Pelakon wanita terkenal, Emma Watson atau pemilik nama sebenar Emma Charlotte Duerre Watson baru-baru ini dilaporkan dilarang memandu selama enam bulan selepas didapati bersalah atas kesalahan memandu melebihi had laju.
Insiden berkenaan berlaku di Oxford, England pada 31 Julai tahun lalu apabila bintang Harry Potter itu memandu kereta Audi warna biru pada kelajuan 61 kilometer sejam di kawasan yang dihadkan kepada 48 kilometer sejam sahaja.
Walaupun tidak hadir ke prosiding di Mahkamah Majistret Tinggi Wycombe, mahkamah tetap menjatuhkan hukuman denda sebanyak £1,044 (kira-kira RM6,200) dan menggantung lesen memandu beliau. Hukuman ini dijatuhkan secara automatik berdasarkan undang-undang jalan raya negara United Kingdom.
Dalam pada itu, pelakon berusia 35 tahun itu terdahulu sudah mempunyai sembilan mata penalti pada lesen memandunya. Selain itu, tiga lagi mata tambahan dari kesalahan terbaru, ia mencukupi untuk mencetuskan penggantungan lesen selama enam bulan.
Selain itu, difahamkan Emma bukan satu-satunya bintang Harry Potter yang berdepan tindakan sedemikian. Rakan pelakonnya, Zoë Wanamaker turut dikenakan hukuman serupa kerana memandu pada kelajuan 74 kilometer sejam di kawasan had laju 64 kilometer sejam di Berkshire, England.
Ads
“Kedua-dua pelakon ini mempunyai sejarah kesalahan lalu lintas sebelum ini, dan pengumpulan mata penalti menjadikan penggantungan lesen sesuatu yang tidak dapat dielakkan,” kata Hakim Daerah Arvind Sharma yang mengendalikan kes tersebut.
Ads
Keputusan mahkamah itu sekaligus mencetuskan pertembungan nasib antara dua pelakon yang pernah berkongsi layar sama, namun kini tersangkut dari dunia nyata kerana kesalahan di jalan raya.
Sekadar info, Emma pernah mencipta nama menerusi watak Hermione Granger, kini lebih aktif dalam bidang akademik, pengarahan filem dan advokasi hak wanita. Antara karya terkenalnya selepas Harry Potter termasuk Beauty and the Beast dan Little Women.
Setakat ini, wakilnya belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung insiden tersebut, manakala wakil Wanamaker memilih untuk tidak memberikan sebarang komen kepada media.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gelagat bersahaja pempengaruh dan usahawan kontroversi, Nur Sajat ketika sesi siaran langsung (live) mahupun pelbagai kandungan media sosial tidak pernah mengecewakan peminatnya.
Sekali lagi, Nur Sajat telah mencuri tumpuan warganet di media sosial apabila mengenakan hijab yang dikatakan persis seperti pelakon dan usahawan popular, Rozita Che Wan, ketika dia melakukan sesi live, baru-baru ini.
Menerusi klip video pendek yang dimuat naiknya semula di Instagram, Sajat dilihat mengenakan hijab serta memakai kaca mata hitam sambil bertutur loghat utara.
“Muka kami sama ker macam Che Ta ka? Sungguh ka?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi warganet mengenai video berkenaan.
Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat usahawan berkenaan selain mereka turut tidak menafikan dan berpendapat Sajat mempunyai wajah yang seiras seperti Rozita yang lebih disapa Che Ta apabila menggayakan seperti pelakon itu.
“Sama copy paste.. tang loghat sahaja lain bukan Kedah ori,” komen seorang pengikut.
“Ingat Che Ta lah tadi, tengok kaca mata hitam besaq (besar) rupanya Sajat,” komen juga pengikut lain.
“Lah, mati-mati saya ingatkan dalam video ini Che Ta! Ingatkan Sajat repost,” tulis pengguna lain.
“Tersangat Che Ta,” komen lagi pengguna lain.
Terkini, hantaran berkenaan meraih lebih 85,000 tontonan dan tiga ribu jumlah tanda suka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selama ini, pengguna kad Touch ‘N Go di kawasan parkir kenderaan selalu akan mengomel setiap kali mereka dikenakan surcaj 10 peratus ketika keluar dari bangunan.
Iyalah, sudahlah tempoh masa kita letakkan kenderaan sama dengan kereta sebelah tetapi kita pula yang dikenakan bayaran lebih.
Nasib baik isu itu akan diselesaikan tak lama lagi.
Gambar hiasan.
Hari ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan iaitu Yang Berhormat Chong Chieng Jen mengumumkan kerajaan dalam proses pemansuhan surcaj tersebut secara berperingkat.
Ia tidak boleh dimansuhkan secara serta-merta kerana pihak Touch ‘N Go dan pengendali kawasan parkir kenderaan masih terikat dengan kontrak berasaskan surcaj sedia ada. Ia masih belum berakhir, hanya setelah mereka menandatangani perjanjian baharu ia dapat dikuatkuasakan.
Pada awal minggu ini, tular di media sosial apabila pengguna Touch ‘N Go meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj tambahan sebanyak RM0.50 yang dkenakan apabila mereka menambah nilai kad mereka.
Ia mendapat reaksi luar biasa sehingga wujud tanda pagar #mansuhtouchngo.
Sumber: BHarian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu korang bosan? Tak ada plan nak lepak mana dengan kawan-kawan? Apa kata ajak kawan korang naik Genting untuk merasai sendiri pengalaman di enam lokasi menarik di SkyAvenue mall, Resort World Genting.
Pergi ramai-ramai dengan geng mesti lagi best kan. Tapi, apa je enam lokasi menarik tu?
1. Alive Museum
Bagi korang yang suka bergambar, Alive Museum memang tempat paling tepat untuk korang serbu. Lukisan mural 3 Dimensi membuatkan korang nampak real bila bergambar.
Karya seni ini dihasilkan oleh pelukis dari Korea Selatan dan pastinya korang akan terpukau dengan hasil 3D daripada mereka.
2. Ripley’s Believe It Or Not! Odditorium
Lebih daripada 400 pameran artifak lama dikumpulkan dan korang bakal merasai satu ‘dunia baru’ yang lari daripada dunia sebenar. Koleksi-koleksi seperti model Pontianak dan kaki pemain bola terkenal David Beckham turut dibawa dalam pengembaraan ini.
3. Jurassic Research Centre
Masuk saja dalam tempat ni, korang akan terdengar ngauman lebih daipada 300 spesis replika dinosaur. Korang boleh feeling-feeling macam ada pada zaman dinosaur. Kelas!
4. Zombie Outbreak
Dah cukup berani? Bolehlah cuba masuk ke dalam Zombie Outbreak. Rasai pengalaman dikejar zombie dan macam-macam bunyi yang menyeramkan bakal korang dengar. Kalau tak menjerit, kami belanja korang teh o ais satu. Hiks!
5. Snow World
Kawasan yang berkeluasan 22,000 kaki meter persegi dengan suhu -10 darjah celcius memang tak sesuai untuk korang yang tak tahan sejuk. Serious sejuk beb! Kadang-kadang feeling macam Winter Sonata pulak. Heeee..
6. Food Court Moden Mewah
Dah penat berjalan mesti la perut rasa lapar. Nak makan makanan yang sedap tapi dengan harga berbaloi? Pergi saja ke medan selera berkonsep mewah yang baru saja dibuka di SkyAvenue, Resorts World Genting.
Sajian makanan Nusantara yang terdiri daripada pilihan masakan Nasi, Mi, Laksa, Timur Tengah membuatkan korang tak ada lagi alasan tak tahu nak makan apa.
Paling penting, semua makanan di sini adalah halal dan boleh dimakan tanpa rasa ragu-ragu. Hehe!
Apa lagi guys, let’s lepak Genting weekend ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!