Berkahwin di usia muda adalah perkara biasa dan sudah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan ini boleh dilihat pada perkahwinan ibu bapa kita dahulu kala. Banyak kebaikan yang boleh diperolehi sekiranya korang menamatkan zaman bujang di usia yang masih muda.
Namun, ramai di antara rakyat Malaysia kini terlalu mementingkan kerjaya, perkahwinan dan membina keluarga bukanlah menjadi keutamaan mereka.
Berbeza dengan pelakon, Elfira Loy, 29, yang sudah hampir empat tahun melayari bahtera rumah tangga menyifatkan perkahwinan adalah satu tanggungjawab yang tidak mudah untuk digalas.
Memetik laporan Harian Metro, Ibu kepada dua cahaya mata ini berpendapat bahawa banyak pengorbanan yang perlu dilakukan dalam memastikan kehidupan rumah tangga kekal harmoni dan bahagia.
“Sebelum berkahwin, persepsi saya terhadap perkahwinan ini berbeza dan selepas melaluinya memang apa yang saya fikir sebelum ini tak sama.
“Saya rasa orang yang dah berkahwin saja akan tahu apa itu perkahwinan sebenar. Ia bukan mengenai dua hati saja.
Ads
“Selain itu, banyak pengorbanan dari sudut perasaan, kerja, hati serta masa. Hanya orang yang matang boleh melaluinya. Kalau tak matang memang akan selalu ada pergaduhan sepanjang perkahwinan,” katanya.
BERKAHWIN KETIKA KERJAYA DIPUNCAK
Ditanya kenapa dia memilih untuk mendirikan rumah tangga ketika namanya berada di puncak, Elfira berkata, soal populariti bukan sesuatu yang dikejarkan selama ini.
“Itu bukan keutamaan dari awal saya masuk dalam bidang hiburan ini. Saya bergelar artis sebab nak kukuhkan nama. Segala gelaran atau penghargaan yang diberi, itu semua orang yang beri. Saya hanya fokus kepada kehidupan sendiri dan tak pernah rasa perbezaan itu,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Elfira turut menasihatkan sesiapa yang ingin berkahwin muda supaya mencari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu.
“Perkahwinan ini bukan mudah. Jadi kena cari ilmu mengenai perkahwinan terlebih dulu baru ambil keputusan berkahwin.
“Perkahwinan ini bukan sekadar suka sama suka, kemudian ajak berkahwin. Banyak ilmu yang perlu dipelajari.
“Bagi saya, melayari rumah tangga ini perlu ada keikhlasan. Ikhlas itu yang akan buat semua benda menjadi mudah,” katanya.
Untuk info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 di Cyberjaya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata, Rayyan dan Aria.
Kepayahan berkahwin pada usia muda memang tak disangkal, jadi kahwinlah bila sudah bersedia dari semua segi okay!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Jarang sekali konsert hiburan artis Thailand dianjurkan di Kuala Lumpur. Selalunya yang dijemput ke sini jika tidak bukan artis Korea Selatan, pastinya artis Barat.
Tidak hairanlah apabila kehadiran 9 orang pelakon dan penyanyi Thailand ke Shah Alam semalam menerima sorakan cemerlang daripada para peminat mereka.
Antara yang membuat kemunculan istimewa itu ialah bintang drama viral, My Ambulance seperti Sunny Suwanmethanot, Wongravee Nateetorn (Sky), Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Ice Paris Intara-komalyasut, Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng), Nichaphat Chatchaipholrat (Pear-wah) dan Chonlathorn Kongying-yong (Captain).
Lebih 2,000 orang peminat menghadiri acara Dimsum Thaipop 2019 #LetsSanookTogether yang berlangsung di dewan Ideal Convention Centre IDCC, di sini untuk bertemu mereka.
Selain daripada mendendangkan beberapa lagu popular daripada siri drama tersebut seperti My Ambulance, Lucky One, Love Message, You Are My Everything dan It’s OK, mereka juga sempat untuk menyanyikan rendisi lagu Inggeris kegemaran mereka.
Ini termasuklah Lost Stars (Pearwah & Billkin), Let It Be (Ice bersama gitar), Humble (Jaylerr) dan persembahan terakhir Uptown Funk oleh mereka semua.
*
Nampak saja Thailand dekat dengan Malaysia, penulis pada awalnya mengagak mereka sudah biasa ‘turun’ ke Malaysia untuk bercuti, bekerja dan sebagainya.
Namun rata-rata artis Thai ini baru pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur disebabkan acara Dimsum ThaiPop 2019 ini.
Seperti yang dikatakan oleh Ice, dia terkejut apabila peminat turut sama menyanyikan lirik kata lagu Thai walaupun mereka tidak mengetahui maksudnya.
“Ini adalah kali pertama saya ke Kuala Lumpur dan saya pasti akan melawat lagi selepas ini.”
Bagi korang yang masih belum berkesempatan untuk menonton drama My Ambulance, korang boleh binge-watch siri tersebut di aplikasi atas talian dimsum okay!
*
*
GEMPAK TAK RESULTS DEWI REMAJA?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon kacak, Keith Foo baru-baru ini memberi bayangan bahawa dirinya bakal memeluk agama Islam pada tahun hadapan sebelum mendirikan rumah tangga bersama pelakon wanita terkenal, Riena Diana.
Menurut Keith atau pemilik nama sebenar Foo Chuan Chin (42), beliau sudah lama mendalami ilmu agama dan mula menunjukkan minat terhadap Islam sejak sebelum mengenali Riena lagi.
“Sejak ada Riena saya banyak minta tunjuk ajar seperti membaca doa makan dan banyak lagi. Apapun, doakan kami dan lihat apa yang akan jadi tahun depan. Ada kejutan tahun depan,” kata Keith.
Pada masa yang sama, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal (27), turut berkongsi bahawa Keith memberikan kepercayaan penuh kepadanya untuk memilih nama Islam sekiranya dia memeluk agama itu kelak.
“Sebenarnya ada berita gembira, Keith beri peluang untuk saya pilih nama Islam dia. Nama Islam kita sudah ada, tetapi belum sedia untuk kongsi bersama umum,” kata Riena.
Menurut Riena, Keith memilih untuk mendalami Islam terlebih dahulu sebelum membuat keputusan memeluk agama secara rasmi dan berkahwin.
“Saya tidak mahu orang kata, Keith memeluk Islam semata-mata mahu berkahwin. Sebab itu sekarang saya gembira untuknya yang cuba mendalami Islam,” ujarnya.
“Kalau boleh tidak mahu hari ini peluk Islam, esok berkahwin. Keith sendiri beritahu yang dia mahu peluk Islam terlebih dahulu dan belajar tentang agama barulah berkahwin. Doakan yang terbaik buat kami,” jelasnya.
Sementara itu, pasangan romantis ini juga tidak mahu terburu-buru dalam soal mendirikan rumah tangga, malah menyerahkan urusan tersebut kepada pihak keluarga masing-masing.
Hubungan mereka yang semakin serius ini ternyata menarik perhatian peminat yang tidak sabar menantikan perkembangan seterusnya. Sama ada tentang agama atau perkahwinan, Keith dan Riena memohon untuk terus mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dalam filem Harry Potter, kita selalu melihat pelajar di sekolah Hogwarts yang akan pulang menaiki kereta api untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti perayaan Natal.
Tapi terbalik pula pada tahun ini apabila beberapa orang pelakon Harry Potter memutuskan untuk menyambut percutian Natal mereka bersama-sama semalam and WE ARE OBSESSED!
Tom Felton yang membawakan watak Draco Malfoy memuat naik beberapa foto bersama Emma Watson (Hermione Granger), Evanna Lynch (Luna Lovegood), Bonnie Wright (Ginny Weasley) dan Matthew Lewis (Neville Longbottom). Mereka dilihat mengadakan majlis reunion di kediaman salah seorang dengan ringkas.
Tom menulis, “Seasons greetings from my school mates. Matthew dan saya berdebat mengenai #GryfindorvsSlytherin.”
*
Bonnie juga menulis caption “Mengimbas kembali masa” berserta emoji kilat yang jelas merupakan reference kepada Harry Potter.
Emma juga menulis, “Merry Christmas from us.” Evanna turut menulis, “Macamlah saya tidak akan repost foto ini.”
Reunion yang dilakukan ini tidaklah mengejutkan kami memandangkan mereka tidak melupakan sesama sendiri walaupun setelah bertahun-tahun menamatkan filem terakhir.
Namun, kami kesal sedikit kerana Daniel Radcliffe dan Rupert Grint tidak berada bersama mereka. Kemungkinan mereka berdua masih terlibat dalam projek penggambaran di Amerika Syarikat.
Kalau korang merancang untuk mengimbas semula Harry Potter semasa bercuti pada tahun hadapan, why not korang rancang lebih awal seperti cadangan kami di bawah.
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.