Teka-teki sama ada Malaysia akan diisytiharkan darurat sejak semalam bukan saja dikhawatiri oleh orang ramai. Malah remaja dan belia di luar sana juga risau sekiranya pekara itu terjadi.
Hari ini, Parti MUDA yang diasaskan oleh Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq meminta agar pemimpin dan pembangkang duduk membincangkan perihal Belanjawan 2021 agar hak rakyat terpelihara.
Dalam satu kenyatan dikeluarkan oleh mereka, MUDA menolak sebarang usaha ke arah darurat kerana ia menggugat amalan demokrasi berparlimen di Malaysia dan merugikan rakyat.
Krisis kesihatan COVID-19 tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menggantung urusan Parlimen dan kerajaan.Situasi darurat juga akan membawa keburukan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia.
Pertama, ekonomi negara akan lumpuh dan periuk nasi terjejas. Peniaga SME, penjaja kecil dan syarikat-syarikat akan terkesan dalam usaha memulihkan ekonomi mereka. Pelaburan tidak akan dibuat kerana Malaysia bukan lagi negara demokratik.
Ads
Tidak mustahil, semakin ramai pekerja terpaksa dibuang. Pasaran saham juga jatuh. Pulangan pelaburan seperti ASB dan KWSP akan terjejas akibat darurat.
Kedua, darurat memberikan kuasa mutlat kepada Perdana Menteri. Perlembagaan boleh dipinda dan undang-undang boleh digubal tanpa melalui Parlimen. Kerajaan juga boleh campur tangan hal ehwal kerajaan negeri. Ini jelas menidakkan konsep semak dan imbang di negara kita.
Ketika ini, sudah wujud amalan double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang. Rakyat lari dikuarantin didenda, Menteri lari bercuti dibela.
Menyedari impak ini, MUDA berharap agar Majlis Raja-Raja melalui kebijaksanaan yang ada tidak bersetuju dengan saranan Perdana Menteri dan jemaah menterinya.Malaysia jelas sedang berada di persimpangan sejarah yang amat tajam beloknya. Sejarah akan mengajar. Dan orang muda akan belajar.
Ads
Duduk berbincang, tak perlu isytihar darurat
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu juga membuktikan bahawa amalan perbincangan boleh menyelesaikan masalah. Ini dibuktikan melalui UNDI18 iaitu meminda umur layak mengundi.
Jelas Syed Saddiq dalam hantarannya, dahulu dirinya pernah diperlekehkan apabila mencuba untuk pinda perlembagaan (UNDI18) walaupun kerajaan tiada sokongan 2/3 ahli parlimen.
“Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia tetapi, Alhamdulillah, kerana Bipartisanhip, kita berjaya lakukan bersama.
Ads
“Saya dimaki oleh segelintir pemimpin kerana duduk bersama pembangkang untuk usahakan agenda nasional.
“I marched forward because i believe that we can create history together for Malaysia. Malaysia needs more bipartisanship!
“Ketepikan Ego & pecahkan tembok kepartian demi Malaysia tercinta. Saya berharap YAB Perdana Menteri boleh mempertimbangkan cadangan saya.
” Kalau takut tidak cukup sokongan di parlimen, jangan ambil jalan mudah untuk gantung parlimen & demokrasi. Jumpa dengan semua & cari titik tengah bersama.
“We are not unreasonable. We love Malaysia more than anything else. We did it before, We can do it again for Malaysia,” catat beliau.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah padahnya jika terjebak dengan ‘najis’ dadah ini.
Kalau korang perasan, dua tiga hari ini viral dan tular di media sosial apabila sekumpulan orang masjid memandikan seorang remaja seperti mayat kerana disyaki mencuri tabung masjid.
Malah, remaja tersebut turut dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majisret semalam.
Isnin lalu, tular video memaparkan seorang remaja dimandikan seperti ‘jenazah’ selepas ditangkap kerana mencuri tabung di sebuah masjid.
Namun, persoalan tentang kenapa remaja tersebut mencuri tabung tersebut terjawab apabila Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja yang tular kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
Foto Via Kosmo
“Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
“Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun. Sebelum ini, video remaja tersebut dihukum dengan mandikan seperti jenazah turut tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Penyalahgunaan dadah menjadi isu besar di Malaysia. Umum mengetahui kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: sinar harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau dalam isu memboikot barangan atau perniagaan yang dikaitkan dengan Israel. Ini termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyeru semua pihak agar tidak mengambil tindakan ekstrem dan melampau sehingga memberikan keaiban kepada mana-mana pihak”
Kredit: Bernama
“Atas asas kesatuan dan ihsan, semua pihak adalah diseru untuk bersolidariti dengan rakyat Palestin melalui pelbagai pendekatan tersendiri termasuk mendoakan kekuatan dan kesejahteraan kepada Palestin” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
“Dalam isu Palestin, saya percaya semua pihak memahami bahawa kekejaman yang dilakukan pihak Zionis Israel tidak boleh diterima sama sekali dan tindakan yang dilakukan pihak Zionis Israel amat biadab, melampau serta di luar batas kemanusiaan” – Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar
Beliau memberi peringatan itu ketika mengulas tindakan sesetengah pihak yang mengaib dan mengganggu pelanggan menunggu giliran membeli makanan secara pandu lalu di sebuah restoran makanan segera.
Sekaligus mengenai gerakan #Blockout2024 yang bertujuan untuk memboikot selebriti atau pempegaruh yang tidak menggunakan medium media sosial sebagai ruang untuk bersuara berhubung kekejaman Israel.
Tambah beliau, apa juga tindakan yang diambil dalam kempen solidariti wajar dibuat atas asas kebenaran, ilmu dan akhlak. Selain itu, Datuk Dr Mohd Na’im juga menyeru semua pihak untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam bermasyarakat dan mengelak tindakan yang boleh mengundang keresahan awam.
Sekadar info, gerakan #Blockout2024 adalah kempen yang berasal dari luar negara mendapat perhatian orang ramai bagi memboikot selebriti atau pempegaruh yang bekerjasama mempromosikan produk yang didakwa memberi sumbangan kepada Zionis.
Kredit: alhijrah online
Sementara itu, April lalu tular di media sosial video yang menunjukkan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan McDonald’s di Kuantan yang dilakukan beberapa individu. Susulan kejadian itu, polis telah menahan lima orang kerana disyaki mengugut pelangan berkenaan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini akhirnya ditemui sekitar jam 4.50 petang, pada hari Sabtu.
Mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki telah ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) memasuki hari kesembilan operasi.
Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang maut dalam tragedi berkenaan seramai 31 orang. 20 daripadanya merupakan orang dewasa manakala 11 lagi adalah kanak-kanak.
Memetik laporan Sinar Harian, para petugas SAR semasa jasad mangsa ditemui sebentar tadi kelihatan lega apabila usaha pencarian kesemua mangsa akhirnya tamat.
Antara yang terlibat dalam operasi berkenaan termasuklah anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM)
Masing-masing juga dilihat saling berpelukan antara satu sama lain sebagai tanda lega dan penuh kesyukuran.
Terdahulu, negara dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh di jalan Batang Kali-Genting Highlands yang menimpa 92 orang pengunjung tapak perkhemahan Father’s Organic Farm sekitar jam 2.30 pagi sewaktu kesemuanya sedang nyenyak tidur.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.