Baru-baru ini, pelakon dan usahawan terkenal, Fazura mencuri perhatian apabila tampil mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dan berhemah dalam berkongsi pendapat di media sosial.

Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin (43) berkongsi luahan yang menyentuh tentang pentingnya menjaga tutur kata dalam era media sosial yang semakin terbuka hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, Fazura memulakan dengan sapaan mesra kepada para pengikutnya sebelum menegaskan bahawa setiap individu sememangnya berhak untuk mempunyai pandangan masing-masing.

“Please Be Kind” Fazura Ingatkan Netizen Tentang Adab Bersuara Di Media Sosial “Please Be Kind” Fazura Ingatkan Netizen Tentang Adab Bersuara Di Media Sosial

“Selamat pagi semua. Ingat, kita semua berhak untuk mempunyai pendapat sendiri dan saya menerimanya dengan penuh kasih sayang”

“Namun, saya berharap kita juga dapat lebih berhati-hati dalam memilih kata-kata kerana ia mencerminkan niat sebenar kita, lebih-lebih lagi apabila saya telah menyaksikan perkara ini sejak sekian lama,” katanya

Tambahnya lagi, walaupun sikap menyokong, prihatin dan melindungi seseorang itu adalah sesuatu yang baik, ia tidak seharusnya disalahgunakan sehingga boleh mengguris perasaan orang lain.

Ads

“Kita boleh untuk menyokong, mengambil berat dan melindungi, tetapi jika ia dilakukan secara berterusan hanya untuk menyakiti seseorang secara terang-terangan berdasarkan andaian sendiri, ia akan meninggalkan kesan yang tidak baik dan akhirnya merosakkan persahabatan,” ujarnya lagi.

“Please Be Kind” Fazura Ingatkan Netizen Tentang Adab Bersuara Di Media Sosial

Ads

Pada masa yang sama, Fazura turut menegaskan bahawa penggunaan kata-kata yang tidak berhemah boleh memberi kesan yang lebih besar daripada yang disangka, terutama apabila ia melibatkan persepsi dan andaian yang tidak sahih.

BACA: “Jangan Pernah Cakap Makin Tua Tapi…” Fazura Dedah ‘Self-Love’ & Fikiran Positif Sebagai Rahsia Kecantikan

Ads

Jelas beliau, setiap individu perlu lebih peka dalam menyampaikan pandangan agar tidak menimbulkan salah faham atau konflik di media sosial. Selain itu, pelakon filem ‘Manisnya Cinta Di Cappadocia’ dan ‘Kayangan’ itu turut mengingatkan masyarakat supaya mengamalkan sikap empati dalam setiap penulisan atau komen di platform digital.

Menutup perkongsian, Fazura mengingatkan bahawa nilai kebaikan masih sangat penting untuk terus diamalkan dalam setiap interaksi harian, khususnya di ruang maya yang sering terdedah kepada salah guna, di samping menyeru orang ramai agar sentiasa bersikap baik antara satu sama lain.

Sumber: Threads Fazura

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads