
Berita menggembirakan buat ramai pengguna tren apabila perjalanan ke Johor Bahru kini jadi lebih mudah dan menjimatkan, susulan pengenalan laluan ETS ke JB Sentral yang hadir bersama tawaran diskaun istimewa daripada KTMB. Untuk golongan remaja yang aktif bergerak, suka short trip, atau kerap ulang-alik KL–JB, ini memang ‘game changer’ yang dinanti-nantikan.
Pengenalan laluan baharu ini bukan sekadar memudahkan pergerakan, malah memberi pilihan perjalanan yang lebih selesa, selamat dan cepat berbanding tren konvensional. Dalam masa yang sama, ia turut merancakkan ekonomi pelancongan negara dengan membuka akses lebih luas kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
Kod promosi untuk diskaun 30%: JBBEST
Menurut kenyataan rasmi KTMB, diskaun 30% ini sah mulai 12 Disember 2025 hingga 11 Januari 2026. Penumpang hanya perlu memasukkan kod JBBEST ketika membeli tiket melalui:
Sebanyak 5,000 kod promosi disediakan, jadi siapa cepat dia dapat!
Ketua Pegawai Teknikal KTMB, Ir Ahmad Nizam Mohamed Amin, menjelaskan bahawa perkhidmatan ETS ke JB Sentral bukan sahaja memudahkan mobiliti rakyat, tetapi juga memberi impak besar kepada sektor pelancongan dan ekonomi Johor.
“Pelaksanaan perkhidmatan ini tepat pada masanya menjelang musim cuti sekolah dan penghujung tahun, ketika ramai rakyat Malaysia mengambil peluang bercuti ke Johor. Penduduk Johor pula boleh bergerak mudah ke destinasi luar negeri melalui sambungan tren ETS,” katanya.
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (PLBEGJB) yang siap sepenuhnya merangkumi 192 kilometer dan 11 stesen, sekali gus mengukuhkan sistem kereta api moden di Malaysia.
Pengoperasian ETS ke sektor utara pula akan dilaksanakan secara berfasa selepas proses pentauliahan set ETS diselesaikan.
Korang boleh beli tiket melalui:
Untuk pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-9779 1200.
Untuk remaja yang suka travel, inilah masa terbaik nak ‘explore’ Johor Bahru! Dah ada ETS ke JB Sentral, perjalanan jadi lebih cepat, lebih selesa dan lebih jimat. Jangan lupa guna kod JBBEST sebelum promosi habis!
FT Image: Berita Harian / KTMB Berhad