Ed Sheeran Sahkan Bakal Buat Penampilan Di MAMA 2021

Share

Baru-baru ini, Anugerah Muzik Asia Mnet 2021 (MAMA) telah pun mengumumkan secara rasmi pencalonan kategori pada tahun ini yang dijadualkan bakal berlangsung pada 11 Disember depan.

Terbaharu, acara hiburan tahunan ini telah mengesahkan kehadiran Ed Sheeran ke MAMA 2021. Mnet telah mengadakan sidang media global dan Ketua Penerbit Mnet, Park Chan Wook berkongsi info bahawa Ed Sheeran telah disahkan akan menghadiri acara anugerah itu.

Foto: Soompi

Khabarnya, Ed Sheeran juga bakal membuat persembahan pada acara gilang-gemilang itu, memandangkan beliau merupakan penulis lirik lagu Permission To Dance yang dinyanyikan oleh kumpulan BTS.

Foto: YouTube

Selain itu, kemunculan Wanna One turut dinanti kerana mereka akan bersatu semula untuk membuat persembahan pada MAMA 2021.

Nah, mesti peminat kpop dah tak sabar nak menyaksikan MAMA 2021 kan? Siapa yang bakal membolot kategori yang dipertandingkan nanti? Sama-sama kita saksikan pada 11 Disember depan.

Sumber: (1)

IKLAN