Penyanyi sensasi yang popular menerusi lagu ‘Bae Sobar Bae’, Eda Ezrin dijangka kembali aktif dalam dunia seni pada minggu depan selepas hampir dua minggu meluangkan masa bersama keluarga dan kemunculannya bakal dimulakan dengan penggambaran muzik video untuk single terbarunya.
Menurut laporan media tempatan, sejak dibebaskan dari Penjara Narathiwat pada 7 Ogos lalu, Eda atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail (30) telah menerima banyak tawaran persembahan dari Kuala Lumpur, Johor dan beberapa negeri lain. Namun begitu, buat masa ini, beliau lebih selesa untuk membuat persembahan di negeri kelahirannya.
“Saya masih belum bersedia untuk bergerak jauh bagi sebarang persembahan, terutamanya di luar Kelantan,” katanya.
Difahamkan, temubual beliau baru-baru ini juga menandakan penampilan pertama secara bersemuka dengan pihak media selepas pembebasannya serta kehadirannya nyata dinanti-nantikan peminat yang merindui suara dan persembahannya.
Ads
Selain menghidupkan semula kerjaya seni, ibu kepada dua cahaya mata ini turut berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan dengan restu suaminya.
“Suami saya akan menemani saya bukan sahaja ketika membuat persembahan, malah turut bersama saya dalam perjalanan perniagaan nanti,” jelasnya lagi.
Ads
Terdahulu, Eda, suami dan empat individu lain dibebaskan pada awal Ogos selepas ditahan lebih sembilan bulan di Thailand. Kesemua mereka ditahan pihak polis Sungai Golok pada 1 November tahun lalu dalam satu serbuan hotel yang turut merampas 6,059 pil Yaba.
Ads
Walaupun Mahkamah Wilayah Narathiwat pada Mac lalu membebaskan mereka daripada pertuduhan, pihak pendakwa raya Thailand memfailkan rayuan sehingga memanjangkan penahanan Eda dan rakan-rakan selama enam bulan.
Namun, selepas pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti tambahan sehingga hari terakhir penahanan pada 6 Ogos lalu, mahkamah akhirnya membebaskan Eda Ezrin, suaminya serta empat lagi individu terbabit. Kini, penyanyi itu kembali dengan semangat baru untuk meneruskan kerjaya seni dan kehidupan peribadinya.
Sumber: Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Rock terkenal, Woosung The Rose baru-baru mengumumkan khabar baik yang menyatakan bahawa dia telah mengambil keputusan untuk berhenti merokok.
Ini merupakan pilihan yang terbaik dan tindakan vokalis band The Rose ini adalah sesuatu yang boleh dijadikan contoh untuk masyarakat di luar sana.
Kredit: Instagram iwoosung
Woosung yang lebih mesra dipanggil Sammy terkenal sebagai salah seorang pemuzik yang tidak asing atau ragu menunjukkan bahawa dirinya adalah seorang perokok aktif.
Lebih lagi budaya merokok di kalangan selebriti Korea Selatan itu adalah salah satu hal taboo yang sering mengundang kecaman untuk kerjaya dan populariti mereka. Sehingga ada di antara mereka yang terpaksa melakukan hal tersebut secara bersembunyi.
Kredit: Instagram iwoosung
Melalui perkongsian gambar throwback di aplikasi Instagram, Woosung mengucapkan selamat tinggal pada nikotin setelah mula menghisap rokok sejak tahun 2016. Dia juga sempat berseloroh dengan mengucapkan terima kasih kepada ‘rokok’ kerana telah menemani dirinya selama lapan (8) tahun ketika sebelum-selepas memulakan aktiviti, dan juga suka-duka mengharungi liku-liku hidup.
“Goodbye, Cigarette 🚭 Thank you for being with me through my happiest and my lowest times for 8 years since 2016.” – Woosung
Kredit: Instagram iwoosung
“We started our mornings and ended our nights together and I can’t imagine going through everyday without you, but I believe that it is time for us to say goodbye.” – Woosung
Dia juga tidak dapat menggambarkan bagaimana hari-harinya akan dilalui tanpa rokok tetapi dia percaya sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal, jelasnya dengan penuh keyakinan.
Katanya lagi, rokok sudah dianggap seperti sahabat sejati dan mungkin dia akan merindui bahan nikotin itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang musim rakyat Malaysia berhati-hati dengan perebakan wabak pandemik Covid-19, tidak dinafikan pelbagai jenis pelitup muka ataupun face mask yang telah diperkenalkan di pasaran.
Ada yang dijual pada harga mampu milik, ada juga yang mendapat sentuhan pereka fesyen tempatan. Haa, yang penting bukannya cantik warnanya ataupun tidak tau, tetapi keselesaan dan keberkesanan face mask tersebut.
Tak lama lagi, jenama minimal popular daripada Jepun, Uniqlo akan mengeluarkan rangkaian face mask mereka sendiri!
Menurut pengumuman mereka pada minggu ini, face mask di bawah koleksi AIRism itu akan menemui pasaran di Malaysia pada 14 September ini dan boleh didapati di stor serta secara dalam talian.
Uniqlo telah menerima permintaan ramai untuk menyediakan face mask yang mampu menjamin rasa selesa dan selamat oleh pelanggan setia mereka. Apatah lagi, ramai yang inginkan rekaan serba minimal tetapi kekal fashionable.
Ia mempunyai lapisan triple-layer yang mengekalkan keberkesanan 99%. Di bahagian tengah mask itu mempunyai filter untuk menapis sebarang punca bakteria dan kandungan asing daripada memasuki rongga hidung dan mulut. Di antaranya pula adalah fabrik mesh AIRism serba selesa.
Bukan itu saja, ia juga mempunyai kadar UPF 50 tau! Jadi, sebahagian daripada wajah korang akan terlindung daripada sinaran ultraviolet sehingga 90%.
Bagi yang risau sekiranya ia akan lembik selepas basuhan yang terlalu kerap, jangan risau lagi kerana face mask AIRism ini mampu bertahan sehingga 20 kali basuhan pada suhu 40 darjah.
*
Berminat? Jangan lupa untuk menantikan face mask ini okay. Ia boleh didapati dalam saiz dewasa dan kanak-kanak.
Namun menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, tak semua orang boleh memakai face mask ya.
Seperti yang sedia kita sedia maklum, personaliti popular ini baru sahaja selesai menjalani pembedahan untuk membuang apendiks setelah mengalami kesakitan yang teruk di bahagian bawah perutnya.
Walaupun apendiks tersebut telah berjaya dikeluarkan, namun wanita berusia 29 tahun ini telah disahkan mengalami komplikasi keradangan di bahagian dinding uterusnya.
Dia yang kini sedang dirawat dihospital berkongsi perkembangan terkini mengenai dirinya di ruangan Instastory. Ujarnya, “Salam semua, apendiks saya telah pun berjaya dibuang tetapi apa yang sedihnya, terdapat pula keradangan di sekeliling dinding uterus.”
Keradangan yang dihadapinya itu menyebabkan kesakitan dan ketika ini bergantung bertahan dengan mengambil ubat tahan sakit (painkiller) atas saranan doktor, walaupun begitu ubat tersebut tidak boleh diambil selalu kerana bimbang dengan keselamatan bayi dikandung yang baru sahaja memasuki trimester kedua.
“Saya masih lagi berada di wad. Bergantung kepada ubat tahan sakit.Tetapi doktor tak boleh nak bagi ubat tahan sakit selalu sebab bahaya untuk bayi. Ketika ini, saya hanya perlu menahan sakit dan terus bertahan. Tolong doakan saya,” kongsinya lanjut.
Semoga isteri kepada selebriti, Raja Syahiran ini segera sembuh dan diberikan ketabahan dalam menghadapi waktu-waktu sukar.
Uyaina dan Raja Syahiran telah mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2020 dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata pertama mereka yang dijangka lahir tahun ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber & Kredit foto: Instagram Uyaina Arshad
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
LKM digital JPJ akan menggantikan sepenuhnya pelekat bercetak bermula 1 Februari 2026, selaras dengan usaha pendigitalan JPJ dan pengurangan dokumen fizikal.