
Elon Musk, manusia paling kaya di dunia kini melangkah setapak kehadapan dengan menjadi pemilik akaun media sosial Twitter dengan pengikut teramai.
ARTIKEL BERKAITAN : Elon Musk Lancar Tesla Bot, Robot Dengan Bentuk Manusia – REMAJA

Hal ini selepas bilangan pengikut beliau di Twitter secara rasminya telah mengatasi bilangan pengikut Barack Obama, sekaligus menjadikan akaun Twitter Elon Musk sebagai akaun dengan angka pengikut paling tinggi di dunia.
Sebelum ini, Elon Musk telah mencapai bilangan 100 juta pengikut pada bulan Jun lepas, dan seterusnya turut mengumumkan pengambil-alihan Twitter pada nilai $44 bilion.

Aktif Di Twitter
Akaun Twitter milik Elon Musk agak aktif dalam berkomunikasi bersama yang lain, disamping berkongsi ciri baharu Twitter serta syarikat lain milik Elon Musk, termasuk diselitkan bersama pelbagai meme dan perkongsian lain.
Sebelum ini, pemilik Twitter ini juga dinobatkan lelaki terkaya di dunia selepas saham syarikat kereta elektriknya, Tesla Inc. naik 100 peratus pada Januari lepas.
BACA LAGI : Elon Musk Kembali Rampas Gelaran Manusia Paling Kaya Di Dunia!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Uh-oh! Pelakon Riverdale Menempelak Taktik Kim Kardashian Turun Berat Demi Fesyen

Alert, somebody is ranting! Tetapi, ada benarnya apa yang diperkatakan olehnya ini.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story, pelakon yang terkenal dengan drama siri Netflix Riverdale, Lili Reinhart telah menempelak taktik yang digunakan oleh sosialit dan usahawan terkenal, Kim Kardashian untuk menurunkan berat badannya hanya demi menyempurnakan hasrat menyarungkan gaun asal Marilyn Monroe.
ARTIKEL BERKAITAN : Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe – REMAJA
Sehari selepas acara Met Gala 2022 yang dihadiri oleh Kim bersama teman lelakinya, Pete Davidson; aktres berusia 25 tahun itu telah meluahkan isi hatinya menerusi media sosial mengenai kenyataan Kim bersama Vogue mengenai caranya menurunkan berat badan sehingga tujuh kilogram dalam masa tiga minggu kerana gaun yang ingin dipakainya itu tidak muat.

Bagi Lili, kenyataan Kim itu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dikongsikan memandangkan Kim mempunyai jutaan pengikut di serata dunia. Rata-rata pengikut Kim ialah anak muda yang sentiasa mengikut trend, produk, pakaian dan gaya hidup terbaru yang diperkenalkan oleh Kim.
Lili khuatir sekiranya ramai remaja yang akan mencuba cara diet Kim yang drastik dan tidak menyihatkan ini.
“Untuk berjalan di karpet merah dan melakukan temu bual di mana anda mengatakan betapa laparnya anda.. kerana anda tidak mengambil karbohidrat sepanjang bulan lalu.. semuanya hanya untuk muat dalam gaun itu?”
“Ini adalah amat bermasalah. Sangat bermasalah pada skala tertinggi.”
Sambung Lili, “(Dia) mengaku secara terbuka sanggup berlapar demi Met Gala. Apabila dia tahu terdapat berjuta-juta lelaki dan wanita muda yang memandangnya sebagai contoh dan sentiasa mendengar kata-katanya. Kejahilan yang ditunjukkan ini adalah amat menjijikkan.”

Biarpun Lili tidak menyebut nama Kim secara terang-terangan, namun ramai yang sudah dapat mengagak ia ditujukan kepada wanita berusia 41 tahun itu.
Lili mengakhiri luahan hatinya itu dengan mengharapkan agar semua orang berhenti menyokong selebriti ‘bodoh’ dan ‘merbahaya’ yang sekadar mempromosikan imej berkaitan bentuk tubuh badan mereka.
“Selalunya, saya bukanlah seorang yang pemarah. Tetapi saya merasakan ketoksikan industri ini kadangkala mencabar diri saya,” catatnya lagi.
BACA LAGI : 10 Perkara Mengejutkan Tentang Keluarga Kardashian – REMAJA
Terdahulu, Kim berkongsi dengan Vogue di antara caranya menurunkan berat badan. Ini termasuklah memotong pengambilan karbohidrat dan gula, mengambil sayur-sayuran dan protein sahaja, memakai sut sauna sekerap dua kali sehari dan berlari di atas treadmill.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Digelar ‘Hyoyeon Rempit’, Giliran Ahli SNSD Ini Pula Lakukan TikTok Lagu BM

Selepas viral video Tik Tok yang dilakukan oleh ahli program Running Man, Ji Suk Jin pada bulan lalu, kini tiba giliran seorang lagi selebriti K-pop yang memilih lagu berbahasa Melayu di aplikasi tersebut.
Hyoyeon yang juga merupakan ahli kumpulan Girl’s Generation (SNSD) memilih lagu popular di Tik Tok, Sekejam Itu Kau Fitnahkan yang sering menjadi pilihan warga Tik Tok di Malaysia.
Menariknya, Hyoyeon tampil bersama 2 orang rakan lelakinya dan salah seorang daripada dikenali sebagai personaliti dari Indonesia bernama Boy William.
Melihat tinjauan respon pengguna di Twitter, ada yang berpendapat Hyoyeon kelihatan comel dengan gelagatnya itu.
Tak kurang juga ada yang menggelar penyanyi itu sebagai ‘Hyoyeon Rempit’. Korang ni kan….
Ini merupakan antara respon yang mencuit hati kami – just because they are true!




*
Jika korang masih belum berkesempatan untuk melihat Tik Tok versi Ji Suk Jin, tontonnya di bawah.
Bila Oppa Ji Suk Jin Pilih Lagu Bahasa Melayu Di TikTok, Ini Hasilnya!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lambakan Insiden Makanan Berkulat, Warganet Gesa KKM Pantau Makanan Bazar Ramadan

Tidak sah bila bulan Ramadan tiba, rakyat Malaysia tidak berpusu-pusu ke bazar. Aneka pilihan makanan dan minuman yang menggiurkan semestinya menjadi perhatian bagi mereka yang berpuasa.
ARTIKEL BERKAITAN: Lagi Kes Keracunan Puding Buih Di Bazar Ramadan, Doktor Jelas Empat Puncanya
Bazar Ramadan yang kerap menjadi tumpuan orang ramai.
Namun, terdapat beberapa aduan yang merisaukan berkenaan makanan di bazar Ramadan yang dikatakan berkulat, basi dan tidak segar.
Pada 31 Mac lalu pengguna Twitter @MALAYSIAVIRALLL menyiarkan semula beberapa gambar karipap busuk. Menurut tweet itu, wanita yang membeli karipap itu telah membelinya di bazar Ramadan dan sama sekali tidak menyangka makanan itu sudah berkulat.
TOLONG RT
KARIPAP SAMPAH
Assalamualaikum. Kepada peniaga2 bazaar ramadhan rasanya dah byk kali viral pasal makanan2 yg tak elok, tak sangka harini terkena pada sy juga. Harini sy ada beli 2 paket karipap, tapi KARIPAP YANG DAH BERKULAT.@KKMPutrajaya @DGHisham pic.twitter.com/oZFoemwDM7
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 30, 2023
Tambahnya, sejurus sahaja kakak dan ibunya menggigit karipap itu, mereka segera menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana rasanya yang agak masam.
Dalam keadaan keliru, wanita itu terus membelah dua karipap itu dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati isi karipap itu sudah berkulat.
“Kepada peniaga bazar Ramadan, rasanya sudah banyak laporan makanan rosak yang tular. Saya tidak sangka ia akan menjejaskan saya sehingga hari ini. Saya membeli dua bungkus karipap, tetapi semuanya berkulat,” katanya.
Visual karipap yang sudah berkulat telah tersebar di media sosial.
Pengguna itu turut menggesa akaun Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan segera diambil.
Selain itu pada 31 Mac, pengguna Twitter @isusemasaviral telah berkongsi satu lagi insiden di mana seorang wanita hamil mendapati bahawa ikan goreng yang dibelinya sudah busuk.
Bala…harini beli lauk dekat bazaar/pasar malam dekat area flat ppr batu muda… dah nak habis makan baru perasan ada ulat.Bukan sekor atau dua tapi berpuluh2 ekor dekat perut ikan. Ingatkan beras tak masak tapi..ulat rupanya. Dahla saya ibu mengandung… Allah sungguh azab pic.twitter.com/v3QilEecvt
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) March 31, 2023
Wanita itu berkata, dia membeli lauk itu dari bazar Ramadan yang terletak di PPR Batu Muda, Kuala Lumpur. Menurut beliau lagi, dia menyedari bahawa ikan itu dipenuhi dengan ulat.
“Saya baru nak habis makan baru perasan ada ulat. Bukan seekor dua, tapi berpuluh-puluh ekor dekat perut ikan. Pada mulanya saya sangkakan ia nasi, tetapi ia kelihatan seperti ulat,” tulisnya.
Gambar ikan yang dimuatnaik jelas kelihatan mengandungi ulat.
“Saya bukan minta ganti rugi, tapi tolong ikhlaskan hati bila nak berniaga untuk jana pendapatan keluarga, jangan aniaya orang macam ni,” tambahnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkejut dan kecewa dengan tahap kebersihan makanan tersebut dan sifat tidak bertanggungjawab oleh penjual. Mereka turut menggesa agar pihak Kementerian Kesihatan (KKM) agar tindakan tegas diambil kerana kes keracunan makanan bukanlah perkara enteng dan boleh membawa maut.
BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Akaun Twitter @isusemasaviral & @MALAYSIAVIRALLL
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

