Sumber Foto: penangport.gov.my

 

Sebelum ini keputusan untuk menamatkan perkidmatan feri dari bahagian pulau dan Seberang Perai telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bermula 1 Januari 2021. Lalu, perkhidmatan feri tersebut dikatakan bakal diganti dengan bot penumpang laju.

ARTIKEL BERKAITANPerkhidmatan Feri Pulau Pinang Bakal Ditamatkan? Netizen Luah Rasa Sedih & Berkongsi Memori – REMAJA

Namun hari ini, syarikat pengusaha feri di Pulau Pinang iaitu Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan bahawa operasi syarikat tersebut akan diteruskan.

IKLAN

Keputusan ini dibuat selepas perbincangan bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Justeru kini, feri sedia ada diputuskan bakal meneruskan perkhidmatan TETAPI hanya untuk penumpang berbasikal dan bermotosikal. Bagi penumpang kenderaan empat roda pula, mereka perlu menggunakan laluan Jambatan Pulau Pinang.

BACA LAGISah! Operasi Feri Pulau Pinang Selama 126 Tahun Berakhir. Bakal Jadi Restoran Dan Muzium Terapung – REMAJA

IKLAN

Demi ‘meraikan’ berita gembira ini, mereka kini bakal menawarkan tambang percuma kepada penumpang pejalan kaki (pedestrian) yang menaiki feri selama dua minggu berturut-turut bermu;a 1 Januari sehingga 14 Januari 2020.

Feri Pulau Pinang Diteruskan! 2 Minggu Promosi Percuma, Netizen Gusar ‘Crowded’
Sumber Foto: Awani

Walaupun gembira dengan keputusan ini, nampak ramai warganet yang sedikit gusar dengan jumlah penumpang sepanjang tempoh itu. Tambahan pula ia jatuh pada tarikh cuti sekolah, tidak mustahil ramai yang ingin mengambil kesempatan di atas promosi percuma ini untuk melancong ke Pulau Pinang.

IKLAN

@halijahyahaya umpamanya meminta agar orang ramai tidak berpakat menyerbu dalam tempoh itu semata-mata ingin merebut ‘barang percuma.’ Lagi pula, harga tiket feri tidaklah mahal mana.

Betul juga tu guys.

Walaupun kita mudah tertarik dengan perkataan percuma itu, namun jikalau boleh, periksalah dahulu keadaan semasa di jeti dan feri menerusi media sosial. Jika sememangnya betul ramai orang, usahlah kita risikokan keselamatan dan kesihatan diri sendiri dalam musim pandemik ini.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI