Filem Aksi Terbaik, Brad Pitt Buat ‘Comeback’ Dalam Bullet Train

Share

Selepas menonton tayangan perdana Bullet Train bersama penonton bertuah majalah Remaja, apa yang boleh kami katakan korang bakal terhibur selama lebih kurang dua jam menonton filem lakonan utama Brad Pitt ini.

Mengisahkan tentang seorang pembunuh yang berusaha untuk menyelesaikan misi di dalam kereta api, namun tidak menyangka di situ ada lagi empat penjahat lain yang mempunyai misi yang sama.

Dia menaiki kereta api Tokyo untuk mendapatkan semula beg bimbit misteri, tetapi terpaksa bersaing dengan sekumpulan pembunuh upahan yang lain untuk mendapatkan beg itu juga. Akhirnya, berlaku pergelutan di dalam bullet train sehingga ke stesen yang terakhir.

Setelah dua tahun tidak keluar dalam mana-mana filem box office, filem terakhir Brad Pitt adalah pada tahun 2019 iaitu Ad Astra. Namun begitu, pelakon legend ini baru sahaja muncul dalam filem The Lost City tetapi hanya sebagai watak cameo yang pastinya membuatkan peminat tidak puas untuk menonton lakonan Brad Pitt.

Kali ini, Brad Pitt kembali beraksi di layar perak dengan menghadiah sebuah filem aksi terbaik arahan David Leitch yang kini sudah pun berada di pawagam.

Apa yang boleh kami katakan, korang pasti akan berpuas hati menonton filem ini di panggung wayang kerana bukan hanya memaparkan aksi perlawanan yang hebat, malam penonton bakal disajikan dengan babak-babak menghiburkan yang juga turut diselit unsur komedi.

Watak Lemon dan Tangerine sangat membantu memberikan humor dalam filem Bullet Train dan tidak terlepas menampilkan aksi-aksi lucu daripada pasangan ‘kembar’ ini.

Apa yang paling menarik adalah penampilan istimewa daripada bintang-bintang cameo yang turut muncul dalam filem aksi ini. Nak tahu siapa? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam okay? Tak best pula kalau kami bagi spoiler lebih. Hiks!

Secara keseluruhannya, filem lakonan Brad Pitt ini memang berbaloi untuk ditonton dan sangat sesuai bagi mereka yang gemar menonton babak-babak aksi. Pertembungan budaya Jepun juga merupakan salah satu daya penarik bagi filem tersebut.

Selamat menonton!

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN