‘Fat Amy’ Dalam Filem Pitch Perfect Semakin Kurus Dan Menawan Ikut ‘Workout Battle Rope’!

Share

Nampaknya Rebel Wilson atau lebih dikenali dengan ‘Fat Amy’ dalam filem Pitch Perfect pun tak nak kalah juga. Rebel Wilson, nampaknya menjadikan tahun 2020 sebagai “Tahun Kesihatan” buat dirinya.

Terbaru, pelakon komedi berusia 40 tahun ini ada memuatnaik gambarnya bersama seorang jurulatih di gimnasium, melihat penampilan Rebel yang terkini membuatkan ramai yang terpegun dengan perubahan pada dirinya.

Sebelum ini Rebel ada kongsikan yang dia dah mula menjaga badan dan menjalani hidup yang lebih sihat demi mendapatkan berat yang ideal.

Malah jurulatih peribadi yang melatih Rebel juga memuatnaik ‘workout’ yang dilakukan oleh Rebel, rata-rata netizen terkejut melihat aktiviti ‘gila’ yang dilakukan oleh aktres berkenaan.

Rebel yang di latih oleh jurulatih peribadi terkenal iaitu Jono Castano, menyediakan menu rutin latihan yang harus diikuti oleh Rebel.

Gambar dibawah ini jelas menunjukkan yang Rebel berjaya turunkan berat badannya dan dia memang nampak awesome!Menurut 22 Words, Rebel berjaya menurunkan hampir 15kg dalam beberapa bulan sahaja.

Menurut Rebel, demi menjadikan tahun ini tahun kesihatan, Rebel banyak memberi fokus melakukan aktiviti sukan dan banyakkan berjalan. Selain itu, Rebel juga sangat mengawal gaya pemakanannya dengan mengelakkan pengambilan gula dan juga makanan segera.

Meski ia sukar, Rebel tetap meneruskan rutin gaya pemakanan yang sihat berserta dengan aktiviti ‘workout’ di gym. Dan hasilnya Rebel berjaya menurunkan berat badan, serta tubuhnya juga mula berubah bentuk. Nampak curvy Rebel yang mengancam tu!

Menerusi video yang dimuatnaik di akaun instagram jurulatih Rebel, Jono Castano, di dalam video tersebut Rebel di lihat melakukan ‘battle rope’ atau tali tempur yang merupakan rutin senaman berintensiti tinggi.

Ia melibatkan pergerakan berselang yang pantas dan berubah-ubah dengan tempoh rehat yang kurang. Melihat Rebel melakukan aktiviti ‘battle rope’ ini, macam nak tercabut lengan!

Menariknya workout sebegini dapat meningkatkan keupayaan aerobik, anaerobik, tahap testosteron dan meningkatkan metabolisma diri. Jadi tidak hairanlah, Rebel dapat menurunkan berat badan dan bentuk fizikalnya berubah secara mendadak. Kerana aktiviti ini merupakan senaman berintensiti tinggi!

So, kesimpulannya rahsia Rebel ialah makan snek berkhasiat, bersenam dan minum banyak air. Senang je nak kurus dorang ni, okaylah jom la kita try senaman  ‘battle rope’ mana tahu boleh kurus raya nanti.

IKLAN