
Kecenderungan masyarakat masa kini menggunakan kemudahan teknologi, terutamanya telefon pintar untuk menguruskan kerja dan bersosial, sedar tak sedar mendedahkan diri kita sebagai mangsa ancaman siber dan kecurian identiti.

Aplikasi sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram, yang kini menjadi aliran medium pengerak utama komunikasi di pejabat, juga menyumbang kepada risiko maklumat peribadi digodam.

Korang perasan tak kalau bergambar, pasti korang akan membuat simbol “peace” seperti dalam gambar di atas. Kerana kalau buat seperti itu, keyakinan mula datang dan perasaan malu mula hilang. Tetapi zaman sekarang, posing “love” ala selebriti kpop menjadi kegilaan remaja.

Tak salah pun berselfie atau bergambar, tapi korang tahu tak dengan mengambil gambar sambil menunjukkan simbol “V” atau “Peace”, ia boleh mengundang bahaya jika penjenayah siber ingin mencuri data peribadi anda melalui gambar tersebut. Menurut Prof dari Japan Institute, Prof Isao Echizen, dengan menunjukkan simbol “peace”, anda sebenarnya mendedahkan cap jari anda sendiri.

Bila mendengar akan informasi ini, macam tidak logik tetapi Professor ini berkata, tidak mustahil dengan teknologi masa kini dengan kualiti imej yang semakin baik, ia boleh mencerap cap jari tersebut. Prof Isao Echizen telah melakukan ujikaji sendiri dan berjaya mengambil cap jari daripada imej sejauh 3 meter! Seram tak?
So, lepas ni harapnya korang elakkan la berselfie atau bergambar dengan simbol ‘peace’ atau apa-apa sign jari yang membolehkan si penjeyah cyber ini mencuri identiti korang.
Bak kata pepatah lebih baik kita berjaga-jaga dari sesuatu yang buruk berlaku kan?
Sumber : Yahoo.news
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tiada Lagi Makan Di Kantin, Ini Norma Baru Alam Persekolahan Lepas PKPB

Arghh, rindu woo nak berebut beli makanan kat kantin. Ini antara nostalgia kita di alam persekolahan tapi nampaknya selagi penawar COVID-19 belum ditemui, selagi itulah akan ada penjarakan sosial dan masyarakat harus belajar hadam norma baru kehidupan.
Laporan Bernama hari ini, pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara normal baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.
Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala, tindakan selanjutnya diambil.
"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius… pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.
"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.
Normal baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu pada Khamis.
Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.
"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.
"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu…kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.

Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.
Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.
Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.
Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.
"Guru-guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.
Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.
"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.
— BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Magis Malar Segar Rossa Pada Malam Another Journey: The Beginning, Pukau 5,000 Peminat

Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Rocketfuel Entertainment Hadiahkan ‘Buah Tangan’ Baharu Ciptaan Komposer Lagu Justin Bieber Buat Nadeera Zaini

Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.

Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.

Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.

Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurn
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Demam ‘Mermaid Tenggelam’ Bukan Hanya Pada Minuman, Lihat 7 Lagi Item Comel Ini

Kebelakangan ini, ramai yang terpikat dengan foto minuman yang dimuat naik oleh netizen Malaysia.
Ini berikutan kuasa viraliti minuman Fantasy Tail Frappucino keluaran Starbucks Malaysia yang kelihatan amat comel disebabkan warnanya yang ceria.
Bukan itu saja, kelibat ekor ikan duyung yang tenggelam ke dalam bahagian atas minuman juga telah menjadi topik perbualan hangat netizen kerana ia amatlah Instagrammable.
Rasanya juga tidaklah terlalu manis kerana ia mengandungi campuran buah naga, susu segar dan whipped cream.
Bagi korang yang tidak begitu menggemari minuman jenis blended ini, jangan risau. Korang juga boleh mengambil inspirasi trend ‘ikan duyung tenggelam’ ini untuk item-item lain yang sama comelnya.
Jom lihat 7 item pilihan REMAJA ini.

Cotton On . Baju T
RM59.00

Typo . Kusyen
RM75

Sephora . Mermaid Glow Illuminating Rainbow Highligter ( Ciate London)
RM160

SNURK . Duvet katil

Smiggle . Pen

Shopee . Selimut / Sleeping Bag
RM35
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

