Filem aksi tempatan Gayong terbitan SOL Pictures kini melangkah ke satu tahap baharu apabila bakal ditayangkan di 33 negara di rantau Amerika Latin.

Ini sekaligus membuka peluang lebih besar buat seni mempertahankan diri tradisional seperti silat untuk dikenali di peringkat antarabangsa.

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya Ini Yang Diamalkan Marissa Yasmin Untuk Kekal Jelita & Sihat!

Filem Aksi Tempatan ‘Gayong’ Bakal Tembusi Amerika Latin, Bukti Silat Diterima Dunia

Menurut penerbit filem tersebut, Eric Ong, semuanya bermula selepas wakil pemasaran antarabangsa di bawah syarikatnya yang menyertai Festival Filem Cannes bertemu dengan pihak luar yang menunjukkan minat terhadap naskhah berkenaan.

Ads

“Wakil pemasaran kami, Movie Move berjaya mendapatkan pembeli dari Amerika Latin, di mana mereka sangat berminat dengan filem berunsur seni mempertahankan diri Asia termasuk silat.

Filem Aksi Tempatan ‘Gayong’ Bakal Tembusi Amerika Latin, Bukti Silat Diterima Dunia

“Mereka ternyata tertarik dengan filem Gayong dan menganggap ia naskhah yang menarik dan mutu penerbitannya begitu baik,” katanya kepada pemberita.

Menariknya, Gayong diinspirasikan daripada kisah benar tentang mahaguru dan pengasas silat Gayong sendiri, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman.

Filem ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Syafie Naswip serta pelakon aksi dari Indonesia, Yayan Ruhian.

Ads

Filem Aksi Tempatan ‘Gayong’ Bakal Tembusi Amerika Latin, Bukti Silat Diterima Dunia

Walaupun perjanjian penuh masih dalam proses akhir, Eric memaklumkan bahawa tayangan di Amerika Latin nanti akan dilakukan menerusi platform penstriman atau Over-The-Top (OTT) sahaja.

“Apa yang dimaklumkan kepada saya, ia adalah untuk tayangan OTT. Cuma, masih belum ada kata putus mengenai tarikh tayangan.

Ads

Filem Aksi Tempatan ‘Gayong’ Bakal Tembusi Amerika Latin, Bukti Silat Diterima Dunia

“Apapun, saya tetap berbangga apabila Gayong dapat menembusi pasaran Amerika Latin dan ia membuktikan filem tempatan serta seni bela diri juga mempunyai nilai tersendiri dan dikagumi di peringkat antarabangsa,” kongsinya lagi.

Untuk info, Gayong kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara termasuk Brunei sejak 8 Mei lalu, dan akan mula ditayangkan di Singapura bermula Khamis ini.

Filem Aksi Tempatan ‘Gayong’ Bakal Tembusi Amerika Latin, Bukti Silat Diterima Dunia

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI