Teka-teki mengenai status hubungan penyanyi dan pelakon, Amira Othman bersama aktor popular, Fattah Amin akhirnya terjawab apabila pasangan itu tampil mengesahkan ikatan mereka secara rasmi di hadapan peminat dan pihak media pada petang tadi.
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin (35), beliau mengejutkan ramai pihak apabila membuat penampilan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris yang berjudul ‘Rasa & Takdir’ pada Isnin.
Suasana dalam dewan tiba-tiba bertukar riuh apabila bintang filem Mat Kilau itu muncul dari arah belakang dewan ketika Amira (32) atau nama sebenarnya Nadia Amira Othman sedang berduet bersama Irfan. Kehadiran aktor berkarisma itu nyata mengundang sorakan gemuruh para tetamu sebelum beliau melangkah naik ke pentas.
Kredit foto: Media Hiburan
“Mesti ramai yang pelik saya ada di majlis pelancaran Rasa & Takdir. Sebenarnya hari ini saya dan Amira, ada berita baik untuk diumumkan yang nak kongsi dengan semua”
“Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami insyaAllah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah,” jelas Fattah.
Ads
Momen penuh romantis itu tercetus apabila Irfan menyerahkan replika ‘kunci’ kepada Fattah di hujung persembahan sebagai lambang tanggungjawab dan restu. Fattah kemudian mengambil alih mikrofon untuk membuat pengumuman rasmi tentang hubungan mereka yang sekian lama menjadi tanda tanya.
Selepas menyatakan hasrat hatinya, Fattah menyerahkan semula simbolik ‘kunci’ itu kepada Amira. Aksi itu jelas membawa makna besar apabila ia menjadi tanda ikatan rasmi mereka bermula. Lebih manis, saat tersebut turut disaksikan sendiri oleh ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir dan Nora Arshad.
Ads
Dalam pada itu, majlis yang sepatutnya hanya memberi fokus kepada pelancaran lagu baharu bertukar menjadi satu pengumuman bersejarah dalam kerjaya seni kedua-dua selebriti itu. Pasangan berkenaan kemudian beredar sejurus selepas acara selesai, meninggalkan dewan dengan penuh senyuman.
Untuk pengetahuan, Fattah dan Amira difahamkan bakal diijabkabul di sebuah hotel terkemuka di Johor Bahru pada 14 September ini. Tarikh tersebut dipilih kerana bertepatan dengan ulang tahun kelahiran Fattah, sekaligus menjadikan ia hari bermakna berganda buat aktor itu.
Terdahulu, media sosial dibanjiri dengan pelbagai spekulasi mengenai status Fattah yang dikatakan bakal menamatkan zaman duda. Spekulasi berkenaan mula tercetus selepas seorang pengguna di aplikasi Threads dikenali sebagai @Kimchikims_ mendakwa menerima maklumat daripada sumber rapat mengenai perancangan perkahwinan aktor berkenaan.
Ads
Khabar tersebut pantas menjadi bualan dalam kalangan peminat seni hiburan tanah air, apatah lagi nama Fattah Amin dan Amira Othman sering dikaitkan bersama dalam beberapa acara industri sebelum ini. Namun, kedua-duanya memilih untuk berdiam diri sehingga tiba momen pengumuman rasmi itu.
Sekadar info, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon jelita, Fazura pada 27 November 2017. Namun, pasangan itu disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu selepas hampir enam tahun bersama. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah sekian lama menantikan keputusan pencalonan awal Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2021, akhirnya kita mengetahui siapakah wajah-wajah yang akan merebut undian peminat sempena edisi kali ini.
Pada sidang media pengumuman pencalonan akhir Top 5 AME 2021 pada hari ini telah menyaksikan wajah-wajah baharu dalam industri seni dan hiburan menghiasi kebanyakan daripada 16 kategori yang dipertandingkan.
Seperti biasa, wajah-wajah yang selalu ‘menang besar’ di AME sebelum ini seperti Khai Bahardan Siti Nordiana masih mengungguli beberapa kategori besar seperti Penyanyi MeleTOP Era, Lagu MeleTOP Era, Grup/Duo MeleTOP Era dan Artis Versatil MeleTOP.
Wany HasritaNadhir NasarNabila Razali
Turut mencuri tumpuan adalah kehadiran wajah baharu menerusi beberapa kategori. Ia membuktikan bahawa industri tidak ketandusan bakat ‘fresh’ yang saban tahun diketengahkan menerusi pelbagai jenis platform.
Ini termasuklah Nadhir Nasar(Artis Baharu MeleTOP), Meerqeen(Artis Baharu MeleTOP), Dolla(Lagu MeleTOP/Grup atau Duo MeleTOP/ BBNU MeleTOP), Syahmi Sazli (Bintang Filem MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Dini Schatzmann (Pelakon MeleTOP/Artis Baharu MeleTOP), Cupcake Aisyah (Influencer MeleTOP), Azfar Heri (Influencer MeleTOP), Azzam Sham (BBNU MeleTOP) dan Sharifah Rose (Influencer MeleTOP).
So, jangan lupa untuk menyokong selebriti kegemaran korang dengan mengundi mereka bermula 6 petang hari ini sehingga 12 tengah hari pada 30 Januari 2020; iaitu pada hari sama berlangsungnya AME 2021.
Sedikit berbeza daripada undian pencalonan awal tempoh hari, undian untuk peringkat Top 5 ini boleh dilakukan menerusi empat kaedah atau cara iaitu :
Gara-gara sekeping foto yang dimuat naik oleh penyanyi Ariana Grande semalam semasa berada di sesi rehearsal persembahan anugerah Grammy, nama Ariana dan kumpulan K-pop terkenal, BTS terus mendaki tangga teratas topik trending media sosial.
Ini semua gara-gara gambar comel bersama ketika mereka sedang duduk berehat.
Foto yang kini mendapat lebih daripada 4 juta likes itu membuatkan ramai orang sedar akan 2 perkara.
Pertama, Ariana Grande akan kembali membuat kemunculan di anugerah Grammy selepas kontroversi di mana dia tak dibenarkan untuk memilih lagu persembahan pada tahun lepas lantas membuat keputusan terus TIDAK menghadirkan diri.
We think everything is water under the bridge now.
Kedua, mungkin sekali Ariana Grande dan BTS akan duduk bersama pada Grammy Isnin ini?
’Angan-angan’ itu bagaimanapun berkecai apabila laman web Pop Crush mengambil foto kedudukan tempat duduk para selebriti yang akan hadir.
Shawn Mendes dan Camilla obviously akan duduk bersebelahan.
Begitu juga dengan penyanyi yang kali pertama dicalonkan, Billie Eilish yang akan duduk bersama abangnya, FINNEAS.
Keith Urban dilihat akan duduk keseorangan tanpa kehadiran isteri, Nicole Kidman manakala pemenang Artis Baharu Terbaik 2019, Dua Lipa akan duduk di sebelah DJ Khaled.
Uh, ada projek kolaborasi terbarukah di antara mereka berdua?
Berbalik kepada Ariana Grande, dia dilihat tidak akan duduk bersama kumpulan BTS. Sebaliknya dia akan bersama komposer, Jesse Saint John yang menulis lagu Truth Hurts nyanyian Lizzo.
Jadi, BTS berada dengan siapa?
BTS akan duduk bersebelahan – ahem – Taylor Swift! Di hadapan mereka pula ialah power couple, Beyonce dan Jay-Z manakala Lil Nas X berada di belakang mereka.
Pergh, REMAJA tak dapat bayangkan topik perbualan kesemua penyanyi terkenal itu sepanjang acara Grammy berlangsung.
Apa-apapun penulis tak sabar untuk menantikan persembahan BTS dan pakaian yang dipilih oleh mereka semasa di karpet merah nanti.
Selepas lebih tiga dekad membina legasi dalam dunia perfileman, pelakon popular Bollywood, Shah Rukh Khan akhirnya meraih Anugerah Filem Kebangsaan India bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Bintang berusia 59 tahun itu menerima pengiktirafan berprestij tersebut buat pertama kali menerusi lakonannya dalam filem blockbuster berjudul Jawan (2023) dan lebih menarik lagi, kemenangan ini turut dikongsi bersama pelakon Vikrant Massey yang cemerlang menerusi filem biografi berjudul ‘12th Fail’.
Pada masa yang sama, pelakon wanita terkenal, Rani Mukerji pula dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik hasil persembahan memukau dalam filem ‘Mrs Chatterjee vs Norway’. Juri Anugerah Filem Kebangsaan ke-71 memuji Shah Rukh Khan kerana memberikan persembahan bertenaga yang seimbang di antara intensiti dan kedalaman emosi.
Dalam pada itu, kemenangan tersebut turut mencatat sejarah peribadi buat Shah Rukh Khan kerana walaupun sudah memenangi 14 trofi Filmfare dan menerima penghormatan antarabangsa seperti Padma Shri serta Legion of Honour dari Perancis di mana beliau belum pernah meraih pengiktirafan kebangsaan sebelum ini.
“Ia menyuruh saya terus berkarya dan berbakti kepada dunia sinema,” kata Shah Rukh Khan dalam sebuah video penghargaan serta menyifatkan kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi juga peringatan bahawa karyanya memberi makna kepada penonton.
Sementara itu, kemenangan ini turut diraikan rakan industri seperti Juhi Chawla dan Allu Arjun, selain peminat yang menganggap pengiktirafan ini sudah terlalu lama tertangguh. Selain itu, turut mengimbau lakonan hebat Shah Rukh dalam filem-filem terdahulu seperti Swades (2004), Chak De! India (2007) dan My Name Is Khan (2010) yang dirasakan layak menerima pengiktirafan serupa.
Sekadar info, Shah Rukh Khan memulakan kerjayanya sebagai anak seni pada tahun 1988 menerusi siri televisyen Fauji sebelum debut filemnya Deewana (1992). Kini, selepas 33 tahun, pengiktirafan kebangsaan ini dianggap sebagai kemuncak perjalanan kariernya yang penuh warna dan inspirasi.
Sumber: Astro Awani
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming diserbu peminat ketika hadir di Absolute Bazaar MITEC. Sikap mesra dan rendah diri beliau ketika melayan peminat turut meraih pujian netizen.