Filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2019, Fast & Furious: Hobbs & Shaw bakal menemui penonton di pawagam bermula 1 Ogos 2019. Confirm korang excited nak tahu bagaimana pula aksi dan jalan cerita bagi naskhah terbaru arahan David Leitch ini kan?

Mengisahkan tentang ejen servis keselamatan diplomatik Luke Hobbs dan Deckard Shaw terpaksa bekerjasama walaupun tidak menyukai antara satu sama lain, demi untuk menumpaskan Brixton yang telah satu virus berbahaya yang mampu mengubah masa depan manusia.

Fast & Furious: Hobbs & Shaw Penuh Aksi Lebih Padat, Memang Terbaik

Gabungan The Rock sebagai Luke Hobbs dan Jason Statham sebagai Deckard Shaw pastinya dinantikan oleh peminat filem aksi. Walaupun beraksi ganas, namun gelagat mereka yang macam anjing dengan kucing sedikit sebanyak membuatkan penonton terhibur.

Kalau korang peminat filem penyiasatan dan perisik, sudah tentu filem ini antara yang akan menjadi favorite!

IKLAN

Fast & Furious: Hobbs & Shaw Penuh Aksi Lebih Padat, Memang Terbaik

Aksi lebih padat

Memiliki jalan cerita dan sinopsis yang tidak jauh beza, Hobbs & Shaw masih memaparkan kisah perjalanan ala-ala Fast & Furious. Setiap aksi yang dipaparkan boleh ‘menyesakkan’ penonton di pawagam.

IKLAN

Ada satu scene yang menarik perhatian kami, iaitu babak The Rock dan Jason Statham berusaha untuk menyekat perjalanan helikopter ketika pertempuran di antara mereka dan Brixton. Aksi tersebut dilakukan ditepi tebing laut, macam mana tak seriau kan?

Fast & Furious: Hobbs & Shaw Penuh Aksi Lebih Padat, Memang Terbaik

IKLAN

Masih menampilkan banyak lokasi seperti filem-filem terdahulu, kali ini babak di Samoa cukup menarik perhatian kami. Keindahan pulau Samoa memukau pandangan penonton. Dari situ juga kita dapat mengetahui tentang budaya dan masyarakat mereka.

Mesej kekeluargaan yang disampaikan dalam filem ini juga bakal menyentuh hati penonton.

Okay cukup la cerita sampai sini. Korang kena tengok sendiri barulah syok! Jangan lupa serbu pawagam yang berhampiran ya?

Btw, ada beberapa kali post credit untuk filem ini. Jadi, jangan terus angkat punggung dan blah! Hiks!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI