Pelakon meningkat naik, Jazmy Juma meluahkan rasa syukur apabila hubungan cinta yang dibina selama enam tahun bersama Farah Athirah Rozman akhirnya disatukan dengan ikatan perkahwinan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, bekas peserta Hero Remaja itu menyifatkan hari bahagianya sebagai detik yang cukup bermakna apabila kini bergelar seorang suami dan memikul tanggungjawab baharu sebagai ketua keluarga.
Syukur Kini Bergelar Suami
Jazmy mengakui perjalanan yang dilalui bersama isterinya bukanlah mudah, namun segala pengorbanan, kepercayaan dan toleransi yang dibina sepanjang enam tahun menjadi asas kukuh kepada penyatuan mereka.
“Alhamdulillah. Selepas segala liku-liku, pengorbanan, kepercayaan dan toleransi yang kami bina bersama selama enam tahun, hari ini saya memikul satu tanggungjawab baharu sebagai seorang suami,” katanya.
Ads
Hargai Perjalanan Cinta Enam Tahun
Dalam masa sama, Jazmy turut berkongsi penghargaan buat isterinya yang sentiasa berada di sisi sepanjang mereka menempuh pelbagai fasa kehidupan bersama.
Menurutnya, setiap kenangan yang tercipta sepanjang enam tahun itu akan sentiasa terpahat dalam ingatan.
“Terima kasih untuk enam tahun dengan perjalanan yang begitu indah, manis dan penuh kenangan yang tak akan pernah saya lupakan. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya, dalam setiap jatuh bangun,” coretnya.
Walaupun kini sudah bergelar suami isteri, Jazmy percaya perjalanan mereka masih panjang dan berharap setiap ujian serta kebahagiaan yang bakal ditempuhi akan menjadi kekuatan untuk membina rumah tangga yang sentiasa mendapat reda Allah SWT.
Ads
Titip Penghargaan Buat Keluarga
Selain isteri, pelakon itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli keluarga yang tidak pernah berhenti memberikan doa, nasihat dan sokongan sepanjang hubungan mereka.
“Buat keluarga saya, terima kasih kerana tidak pernah putus-putus memberikan nasihat, doa dan sokongan sepanjang kami saling mengenali.
Ads
“Nasihat dan kasih sayang kalian menjadi kekuatan untuk kami terus memperbaiki diri dan menjadi insan yang lebih baik daripada sebelumnya,” katanya lagi.
Di penghujung perkongsiannya, Jazmy turut mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan serta para peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka. Dia berharap setiap hubungan yang terjalin akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Jazmy Juma sah bergelar suami kepada Farah Athirah Rozman dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada pagi Sabtu, 27 Jun 2026.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat setia pelakon utama Dilan, mesti korang dah tak sabar menantikan kemunculan filem lakonan terbaru Iqbal Ramadhan dalam Ali & Rat-Ratu Queens. Menjalani penggambaran di kota New York pada dua tahun lalu, filem ini bakal ditayangkan di saluran Netflix pada 17 Jun 2021.
Ali & Ratu-Ratu Queens mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Ali (Iqbal Ramadan) ditinggalkan ibunya (Marissa Anita sebagai Mia) yang mengejar cita-cita ingin menjadi seorang penyanyi di kota New York. Semenjak daripada pemergian ibunya itu, Mia tidak lagi pernah pulang ke Indonesia.
Disebabkan itu, apabila meningkat dewasa Ali bernekad untuk ke New York mencari ibunya dan disitu juga dia berjumpa dengan empat orang wanita Indonesia yang dibintangi oleh Nirina Zubir, Tika Panggabean, Asri Welas dan Happy Salma untuk membantu Ali menemukan semula ibunya itu.
Tidak kekok berlakon bersama barisan bintang ternama Indonesia, Iqbal menyifatkan peranan Ali ini adalah satu tawaran penghargaan buatnya kerana digandingkan dengan pelakon-pelakon berpengalaman.
“Saya seronok bila berpeluang digandingkan dengan mereka. Banyak perkara yang saya belajar daripada mereka dan mendapat perspektif daripada sudut pandangan wanita. Dengan mereka juga, saya dapat belajar untuk menjadi lebih baik kerana saya tidak pernah mempunyai pengalaman seperti ini,”
“Berada disamping mereka seperti berada bersama ibu sendiri. Saya pegang setiap apa yang diajarkan oleh mereka dan banyak bertanya soalan kepada pelakon-pelakon hebat ini,” jelas Iqbal.
Marissa Anita juga menambah, untuk lebih menghayati karakter ibu dan anak yang dibawa oleh mereka, dia dan Iqbal juga sentiasa bersama bagi mendapatkan keserasian ibu dan anak.
“Sepanjang penggambaran filem ini, saya memanggil Iqbal sebagai Ali dan Iqbal juga memanggil saya Mama untuk mendapat keserasian itu. Adakalanya, sewaktu Iqbal tidak mempunyai babak di set penggambaran, saya memintanya untuk ada di situ juga bagi mendapatkan feel dan menghayati watak lebih mendalam sebagai ibu Ali,” tambah Marissa lagi.
Mempunyai kekangan faktor cuaca yang sejuk, kesemua barisan pelakon mengakui bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah, namun mereka berbangga kerana dapat berlakon di kota besar itu.
Jangan lupa untuk menyaksikan Ali & Ratu-Ratu Queens di saluran Netflix bermula 17 Jun ini. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat animasi ‘Minions’, filem sekuel siri ini sudah pun ditayangkan di pawagam dengan judul Minions: The Rise Of Gru. Dibesarkan pada tahun 1970-an, Gru merupakan peminat kumpulan penjahat Vicious 6 yang diketuai oleh legenda Wild Knuckles.
Apabila kumpulan itu menyingkirkan ketua mereka, Gru menyimpan cita-cita untuk menjadi penjahat dan menyertai kumpulan mereka. Dibantu oleh pengikutnya, Kevin, Stuart, Bob dan Otto, Gru berjaya membina sarang penjahat pertama mereka.
Foto: United International Pictures
Malangnya, Gru tidak berjaya menarik perhatian Vicious 6 sewaktu temu duga mencari penjahat baharu dan sebaliknya kanak-kanak itu telah menjadi musuh kumpulan itu. Gru kemudiannya menyedari penjahat juga memerlukan bantuan daripada rakannya dan tidak mempunyai pilihan untuk beralih kepada sekutu yg lain, Wild Knuckles.
Foto: United International Pictures
Secara keseluruhannya, jalan cerita filem ini agak ringan dan sepertinya memang dijadikan sasaran untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk ke pawagam. Unsur komedi yang diselitkan menghiburkan, lebih-lebih dengan kemunculan watak Otto.
Foto: United International Pictures
Kemunculan anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh yang memegang watak sebagai Kung Fu Master Chow turut menjadi perhatian. Dialog-dialog spontan Minions juga berjaya mencuit hati lebih-lebih lagi ada perkataan bahasa Melayu yang disebut seperti ‘Terima Kasih’.
Walaupun hanya berdurasi selama 1 jam 30 minit, tetapi apa yang kami boleh katakan ia sesuai dengan jalan cerita yang ringkas tetapi tetap menghiburkan. Pendek kata, memang berbaloi untuk ditonton di pawagam lebih-lebih lagi bersama kanak-kanak.
Foto: United International Pictures
Minions: The Rise of Gru telah mendapat kutipan sebanyak AS$127.9 juta di dalam negara selepas empat hari tayangan dan dianggarkan akan menerima kutipan global lebih daripada AS$200 juta.
Bagi yang belum menonton, korang boleh menonton Minions: The Rise of Gru yang kini sedang ditayangkan di seluruh pawagam tanah air.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menurut sumber, ahli BLACKPINK itu telah membeli sebuah vila di kejiranan ‘UN Village’ yang terkenal di Seoul tanpa sebarang pinjaman.
Dia dilaporkan telah membeli apartmen mewah itu secara tunai dan mendaftarkan alamatnya dengan pejabat perbandaran tempatan.
Di tengah-tengah laporan rundingan kontrak Jennie dengan YG Entertainment, ahli BLACKPINK itu didapati dilaporkan telah membeli sebuah unit di kompleks vila LaTerrace di UN Village pada Julai lalu.
Pangsapuri seluas 2636 kaki persegi itu dikatakan mempunyai 5 bilik tidur dan 3 bilik mandi, dan Jennie dilaporkan telah membuat bayaran pendahuluan sebanyak 10% untuk tempat itu pada Februari 2021.
Jirannya termasuk pelakon terkenal Lee Jong Suk, yang didakwa memiliki sebuah apartmen di kompleks yang sama.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!