Baru-baru ini, penyanyi terkenal Korea Selatan, Kim Jaejoong membuat pendedahan mengejutkan apabila berkongsi mengenai jumlah wang yang diberikan kepada ibu bapa angkatnya setiap kali bertemu.
Pada 15 Julai lalu, sebuah siaran di Youtube Neighborhood Friend Kangnami telah memuat naik sebuah video yang berjudul ‘Kim Jaejoong Mempunyai 8 Adik-beradik Perempuan, 34 Ahli Keluarga, Dan Memberikan Mereka Wang Saku? Hari Dimana Kangnam Merasa Seperti Anak Yang Kurang Berbakti’.
Melalui video yang dimuat naik, Jaejoong berkongsi kisah mengenai perkembangan terkini dan keluarganya. Menurut penyanyi lagu Rebel ini, dia mempunyai 8 orang adik-beradik perempuan yang lain dimana usia mereka hampir sama. Disebabkan hal itu, dia merasa perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan merawat mereka.
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Dalam pada itu, Jaejoong juga berkongsi kisah bagaimana dia diangkat oleh kedua ibu bapanya sebelum ini dan mempunyai perbezaan usia yang sangat singkat dengan adik bungsunya.
Ads
“Saya dijadikan anak angkat ketika masih muda. Saya dan adik bongsu beza kurang setahun. Jadi dia tak pernah meraikan ulang tahun kelahiran sebab usia kami sangat dekat. Saya juga baru mengetahui perkara ini ketika umur saya 20 tahun bahawa jarak umur kami kurang dari 10 bulan”
“Saya rasa dia seperti adik perempuan ‘palsu’, bahkan kalau di sekolah kami akan berada dalam satu kelas yang sama”
Kredit: Youtube Neighborhood Friend Kangnami
Berbicara mengenai keluarga besar Jaejoong, dia turut memberitahu bahawa dia mempunyai 8 adik beradik perempuan, 8 ipar, dan kemungkinan jika 8 anak saudaranya mempunyai anak, dia bakal menjadi seorang datuk dalam masa terdekat.
Selain itu, pengacara siaran Youtube tersebut, Kangnam turut bertanya mengenai jumlah wang saku yang pernah diberikan oleh Jaejoong kepada ahli keluarganya setiap kali perayaan. Katanya, dia akan memberikan sejumlah wang sebanyak 5 juta won (RM17,000) kepada ibu dan bapanya setiap seorang apabila bertemu.
Ads
“Setiap kali saya berjumpa dengan kedua ibu ayah saya. Saya akan berikan mereka masing-masing 5 Juta Won. Dan bercakap mengenai pasangan ideal, saya tidak memiliki ciri tertentu cuma saya sangat menghargai rasa hormat dan kebaikan. Jadi saya lebih suka dengan seseorang yang menghormati orang lebih tua dan mudah memberikan kegembiraan pada orang lain”
Sekadar info, Kim Jaejoong juga pernah dilaporkan telah menghadiahkan kedua orang tuanya sebuah rumah persendirian yang mempunyai ruang bawah tanah, 3 tingkat dengan kemudahan lift dan sauna bernilai 6 Billion Won.
Ads
Apa pun, memang kaya dan pemurah betul Kim Jaejoong ni kan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Drama Korea The King: Eternal Monarch gandingan pelakon kacak Lee Min Ho dan Kim Go Eun nampaknya kurang mendapat sambutan daripada penonton.
Walaupun sebelum ini ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan drama ini, namun selepas beberapa episod ditayangkan, sambutannya bukan seperti yang diharapkan.
Menurut Nielson Korea, episod terbaru drama tersebut yang disiarkan pada 8 Mei lalu merekodkan rating terendah diseluruh negara dengan purata sebanyak 7.0 peratus. Ini merupakan drama dengan rating yang terendah setakat ini.
Sebelum ini juga, ramai yang memberi kritikan terhadap drama ini kerana terlalu banyak product placement yang dipaparkan, selain sarat dengan senario klise.
Hm, kami pun belum berkesempatan untuk menonton drama ini. Bagi yang mengikuti drama The King: Eternal Monarch, apa pula pendapat korang?
Gosip cinta di antara ahli Blackpink, Jennie Kim dan ahli BTS, Taehyung atau lebih dikenali sebagai V bukanlah satu gosip cinta baharu yang timbul.
Hakikatnya, sudah bertahun-tahun ramai yang memperkatakan mengenai hubungan istimewa mereka yang terpaksa disembunyikan daripada tatapan umum demi menjaga sensitiviti dalam kalangan peminat masing-masing.
Salah langkah dalam percintaan, karier sesetengah selebriti K-pop boleh menjunam dengan pantas!
Setelah berbulan-bulan perhubungan Jennie dan V tidak begitu diperkatakan, nampaknya ia boleh dihidu oleh jurugambar dari Perancis sewaktu mereka berdua berada di Cannes pada minggu ini.
Seorang jurugambar mengesahkan telah melihat pasangan itu berjalan beriringan! Malah, peminat juga dapat mengesahkan Jennie dan Kim memakai dua utas rantai yang sama.
Jennie dilaporkan berada di Paris bagi menghadiri slot tayangan filem lakonannya, The Idol pada Festival Filem Cannes yang sedang berlangsung. Manakala, V berada di sana bagi melangsungkan jadual kerjanya.
Dakwaan jurugambar itu bertambah realistik apabila timbul satu klip sepasang kekasih mirip Jennie dan V berpegangan tangan sambil menikmati keindahan malam di Perancis.
Setelah berita tersebut hangat diperkatakan di media sosial pada 18 Mei hari ini, akhirnya syarikat label Jennie (YG Entertainment) dan V (HYBE) terpaksa membuka mulut mereka mengenai hal ini demi mengelakkan spekulasi liar bertebaran.
Menerusi Sports Seould, YG dan HYBE masing-masing berkata, “Kami tidak tahu (mengenai kebenaran gosip ini) memandangkan ia melibatkan kehidupan peribadi artis kami.”
Apa pendapat korang? Adakah hubungan cinta yang terjalin antara Jennie dan V ini benar-benar berlaku, sekadar peluang publisiti yang dicetuskan syarikat label ataupun ia hanya andaian peminat semata-mata?
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan selalu berita diskaun harga tiket penerbangan Malaysia Airlines muncul. So apa lagi, rebutlah!
Hari ini, Grand Travels Deals Malaysia Airlines Bhd tampil menawarkan diskaun harga tiket penerbangan ke destinasi terpilih sehingga 40 peratus.
Tawaran ini juga applicable untuk pakej tambang (diskaun 50 peratus) untuk kanak-kanak, diskaun 10 peratus bagi belian awal 10 kg bagasi lebihan, pilihan tempat duduk dan tempahan hotel.
Menurut wakil mereka, tawaran yang akan bermula dari 23 hingga 29 April ini terdiri daripada tambang dua hala. Bagi kebanyakan daripada kita yang akan memilih kelas ekonomi, tambang menjadi serendah RM259 ke Phnom Penh, RM299 ke Jakarta, RM699 ke Hong Kong atau Colombo Sri Lanka dan dari serendah RM2,829 ke London.
Menariknya, tambang ini sah bagi perjalanan bermula 25 April ini sehingga 31 Mac 2019. So, korang ada masa untuk betul-betul rancang itenarari dan perjalanan di sana. Beli tiket dulu, fikir kemudian!
Bagi yang teringin nak bercuti atau pulang ke Sabah atau Sarawak pula, memang banyak diskaun yang diberikan kepada penumpang. Antaranya dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu.
Dah beli tiket penerbangan, tempahan bilik hotel di Malaysia pun disertakan dengan diskaun sehingga 50 peratus jika korang tempah menerusi Booking.com.
Patutlah 2018 dikatakan tahun terbaik untuk melancong.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!