
Balasan aktres jelita Nur Fazura terhadap hantaran rakan selebriti berbakat besar, Namron, berjaya mencuri perhatian ramai, terutama sekali peminat setia aktres berusia 41 tahun itu.
Semuanya bermula apabila Namron, memuat naik satu hantaran di platform Threads dengan meluahkan rasa rindu kerana sudah lama tidak melihat Fazura muncul di kaca televisyen.
Tidak lama kemudian, Fazura tampil memberi respon yang cukup ringkas tetapi penuh makna apabila mengakui dirinya memang sudah bersara daripada berlakon drama TV tempatan.
Hantaran itu dengan pantas mencetuskan reaksi warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa rindu terhadap bakat lakonan Fazura yang pernah menghiasi pelbagai drama dan filem popular tanah air.
“Persaraan anda ditolak. Anda diarahkan kembali berlakon di layar TV dan pawagam serta merta. Sekian terima kasih,” komen seorang pengguna.
“Jangan cuba-cuba nak bersara ya Faz!!! We demand your lakonan!!! and your face in Malaysian TV and cinema,” komen pengguna lain.
Malah, ada juga peminat yang berharap Fazura tidak bersara sepenuhnya kerana bakatnya masih menjadi pujaan ramai.
Namron sendiri turut berharap agar Fazura sekurang-kurangnya kekal aktif dalam dunia filem, walaupun tidak lagi terlibat dalam drama televisyen.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.