Filem Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) secara rasminya kini memegang ‘takhta’ sebagai filem animasi tempatan dengan kutipan tertinggi dalam masa yang paling singkat.
Selepas 13 hari tayangan di pawagam termasuk dua hari terawal tayangan untuk peminat, EATM2 berjaya mencatat kutipan melebihi RM34.2 juta sekaligus memecahkan rekod kutipan filem pertamanya.
Tambah membanggakan, EATM2 kini bersaing dengan sebuah filem animasi antarabangsa popular, Lilo & Stitch dan ia masih terbukti menjadi filem animasi pilihan penonton di seluruh Malaysia. Turut tunduk kepada kutipan filem EATM2 ialah filem-filem antarabangsa lain termasuklah Thunderbolts dan Mission: Impossible.
Pengarah EATM2, Usamah Zaid Yasin berkata, kejayaan ini mencerminkan perkembangan positif terhadap penerimaan filem animasi tempatan dan membuktikan pengkarya di Malaysia juga mampu menghasilkan filem animasi berkualiti setaraf studio produksi di luar negara.
Ads
“Kami hasilkan sekuel ini dengan sepenuh hati demi memenuhi jangkaan peminat setia yang lama menantikan misi Ejen Ali.
“Hadiah paling bermakna adalah apabila melihat reaksi penonton dengan air mata, tawa dan tepukan di pawagam. Ia amat menggalakkan kami untuk terus mengembangkan dunia penceritaan Ejen Ali.
“Buat para ejen yang sudah berulang kali menonton, terima kasih kerana terus menyokong EATM2 di pawagam,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, bukan hanya kanak-kanak sahaja yang hadir menonton EATM2 tetapi juga biduanita negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Tampil bersama dua cahaya matanya, Aafiyah dan Afwa, beliau memuji mesej positif yang diketengahkan oleh EATM2 menerusi hantaran terbarunya di TikTok.
Ads
Untuk korang yang belum berkesempatan untuk menyaksikan EATM2, ia masih ditayangkan di pawagam seluruh negara sepanjang musim cuti persekolahan sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rasa macam baru sangat tengok kesemua anggota penyanyi Korea terkenal, BTS seorang demi seorang pergi menyelesaikan tanggungjawab negara dengan menyertai latihan ketenteraan.
Akan tetapi, baru-baru ini agensi BTS, Big Hit Music mengumumkan bahawa ahli tertua, Seokjin bakal menamatkan latihan pada 12 Jun ini!
Kredit: Jin BTS
Demi menghargai sokongan peminat yang setia menunggunya selama 18 bulan, Kim Seokjin atau lebih mesra disapa Jin mencadangkan untuk mengadakan acara Jin’s Greeting bagi meluangkan masa bersama ARMY pada ulang tahun ke-11 BTS yang akan disambut 13 Jun ini.
Menurut Big Hit, antara aktiviti semasa acara beramah mesra antara Jin BTS dan ARMY, mereka bukan sahaja berpeluang untuk menyapa penyanyi tersebut secara peribadi.
Kredit: Jin BTS
Malah, bagi ARMY bertuah yang memenangi undian juga berpeluang untuk peluk atau berjabat tangan dengan pelantun lagu The Astronaut itu, dan ia bergantung kepada pilihan peminat.
Acara Jin’s Greeting difahamkan akan berlangsung selama 3 jam di Arena Jamsil, Seoul dan ia dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama adalah untuk 1,000 orang peminat dan untuk sesi kedua pula seramai 3,000 orang peminat.
Kredit: Weverse BTS
Sementara itu, anggota BTS seperti RM, SUGA, j-hope, Jungkook, V dan Jimin masih lagi menjalani latihan ketenteraan dan jangkaan tamat latihan adalah pada tahun 2025.
Wah! Seronoklah ARMY yang bertuah sebab dapat jumpa worldwide handsome!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selain fesyen pakaian, gaya rambut selebriti Hollywood juga sering diperhatikan. Dan bagi bintang Hollywood mereka kebanyakan daripada mereka tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
Kali ini Remaja ingin kongsikan 7 gaya rambut kekasih kepada Tom Holland iaitu Zendaya.
Wanita berusia 22 tahun memang popular dengan ekperimentasinya terhadap pelbagai gaya rambut. Bermula dari rambut pixie super pendek hingga rambut feminin yang panjang dan lurus yang dia cuba. Jom, lihat di bawah!
Gaya rambut pixie ini adalah bukti bahawa Zendaya boleh kelihatan cantik dan cool dengan apa saja style rambut.
Foto Via seventeen.com
2. Rambut yang digayakan beralun dengan sedikit kesan basah boleh menjadi pilihan bagi korang yang ingin tampil segar dan effortless.
Foto Via refinery29.com
3. Penampilan Zendata yang glamor ini agak ringkas. Hanya gayakan semua rambut dan bentuk sanggul. Voilà! You’ll look fab!
Foto Via popsugar.com
4. Bukan sahaja nampak cool, gaya rambut dreadlock ini dipilih oleh Zendaya sebagai simbol keprihatinan terhadap budayanya asal usulnya.
Foto Via pix11.com
5. Bob pendek dan kerinting dengan poni menyerlahkan struktur muka Zendaya dan menjadikannya lebih edgy.
Foto Via marieclaire.com
6. Anggun! Bagi melengkapkan penampilannya, Zendaya menggayakan rambutnya dengan gaya lurus yang anggun. Jadi nampak lebih matang juga!
Foto Via essence.com
7. Dan baru-baru ini dia telah dilihat dalam gaya rambut barunya iaitu curly bob. Gaya rambut tersebut memang sesuai dengan rambut keriting semula jadinya.
Foto – Allure
Curly bob yang digayakan oleh Zendaya terdiri daripada potongan stail blunt-cut, warna rambut brunette brown dengan undone finishing.
Tip buat korang yang mempunyai rambut keriting semula jadi, gaya rambut ini sangat senang dan sesuai untuk digayakan. Tapi jika bukan, jangan risau okay kerana ada caranya!
Potong rambut menjadi pendek tapi jangan sampai terlalu pendek pula tau. Cukup sehingga ada pengudaraan yang baik di kawasan leher.
Kemudian gunakan semburan tekstur atau semburan garam. Tujuannya adalah untuk memberikan volume pada rambut kamu.
Akhir sekali gunakan jari untuk urut atau sikat rambut selepas ia kering. Jangan guna sikat ye.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Antara manifesto yang dikeluarkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lalu adalah untuk menangguhkan bayaran PTPTN peminjam sekiranya mereka kini dibayar gaji di bawah RM4,000.
Jika korang adalah salah seorang peminjam yang berniat untuk menangguh pembayaran semula PTPTN, apa yang perlu dilakukan adalah untuk memperbaharui maklumat peribadi masing-masing berkenaan pekerjaan, gaji semasa, nombor telefon dan emelsebelum 25 Julai 2018 ini.
Menurut Pengerusi PTPTN iaitu Wan Saiful Wan Jan, “Selepas maklumat dikemas kini, pihak PTPTN akan mengaudit maklumat yang diterima.
Wan Saifulruddin Wan Jan
“Sekiranya tiada perubahan atau proses kemas kini tidak dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan, kami akan menganggap peminjam tidak berniat untuk menangguh pembayaran semula pinjaman dan mereka tidak akan disenaraikan ke dalam polisi baru ini,” tambah beliau lagi
Cara Melakukannya
Bagi peminjam PTPTN bergaji di bawah RM4,000, korang boleh ke laman web www.ptptn.gov.my dan klik pada ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapat’. Senang kan.
Pada Jun lalu, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik memohon agar masa diberi kepada beliau dan pegawai untuk memenuhi manifesto ini disebabkan keadaan hutang semasa negara yang teruk.
Beliau bagaimanapun menegaskan kerajaan tidak akan mengendahkan manifesto tersebut demi nasib pelajar. Cuma apa yang diminta adalah untuk menangguhnya sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.