawarkan harga tiket hanya RM10 sepanjang tempoh pra-jualan dari 1 hingga 13 Ogos. Yes, you read that right, RM10 je!
Menurut penerbit Iskander Azizuddin, strategi ini penting untuk memastikan filem kekal lama di pawagam.
Ads
“Agar filem itu kekal lebih lama di pawagam, dewan perlu diisi dalam tempoh 4 hari pertama tayangan filem itu,” jelas Iskander.
Beliau turut akui cabaran menarik penonton ke pawagam semakin sukar, memandangkan harga tiket biasa kini mencecah sekitar RM20, bergantung pada lokasi dan rangkaian.
“Dengan mengurangkan tiket kepada harga RM10, kos akan ditanggung oleh Feisk Productions tetapi saya berharap inisiatif ini akan memudahkan rakyat Malaysia menonton ANGKAT,” tambahnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, pelakon Que Haidar mencuri perhatian apabila berkongsi beberapa foto tubuh ‘sado’ di platform TikTok miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, aktor filem Kampung Pisang itu dilihat memuat naik gambar ‘mirror selfie’ ketika berada di gimnasium.
“Life is too short,” tulisnya ringkas pada kapsyen.
Tak hairanlah ruangan komen dibanjiri dengan pujian netizen terhadap penampilan aktor berusia 45 tahun itu yang kini lebih berstamina dan fit. Malah, ada juga yang sempat meminta jadual senamannya.
“Bang, share jadual workout please,” tulis seorang pengguna TikTok.
Tidak lokek berkongsi, Que terus mendedahkan rahsia rutin kecergasannya yang penuh disiplin.
“Dalam seminggu satu hari cuti. Sehari sekurang-kurangnya dua jam.
“Kalau ada masa buat dua jam pagi, dua jam malam. Clean diet, no sugar, no salt, no oil, carbo spaghetti kosong.
“Protein dari putih telur rebus, ayam, ayam, ayam, daging, ikan. Protein supplement abang pakai brand Padu Gear… memang padu,” jelasnya.
Perkongsian tersebut sekali gus membuatkan ramai kagum dengan transformasi Que. Malah, ada yang menganggapnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha mendapatkan tubuh idaman.
“Tidak mudah, bukan tidak mungkin. Selamat kembali crush,” tulis seorang pengguna.
“Inspirasi betul la bang,” tulis beberapa netizen teruja,” komen pengguna lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akhirnya, K-drama popular di saluran tvN iaitu True Beauty telahpun melabuhkan tirai semalam dengan episod terakhir.
Menurut laporan Nielsen Korea, episod finale tersebut masih mengekalkan True Beauty dengan rating siaran paling tinggi di Korea Selatan pada angka 4.458 peratus. Ternyatalah ia telah memberikan penangan yang dasyat kepada peminat di Korea mahupun di seluruh dunia.
Di Malaysia umpamanya, True Beauty telah menjadi di antara drama ikutan ramai jika meninjau kepada respon penonton di laman Twitter. Saban episod, ia akan mendaki tangga trending menewaskan topik-topik tular lain.
Sempena episod terakhir True Beauty semalam, para pelakonnya telahpun berkongsi kata-kata akhir kepada peminat yang menyokong mereka sedari episod awal hinggalah semalam. Drama yang mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bersifat insecure terhadap rupa parasnya dan menemui seorang pelajar lelaki popila yang turut insecure dengan emosinya ini telah menemukan gandingan Moon Ga Young dan Cha Eun Woo.
Kongsi Moon Ga Young, mereka sebenarnya telahpun berada di set penggambaran True Beauty untuk tempoh 7 bulan sehingga mereka tidak menyedari siri itu akan berakhir semalam.
“Saya telah bertemu ramai pelakon senior yang menjadi tenaga pengajar dan rakan saya. Terima kasih kepada penonton setia yang menggemari True Beauty. Saya memperolehi sokongan menerusi watak Ju Gyeong ini dan berharap kita dapat bertemu pada masa akan datang.”
Sementara itu Cha Eun Woo yang membawakan watak Lee Su Ho juga tidak percaya dia sudah perlu meninggalkan wataknya yang digemari ramai penonton itu. “Ramai pihak telah bekerja keras sejak musim panas tahun lepas hingga musim sejuk sekarang demi drama True Beauty. Saya sekali lagi ingin berterima kasih kepada pengarah dan penulis skrip, kepada semua pelakon dan staf di belakang tabir – saya gembira dapat bekerja dengan anda semua.
“Saya juga menghargai penonton yang mengikuti True Beauty dan terus menyukai watak Su Ho.”
Sementara itu, beberapa lagi pelakon True Beauty lain seperti Hwang In Yeop (Han Seo Jun), Park Yoo Na (Kang Su Jin), Kang Min Ah (Lim Yu Gyeong) dan Im Se Mi (Lim Hee Gyeong) berkongsi sentimen yang sama dan tidak percaya siri ini telahpun tamat.
“Saya berharap drama ini akan diingati ramai pada masa akan datang sebagai drama yang membawakan banyak memori indah kepada penonton,” kata In Yeop. Mereka semua juga teruja untuk membawakan lebih banyak watak yang berkesan bagi projek drama seterusnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Empat nama besar dalam industri muzik tempatan bakal mencipta sejarah apabila mereka bergabung dalam sebuah konsert mega yang dinanti-nantikan ramai iaitu Empat Live In Kuala Lumpur 2025.
Buat julung kalinya, Ziana Zain, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel akan berkongsi pentas dalam sebuah persembahan istimewa yang bukan saja menyatukan suara-suara hebat tanah air, tetapi juga mengangkat nilai kekeluargaan.
Mereka bukan sekadar rakan artis, tapi ‘family goals’ betul! Ziana dan Anuar adalah adik-beradik, Ernie pula anak saudara mereka, dan Syamel? Suami kepada Ernie.
Sekali gus, gabungan ini menjadikan Empat sebagai sebuah konsert yang cukup unik dan penuh sentimental value.
Bercakap tentang konsert ini, Anuar Zain yang juga bertindak selaku penganjur menyifatkan ia sebagai projek yang sudah lama mereka impikan.
“Ini adalah projek impian yang telah dirancang sejak dua tiga tahun lalu.
“Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu simbol kekeluargaan dan penghargaan kepada peminat yang selama ini menyokong kami,” jelasnya dalam satu kenyataan rasmi.
Sementara itu, Ziana Zain pula menggambarkan konsert ini sebagai “temasya cinta” yang bukan hanya antara mereka berempat, tapi juga dengan peminat tersayang.
“Kami tidak menjanjikan sesuatu yang luar biasa, tetapi kami mahu semua yang hadir pulang dengan momen yang magis dan indah,” katanya.
Konsert ini akan diarahkan oleh pengarah berpengalaman Jennifer Thompson dan diperkukuhkan dengan sentuhan muzik oleh Sze Wan bersama barisan pemuzik profesional.
Tiket konsert mula dijual 25 April 2025 jam 10.00 pagi di laman rasmi [ticket2u.com.my/empatkl](https://www.ticket2u.com.my/empatkl).
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada momen bersejarah ini!
Harga tiket bermula dari RM288 (Bronze) hingga RM2,088 (Royal Twin Seat – untuk dua orang). Pilih ikut bajet, tapi pastikan korang tak terlepas untuk saksikan gabungan empat legenda, satu pentas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.