
Berita baik buat ARMY, Facebook kini telah pun melancarkan perkongsian baru bersama TinyTAN sempena pelancaran album baru kumpulan popular Korea, BTS berjudul BE. TinyTAN merupakan watak animasi yang diilhamkan oleh BTS dan dibentuk oleh Big Hit Co, anak syarikat dibawah pihak pengurusan BTS, Big Hit Entertainment.
Nama TinyTAN diambil daripada Bangtan Sonyeondan, iaitu bahasa roman nama Korea bagi BTS. Setiap watak TinyTAN mempunyai keperibadian yang sama dengan ahli kumpulan itu tetapi mengikut narrative unik dalam TinyTAN universe.
Feature ini sudah boleh mula diakses menerusi Facebook Messenger atau korang juga boleh menukar DM Instagram menggunakan tema chat TinyTAN.

Di Messenger, TinyTAN akan disatukan ke dalam platform dengan set stickernya sendiri. Terdapat dua sticker bagi setiap ahli TinyTAN dan dua stickers dalam pek sticker baru. Stickers ini boleh dimuat urun dan digunakan secara percuma.

Untuk memuat turun pek pelekat Messenger, korang boleh klik di sini atau cari sahaja perkataan “TinyTAN.” pada bahagian carian.

Kami dah cuba, korang bila lagi? Serius cute. Hiks!
Sumber: rollingstone
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Teknologi 5G Akan Bawa ‘Bencana’ Radiasi? Ini Pros & Cons Oleh Pakar

Teknologi 5G telah lama diperkatakan dan antara perkembangan yang paling ditunggu-tunggu penduduk dunia..
Ada khabar angin yang berkata ia akan menemui pengguna pada tahun ini selepas sekian lama proses pembangunan dan kajian dilakukan. Ada juga khabar angin yang berkata bahawa syarikat besar seperti Apple akan membawa masuk teknologi 5G menerusi pengenalan telefon pintar terbaru mereka.
Yes, it is exciting kerana dengan adanya 5G oleh syarikat telekomunikasi, kelajuan jaringan internet akan menjadi lebih hebat serta banyak lagi manfaat lain.

Namun dalam pada semua orang menantikannya, seramai kira-kira 30,000 orang pakar termasuklah para doktor, saintis dan ahli pakar organisasi alam sekitar memohon agar perkembangan 5G ini dihentikan kerana gusat ia akan mengakibatkan lebih banyak ‘bencana’ terutamanya kepada manusia.
BUT HOW?
Melalui petisyen terbuka di 5gspaceappeal.com, mereka mendakwa 5G boleh mengancam kesihatan manusia akibat penggunaan frekuensi radio yang terlalu meluas dan tinggi.
Walaupun frekuensi itu tak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia boleh dikira (quantifiable) dan 5G tentunya akan merekodkan kadar frekuensi yang lebih tinggi berbanding teknologi 3G serta 4G sedia ada.
Ada benarnya juga. Dalam konteks Fizik sekalipun, kita pun tahu sepatutnya ada limitasi ke atas kekerapan penggunaan telefon pintar pada setiap hari kerana ia sebenarnya boleh mengancam organ telinga dan dalaman. Ia disebabkan oleh bahana frekuensi.

Namun, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), risiko 5G itu dinafikan oleh mereka kerana kajian teliti terhadap perkembangan telefon pintar (dahulunya telefon bimbit) telah dilakukan sepanjang 2 dekad lalu tidak menunjukkan risiko major.
Hhm, bagi kami setiap perkembangan teknologi pasti mempunyai pros & cons masing-masing. Tipulah kalau kata tak ada.
Tapi kita sebagai pengguna kenalah bijak menetapkan kesederhanaan dalam penggunaannya. Use technology in moderation, PEOPLE.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Cara Jimatkan Pengunaan Data Internet Sepanjang Tempoh PKP

Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’kepada data internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, confirm korang mencari resipi viral yang dikongsi di media sosial kan?
Doa-doa dan zikir harian juga tidak terkecuali daripada mendapat perkongsian netizen hasil daripada ilmu yang diberikan oleh ustaz dan penceramah bertauliah.
Ya, boleh dikatakan daripada anak kecil sehingga orang dewasa memang bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKP ini.
Justeru itu, kerajaan Malaysia juga telah mengarahkan kesemua syarikat telco untuk memberi 1GB data internet secara percuma kepada masyarakat. Namun, mungkin ada yang menganggap jumlah 1GB yang diberikan itu terlalu sedikit, terutamanya buat mereka yang kaki internet.
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh amanz.com ini.
1. Tetapkan had dan matikan data mudah alih secara automatik

Ini cara paling mudah yang korang boleh lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Korang boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti.
Korang boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa korang tahu. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.
iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear
Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna.
Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini korang tak perlu risau terlebih menggunakan data harian.
2. Hadkan penggunaan aplikasi penstriman
Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, korang disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet yang akan digunakan.Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan bagi men
gurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah:
YouTube
• Android : Account > Settings > General > Limit Mobile Data Usage
• iOS : Account > Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
• Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
• iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data
3. Aktifkan mod penjimatan secara terbina pada aplikasi

Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Namun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, korang boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, korang juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.
4. Nyahaktifkan kemas kini dan fungsi muat turun media secara automatik

Korang perasan tak? Korang akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik.
Sebaiknya, korang disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, korang hanya perlu buka aplikasi:
Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, korang boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.
Korang juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
• Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
• iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
Settings > Data & Storage > Automatic Media Download
5. Matikan data mudah alih apabila tidak digunakan

Langkah paling mudah yang korang boleh buat, matikan data muda alih apabila tidak menggunakan internet. Cara ini secara tidak langsung membantu korang menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota terhad. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
6 Cara Mudah Ini Boleh Bersihkan Komputer Korang Dengan Berkesan

Tak kira berapa kerap korang bersihkan habuk yang melekat pada komputer, ia tetap saja bertebaran bebas dan mengganggu rutin pekerjaan kerana boleh membuatkan korang asyik rasa nak terbersin.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memastikan komputer sentiasa bersih dan terhindar daripada kotoran habuk.
Jom check 6 cara mudah yang korang boleh try ni!
1. Lap skrin

Bagi menghilangkan kotoran habuk di komputer, ramai yang sering menggunakan kertas tisu untuk mengelap skrin. Namun begitu, kotoran tersebut akhirnya jatuh ke bawah dan melekat pada keyboard.
Selain itu, kain lap yang kasar akan meninggalkan kesan dan lebih teruk lagi, ia mampu untuk mencalarkan skrin komputer.
Hanya kain microfiber yang sesuai untuk membersihkan skrin komputer. Jenis fabrik ini tidak meninggalkan kesan dan ia cukup lembut untuk mengelap skrin.
2. Guna cuka putih untuk kesan yang lebih baik

Jangan sesekali menggunakan bahan-bahan pembersih daripada alkohol, ammonia atau aseton. Cecair yang agresif ini boleh mengeluarkan cat daripada setiap button pada keyboard dan boleh merosakkan skrin komputer korang.
Untuk lebih selamat, gunakan cuka putih yang dicampur bersama air sebagai bahan pembersih. Celupkan sedikit pada kain lap dan gunakannya dengan selamat.
3. Hapuskan calar

Gunakan sedikit ubat gigi untuk kerja-kerja menggilap. Namun, jangan terlalu banyak dan calit kan pada kain microfiber, kemudian lap pada skrin komputer.
Biar sehingga kering dan selepas itu, lap dengan kain yang sedikit basah.
4. Guna hairdryer

Kotoran habuk pada keyboard dapat dikeluarkan dengan mudah oleh alat pengering rambut. Teknik ini juga boleh digunakan untuk mengeluarkan kotoran daripada unit sistem:
a. Cabut wayar komputer dan keluarkan wayar tersebut. Cabut dinding CPU dengan pemutar skru.
b. Tiup unit tersebut dengan menggunakan suhu yang tidak panas.
5. Bersihkan habuk dari tempat yang sukar

Untuk membersihkan habuk di kawasan yang sukar, korang boleh menggunakan bulb syringe. Ia mudah untuk meniup keluar habuk dari tempat seperti radiator dan CPU.
6. Bersihkan keyboard

Kawasan mungkin agak leceh untuk dibersihkan kerana kedudukan keypad yang berlubang-lubang. Apa perlu korang buat? Ikuti cara ini untuk membersihkannya:
a. Sama seperti tadi, korang juga boleh menggunakan cuka putih yang dicampur dengan air, kemudiankan celupkan sedikit pada kain microfiber dan bersihkan di celahan-celahan butang keypad tersebut.
b. Ambil apa-apa alatan yang nipis seperti pisau sapu mentega dan tutup bahagian hujung pisau tersebut dengan kain microfiber. Kotoran dapat dikeluarkan dengan mudah.
Nah, lepas ni tak ada lagi alasan nak tengok komputer korang penuh habuk kan? Guna saja cara yang dikongsi ini kerana sememangnya mudah dan berkesan.
Semoga bermanfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


