Pelakon, pengacara dan Dewi Remaja 2005/2006, Scha Alyahya tidak pernah kalah dalam berfesyen hingga digelar ikon fesyen.
Sejak bergelar juara Dewi Remaja 2005/2006, Scha terus kekal dalam industri dalam mengembangkan bakatnya. Malah, walaupun sudah memasuki 40-an, Scha Al-Yahya, tetap awet muda.
Melihat kecantikannya, rasa teruja nak tahu rahsianya. Agaknya apa set penjagaan wajah dan gaya hidup yang ibu kepada Lara Alana dan Lila Ameena ini amalkan, ya.
Scha Al-Yahya Kurangkan Gula Untuk Awet Muda, 2 Bulan Sekali Buat Facial!
Menurut pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, apabila semakin berusia, dia juga tidak dapat lari dari menerima kesan penuaan seperti garis-garis halus pada wajah.
“Tak nampak ke kat mata saya dah ada garis-garis, dekat leher saya dah ada kesan penuaan, tapi lighting sekarang hebat.
Ads
“Memang ada nampak kesan penuaan tu, tapi Scha apa-apa pun, macam orang lain cakap lah, kena ada SPF, Scha itu je,” ujarnya.
Antara kebaikan menggunakan produk yang mempunyai SPF pada wajah adalah bertujuan untuk melindung dan menjaga kesihatan kulit. Ini kerana SPF memiliki kandungan nutrisi dan vitamin yang sangat baik untuk kulit anda.
Malah, kandungan SPF yang sering digunakan dalam krim pelindung matahari (sunscreen) juga dapat mampu meremajakan kulit dengan memperlahankan kesan penuaan serta menjaga kecerahan dan kebersihan kulit setiap masa!
Scha Lakukan ‘Facial Treatment’ Dua Kali Setiap Bulan
Ketika ditanya, adakah Scha masih percaya untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan tubuh badan dengan hanya menggunakan bahan-bahan alami (Au Naturale), Scha menjelaskan bahawa dia percaya dan mengamalkanya dalam kehidupan seharian.
Ads
Dalam masa yang sama, katanya melakukan rawatan pemulihan kulit wajah seperti rawatan Facial di pusat kecantikan (SPA) juga merupakan rutin wajib yang diamalkan Scha iaitu sebanyak dua kali setiap bulan.
“Of course masih percaya bahan-bahan alami dan semulajadi (Au Naturale), mereka kata kurangkan gula, jadi itu je yang Scha lakukan!”
“Facial kena buatlah, tipu lah kalau tak buat facial atau benda-benda tu. Kita tetap ada lakukan rutin tu, sebulan dua kali,” jelasnya.
Ads
Untuk rekod, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari mendirikan rumah tangga pada 2012 dan hasil perkongsian hidup berkenaan, kehidupan mereka telah diserikan lagi dengan kehadiran dua cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketika umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri pada hari ini, imej berikut yang tular semalam di kalangan netizen memang menyedihkan ramai pihak.
Bertempat di Csr Merapoh – Gua Musang, situasi orang ramai yang sedang pulang beraya ke Kelantan menjadikan laluan tepi jalan raya sebagai lokasi terbaik untuk bersahur sebelum meneruskan perjalanan.
Namun yang tak best-nya, sebaik kereta-kereta beransur gerak, nampaknya sampah yang dibawa mereka dibiarkan saja di tepi jalan oleh para pengguna.
Heh, macam susah sangat ke nak kutip sampah dalam plastik dan simpan sehingga tiba di destinasi masing-masing?
Nampaknya para netizen juga tak dapat nak brain mengenai cara masyarakat kita yang masih suka mengambil jalan mudah.
Sebenarnya, isu ini bukanlah isu baru. Sekitar bulan Mac tahun ini, rakan media di Utusan Malaysia pernah melaporkan situasi tepi jalan yang dipenuhi taburan sampah-sarap di Jalan Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 dan RKT Kesedar Lebir.
Dipercayai ia angkara perbuatan segelintir penduduk yang membuang sejak setahun lalu. Menariknya, ada di kalangan penduduk yang mendakwa bahawa pihak berkuasa tidak menyediakan kemudahan tong sampah dengan cukup.
Haih, kalau tak cukup tong sampah terus kena buang merata-rata ke sis?
Alasan seperti ini menyakinkan REMAJA bahawa mentaliti masyarakat kita masih berada di kelas ketiga. Tak kiralah jika kita merupakan penduduk Kelantan ataupun orang luar yang pulang beraya ke Kelantan, bukankah kita sudah diajar dengan pengetahuan sivik untuk menjaga kebersihan?
Janganlah hanya pembangunan di sana semakin berkembang tapi perangai masih di takuk lama, sudahlah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan akhir program Big Stage 2022 semalam masih menjadi topik perbualan warganet memandangkan persaingan sengit yang tercetus di antara lima orang peserta yang bertanding.
Tumpuan tentunya terarah kepada 3 peserta yang menakluki tangga teratas semalam iaitu juaranya, Elica Paujin; naib juara, Danial Chuer dan pemenang tempat tiga, Aisha Retno. Ini berikutan kutipan markah mereka dari juri tetap semalam amatlah sengit. Hanya peratusan undian peminat yang berjaya memisahkan ketiganya apabila ia jelas dikuasai Elica.
Lantas, timbul lah persepsi sekiranya Danial dan Aisha mungkin kesal dengan keputusan semalam apabila di atas kertas, ia boleh dikatakan ditentukan oleh undian peminat.
Aisha Retno
Namun, pesepsi tersebut telah ditepis oleh mereka berdua dalam sesi Instagram Live yang dilakukan bersama Astro Awani pada hari ini.
Kata Aisha, saingan bagi Big Stage 2022 amatlah sengit dan dia bersyukur setelah diletakkan pada kedudukan ketiga. “Ia sengit sehingga membuatkan saya terfikir, kalaulah kami bertiga dipisahkan ke tiga musim berbeza, tidak mustahil kesemuanya boleh bergelar juara Big Stage.”
Danialbersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan benchmark yang diletakkan oleh kesemua peserta seakan ‘lain macam’.
“Bukan hanya kami bertiga tetapi peserta lain juga bekerja keras pada setiap minggu. Soal saingan sengit antara kami (bertiga) pula, saya bersyukur kerana orang ramai mempercayai bakat kami. Ia membuat segala persediaan dan execution kami selama ini berbaloi apabila bakat kami dapat diterima oleh juri serta penonton,” jelas Danial.
Danial Chuer
Sementara itu, mereka turut tidak menafikan keinginan untuk merakam lagu baharu bersama-sama setelah idea tersebut timbul semasa malam finale tadi.
Agaknya bagaimanalah genre yang akan Aisha, Danial dan Elica pilih?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut pasal genre cinta, filem Bollywood antara yang mempunyai jalan cerita penuh drama dan kisah cinta yang menyayat hati.
Mana tidaknya, kalau tak menangis tengok filem hindi ni memang tak sah. Lagi best bila bukan saja perempuan, lelaki pun minta tisu wey.
Bagi mereka yang betul-betul peminat tegar filem Bollywood, pasti korang tahu macam mana rasanya ‘angau’ bila menonton filem cinta bollywood ni kan?
Nah, Remaja senaraikan antara filem-filem cinta bollywood yang mampu buatkan korang menitis air mata dan angau tak boleh move on.
1. Kal Ho Naa Ho
Kisah cinta tiga segi tiga sahabat, Shah Rukh Khan, Saif Ali Khan dan Preity Zinta yang tidak tercapai kerana salah seorang daripada mereka menghidap penyakit barah. Dia membuat keputusan untuk mengorbankan cintanya demi membantu sahabatnya mendapatkan cinta Preity Zinta.
2. Mohabbatein
Filem yang dibintangi oleh Amitabh Bachan, Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai ini mengisahkan tentang cinta seorang anak yang dihalang oleh bapanya dan walaupun Raj (Shah Rukh Khan) sudah kehilangan kekasihnya, Megha (Aishwarya Rai), Raj tetap mencintainya dan selalu membayangkan Megha ada disisinya.
3. Devdas
Filem ini diadaptasi dari sebuah novel, Devdas tahun 1917 karya Sharat Chandra Chattopadhyay. Mengisahkan cinta terlarang di antara Devdas (Shah Rukh Khan) dan Paro (Aishwarya Rai) yang berakhir dengan penuh tragis.
4. Dil To Pagal Hai
Cerita cinta segi di antara Rahul (Shah Rukh Khan), Nisha (Karisma Kapoor) dan Pooja (Madhuri Dixit). Konflik bermula bila Pooja mula jatuh cinta pada Rahul.
5. Kabhi Kushi Kabhi Gham
Kisah percintaan dan konflik keluarga antara dua darjat ini memaparkan hubungan kekeluargaan yang sangat rapat. Kekuatan cinta dan kasih sayang dalam filem ini membuktikan bahawa air yang dicincang pasti tidak akan putus!
6. Hum Dil De Chuke Sanam
Seorang gadis yang berketurunan dari keluarga seni muzik (Aishwarya Rai) jatuh cinta dengan seorang lelaki yang belajar muzik dirumahnya. Namun, cinta mereka dihalang keluarga kerana perbezaan budaya dan agama.
7. Mann
Pertemuan di kapal mewah telah membuatkan Dev (Aamir Khan) dan Priya (Manisha Koirala) masing-masing jatuh cinta. Namun, di saat perpisahan mereka setelah tamat pelayaran, perjumpaan yang sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak bertukar menjadi sebuah kisah cinta tragis.
8. Kaho Naa.. Pyaar Hai
Kisah cinta Rohit dan Sonia yang bermula kerana terkandas di sebuah pulau, berakhir dengan kisah duka apabila Rohit mati dalam sebuah kemalangan. Namun begitu, kemunculan Raj Chopra yang memiliki wajah seiras Rohit membuatkan Sonia terkenang kisah cintanya yang lalu.
9. Kuch-Kuch Hota Hai
Rahul dan Anjali bersahabat baik sejak mula mereka belajar di kolej lagi. Dalam masa yang sama, Anjali menaruh hati kepada Rahul. Lain pula jadinya bila Tina muncul dan telah menawan hati jejaka itu. Pengakhiran kisah cinta ini penuh dengan kisah suka dan duka yang berjaya membuatkan penonton berendam air mata.
Dalam kesemua filem cinta Bollywood ni, yang mana satu paling korang suka?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lee Kwang Soo MC perkahwinan Shin Min Ah dan Kim Woo Bin mencuri perhatian peminat, mencerminkan persahabatan erat serta momen paling dinanti industri hiburan Korea.