
Tak perlulah lagi korang ulang alik utara ke Kuala Lumpur semata-mata hendakkan rumah yang cantik!
Hari pembukaan gedung perabot dan gaya hidup IKEA hanya berbaki 23 hari saja lagi sebelum ia dibuka kepada pembeli sekitar pertengaham bulan hadapan.
Terletak di Batu Kawan Pulau Pinang, cawangan IKEA keempat ini dijangka akan dikunjungi seramai 50,000 orang yang ingin mendapatkan lebih 8,000 produk pada setiap minggu.
Whoa, makin cantiklah rumah korang! Hehe..

Kata Timbalan Pengurus Gedung IKEA iaitu Gordon Wimalasiri, daripada 100,000 pengunjung IKEA Damansara pada setiap minggu sekarang, 8 peratus daripada jumlah tersebut adalah daripada negeri Pulau Pinang.
Ditanya pula jika perkhidmatan online yang diperkenalkan IKEA pada Oktober 2018 akan menjejaskan perniagaan di gedung, beliau berkata masih ramai pengunjung yang ingin merasai pengalaman gedung fizikal.
Iyalah, salah satu sebab korang ke IKEA pun sebab nak ambil gambar OOTD kan..
BACA: Pasangan Ini Buktikan Dalam IKEA Pun Boleh Buat Photoshoot Gunakan Kamera Kompak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Covid Oh Covid Papar Kisah Lucu Sepanjang Tempoh PKP 2.0, Kini Boleh Distrim Di iQiyi

Dalam kehidupan yang serba moden ini, masyarakat tidak lagi khuatir sekiranya tidak sempat menonton siri drama di kaca televisyen kerana semuanya sudah mudah hanya dihujung jari. Dengan menggunakan gajet yang korang ada, kebanyakan program siri televisyen kini sudah pun ditayangkan secara streaming di aplikasi mudah alih.
Terbaru, sebuah drama yang berjudul Covid Oh Covid telah ditayangkan di TV3 dan saluran digital iQiyi. Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adibah Noor, Tony Eusoff, Umie Aida, Nabila Huda, Tiz Zaqyah, Nora Danish dan Syafiq Kyle, drama 13 episod ini akan mewarnai slot Lestary setiap jam 9.00 malam bermula pada 2 April hingga 23 April 2021.

Covid Oh Covid mengisahkan tentang tentang kehidupan Tok Wan yang dilakonkan oleh pelakon popular tanahair, Umie Aida dan keluarganya yang unik yang berhadapan dengan pelbagai peristiwa lucu semasa tempoh MCO 2.0, Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Habsah (Adibah Noor), anak perempuan Tok Wan, terkejut apabila mengetahui bahawa suaminya jatuh cinta dengan seorang janda yang tinggal di sebelah surau. Selama ini suaminya sering menggunakan alasan ini untuk pergi ke surau. Namun, anak mereka, Shazrul (lakonan Nasiruddin Alaydrus) mendapat tahu mengenai matlamat ayahnya. Bersama kakaknya, Shazrul membuat rancangan untuk memecah belah keduanya.
Manakala cucu perempuan Tok Wan, Safura (lakonan Tiz Zaqyah) yang mengahwini penyanyi merancang untuk mengadakan konsert maya bagi mengumpulkan dana membantu mereka di sektor kreatif yang terjejas oleh wabak itu.
Seorang lagi cucu perempuan Tok Wan, Suhaila (Nora Danish), juga berdepan dengan masalah rumahtangga apabila suaminya mendapat tahu yang dia tidak boleh memasak dan hanya memesan makanan dari restoran selama ini!
Banyak lagi insiden yang melucukan dan menggelikan hati berlaku dalam kehidupan Tok Wan dan keluarganya. Bagaimanakah Tok Wan menghadapi dan mengatasinya? Adakah Tok Wan dapat menyatukan keluarganya kembali?
Drama ‘Covid Oh Covid’ boleh distrim secara percuma pada bila-bila masa, di mana sahaja korang berada di platform penstriman iQiyi. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[MOVIE CONTEST]: Hide & Seek Minako, Permainan Sorok-Sorok Yang Akhirnya Bawa Maut
![[MOVIE CONTEST]: Hide & Seek Minako, Permainan Sorok-Sorok Yang Akhirnya Bawa Maut 7 [MOVIE CONTEST]: Hide & Seek Minako, Permainan Sorok-Sorok Yang Akhirnya Bawa Maut](https://cdn.remaja.my/2019/02/HSMinako_MIS_1920x1080.jpg)
Berita baik buat kaki movie yang suka menonton filem seram. Kali ini, Remaja nak beri 20 pasang tiket percuma kepada pembaca bertuah kami.
Filem Hide & Seek Minako mengisahkan tentang sekumpulan rakan yang membuat reunion di sekolah lama dan mereka membuat aktiviti bermain hide and seek Jepun yang dipanggil Hitori Kakurenbo. Permainan ini disertakan sekali dengan anak patung Itchimatsu yang bernama Minako.
![[MOVIE CONTEST]: Hide & Seek Minako, Permainan Sorok-Sorok Yang Akhirnya Bawa Maut 8 [MOVIE CONTEST]: Hide & Seek Minako, Permainan Sorok-Sorok Yang Akhirnya Bawa Maut](https://cdn.remaja.my/2019/02/HSMinako_MIS_1920x1080.jpg)
Bukan seperti permainan sorok-sorok yang biasa, mereka mula berhadapan dengan situasi ritual memanggil roh, sehinggakan ada yang mengancam nyawa.
Filem yang dilakonkan oleh Miller Khan, Nicky Tirta, Gandhi Fernando, Wendy Wilson, Regina Rengganis dan Natasha Gott ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 28 Februari 2019.
Dapatkah mereka menyelamatkan diri daripada permainan ini? Jom tonton bersama kami dengan hanya menjawab soalan mudah ini.
Menangi tiket tayangan Remaja x Hide & Seek Minako
Tarikh: 25 Februari 2019
Masa: 8.20 malam
Lokasi: TGV Cinema 1 Utama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Realiti: Masih Ada Rakyat Malaysia Perlu Gali Lubang Untuk Buang Air

Pernah tak anda terfikir macam mana agaknya hidup tanpa air? Kehidupan kita pada zaman moden ini boleh dikira sangat beruntung kerana celik-celik mata, nak mandi boleh terus masuk bilik air.
Tapi, sedar kah korang masih ada individu yang tidak dapat bekalan air terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman?
Bayangkan bagaimana kehidupan tanpa paip air, nak buat urusan ‘bisnes’ dengan jamban pun tak ada. Apa lagi dalam hal masak-memasak, cuci pakaian dan mandi. Ya mungkin ada yang cakap “Ala, kalau kampung mesti ada sungai kan?”.

Tak semua perkampungan ada sungai guys. Kalau ada pun kena berjalan jauh semata-mata nak dapatkan punca air. Takkan la setiap hari korang nak mandi kena jalan berpuluh kilometer kan?
Sanggup ke?
Gali tanah nak dapatkan air
Walaupun ramai di antara kita yang memandang remeh tentang isu air ini, bagi penduduk Kampung Buruni yang terletak 140km dari Kota Kinabalu ini pula, dah macam satu rahmat besar jika kampung mereka diberikan bekalan air.
Hampir 50 tahun penempatan di kampung ini tidak mempunyai bekalan air yang cukup. Menurut penduduk di sana, boleh dikatakan 99 peratus menggunakan tandas ‘suka-suka’, bermaksud membuang air kecil/besar di hutan dan ia menjadi satu kebiasaan bagi penduduk pada ketika itu kerana tiada sistem buangan air yang sempurna.
Joemin Maratin adalah anak Sabah yang memperjuangkan nasib orang kampung kerana dia individu yang bertanggungjawab membuat rayuan bagi memastikan Kampung Buruni mempunyai bekalan air yang secukupnya.

“Sebelum ini, saya memang mengenali Pacos Trust sebagai badan NGO yang banyak membantu komuniti dan membuat partnership dengan beberapa syarikat seperti Coca-Cola dan Raleigh International yang sememangnya menjalankan projek paip air graviti. Daripada pertemuan inilah menjadikan impian penduduk kampung terlaksana dengan pembinaan paip air dan tiga buah tandas baharu di Kampung Buruni,” jelas Joemin.
Kalau nak ceritakan bagaimana kepayahan mereka mendapatkan air, Joemin menambah yang mereka memang ada membuat tandas sendiri dan mendapatkan air daripada telaga yang digali daripada tanah, lalu menggunakan water pump untuk mengambil air tersebut.
“ Ada juga keluarga yang rumah mereka tidak mempunyai tandas dan terpaksa membuang air di hutan to do their ‘business’. Jadi, daripada segi kebersihan sangat-sangat kurang, even daripada air bawah tanah sekali pun kebersihannya tidak terjamin dan baunya juga tidak selesa untuk digunakan semasa memasak,” tambah Joemin lagi.
Volunteers dari seluruh negara
Walau bagaimanapun, program “Clean Water for Communities” iaitu projek bersama oleh Raleigh International dan The Coca-Cola Company telah pun membawa perubahan kepada penduduk Kampung Buruni kerana dengan sumbangan hampir RM50 ribu dapat membiayai projek bekalan air dan pembinaan tiga tandas baru.
Secara keseluruhannya, 67 sukarelawan berusia 17 hingga 65 tahun – British, Belanda, Jerman, Hong Kong, Amerika, Belgium dan Malaysia, serta orang Sabah sendiri telah berhempas pulas untuk menyiapkan projek membina empangan air di Kampung Buruni.

Bagi Mya Ameera yang merupakan anak jati Sabah, dia sendiri merasa puas bila dapat membantu menggembirakan penduduk kampung yang terlalu excited mendapat punca bekalan air bersih yang baru. Walaupun dibesarkan di bandar dan tidak mempunyai pengalaman kepayahan untuk mendapatkan air, remaja ini tak pernah teragak-agak untuk turun padang menjadi volunteers dalam projek ini.
“Ibu yang banyak memberikan sokongan dan galakkan untuk saya menjadi volunteers. Selain itu, saya juga dapat ramai kawan baru dari serata negara. Alhamdulillah, semua volunteers memang banyak membantu,”
“Antara kerja yang kami lakukan adalah gali lubang tanah sedalam 6 kaki dan kami perlu berjalan kaki untuk ke empangan lebih kurang 30 minit. Itu pun sekiranya naik kenderaan dari kampung dan perlu lagi berjalan untuk masuk ke tempat air tersebut.” jelas Mya.

Melihatkan kesukaran yang dilalui oleh penduduk Kampung Buruni, Remaja turut merasai sendiri bagaimana excitednya mereka setelah diberikan kemudahan air di kampung sendiri.
Kalau kita nampak macam remeh, percayalah ada yang sangat memerlukannya dan mungkin akan lebih menghargainya kerana selama ini tidak berpeluang untuk mendapatkan air yang bersih.
Jadi, selepas ni kalau nak bazirkan air tu, ingatlah pada orang-orang yang memerlukannya. Jangan kerana kita mudah dapat air, korang boleh suka-suka bazirkan macam tu je.
Video di bawah menunjukkan bagaimana susahnya nak membina punca air bersih buat penduduk kampung. Sesekali menyelami dan cuba untuk faham situasi orang yang lebih susah tak salah kan? Hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

