
Cinta azali bertaut buat seorang lagi bekas finalis Dewi Remaja.
Farah Ibrahim atau nama sebenarnya, Siti Nurfarahain bt Ibrahim selamat bergelar tunangan kepada pilihan hatinya pada 7 Disember 2025.
Ketika dihubungi REMAJA, Farah yang merupakan finalis pencarian Dewi Remaja 2014/2015 memaklumkan majlis pertunangannya itu telah berlangsung di Secret Glass KLCC dan tarikhnya terpaksa dipercepatkan berbanding perancangan asal.
“Atas urusan keluarga, majlis pertunanga telah dipercepatkan. Oleh itu, kami memilih untuk keep it simple and heartfelt
bersama orang yang terdekat sahaja,” ujarnya.Farah kelihatan cukup anggun mengenakan kurung moden berona merah pulasan yang direka oleh Qiszar. Solekan Farah disempurnakan oleh Eyna Sheikh, dandanan rambut pula oleh Nurul Farhaini manakala hiasan inai pada jemari mendapat sentuhan By Hanis Touch.
Memandangkan Farah dan pasangannya lebih gemar dengan persiapan majlis serba sederhana bersesuaian dengan keperibadian mereka berdua, Farah meluahkan rasa gembiranya apabila ia berjalan dengan lancar.
“Majlis kecil sahaja, soft luxe
& intimate dengan dekorasi flora putih. InsyaAllah, pernikahan kami akan dilangsungkan pada tahun 2026. Maka bermulalah #TheRFChapter antara kami berdua,” katanya.Apabila diajukan mengenai gerangan tunangannya itu, Farah berkata ‘si dia’ yang dikenali sebagai Rafie memilih untuk merahsiakan identitinya buat masa ini.
“Pasangan saya seorang yang sangat low-profile, tenang, penuh dengan sifat kepimpinan dan bertanggungjawab. Dia kelakar juga dan selalu menghormati serta sayangi keluarga saya seperti keluarganya sendiri,” kongsi Farah lagi kepada REMAJA.
Terdahulu, beberapa finalis lain daripada pencarian Dewi Remaja 2014/2015 yang selamat mendirikan rumah tangga termasuklah Raysha Rizrose, To’ Puan Syamim Farid, Balqish Maarif, Deeba Halil, Mawar Rashid, Puteri Aishah, Tya Shahid, Mimi Lana, Deja Sabri, Kate Davies, Hania Hanem dan Ely Dura.
Tahniah Farah Ibrahim!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.