Fenomena Istiwa A’dzam, Umat Islam Boleh Semak Semula Arah Kiblat Jumaat Ini

Share

Dalam amalan Islam, solat mesti menghadap ke arah Kaabah. Memandangkan umat Islam di Malaysia dijangka dapat menyaksikan peristiwa berkenaan pada 5.16 petang Jumaat ini menurut kenyataan dikeluarkan Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Perak

Sebelum itu, untuk pengetahuan korang Istiwa Adzam merupakan satu peristiwa di mana kedudukan Matahari berada tepat-tepat di atas Kaabah. Apabila Istiwa Adzam berlaku semua bayang objek yang tegak akan menunjukkan ke arah Kaabah.

“Ia akan berlaku ketika nilai sudut istiwa matahari akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak. Ketika fenomena ini berlaku, bayang objek
tegak di seluruh dunia akan bertepatan dengan arah Qiblat,” tulis kenyataan tersebut.

Umumnya kita boleh juga menandakan arah bayang 2 hari sebelum atau selepas tarikh tersebut. Malah dalam lingkungan 10 minit sebelum dan selepas waktu yang dinyatakan, kita masih boleh menandakan kiblat. Ini kerana bayang yang kelihatan masih berada di arah kiblat.

Peristiwa Istiwa A’dzam

Peluang Menyemak Ketepatan Arah Kiblat Menggunakan Kaedah Tradisional.

Bahan² diperlukan:
1. Kayu lurus (sebaiknya yg ada tapak@boleh berdiri tegak).
2. Masking Tape.
3. Pen Marker.

Cara-cara:
1. Pada 28 Mei
2. Pacakkan/letakkan kayu lurus tersebut di kawasan yg ada sinaran matahari (ada bayang²).
3. Pastikan hari tidak mendung/hujan.
4. Tepat jam 5:16 petang.
5. Lekatkan masking tape lurus mengikut bayang² kayu tersebut.
6. Gunakan pen marker untuk tulis/tandakan arah kiblat.
7. Bayang² adalah ke arah timur, maka kiblat adalah yg di arah bertentangan.
8. Selesai tanda arah kiblat yang tepat.

Penerangan:

Fenomena Istiwa A’dzam ialah kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah pada 28 Mei pada jam 5:16 petang (waktu Malaysia)

Pada waktu yang sama, di Mekah, iaitu di Kaabah (jam 12:16 tengah hari waktu Mekah) berlaku fenomena ‘Hari Tanpa Bayang’ kerana matahari tepat berada di atas Kaabah.

Istiwa A’dzam berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei jam 5:16 petang dan 16 Julai jam 5:28 petang. (Leap Year: 27 Mei & 15 Julai).

p/s: Setelah siap tanda arah kiblat, bolehlah kita semak ketepatan Apps Arah Kiblat di smartphone yang sering kita ragu² tu (tertakluk juga keadaan fungsi GPS di peranti dan gangguan magnet).

#SemakArahKiblat
Sumber : JAKIM / Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan/ Jabatan Mufti Negeri Perak

IKLAN