Nama Phoebe Ong Yi Huui mungkin belum terkenal lagi, namun gadis berusia 25 tahun ini menggalas tugas berat apabila dia terpilih untuk mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Tourism International 2022 yang diadakan di Kuching, Sarawak.
Pheobe yang merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari dari University of Kent, United Kingdom bakal berentap dengan 39 lagi peserta lain yang datang dari seluruh dunia untuk merebut gelaran utama.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, pertandingan Miss Tourism International mula-mula diperkenalkan pada tahun 1994 dan merupakan sebuah pertandingan ratu cantik yang berpangkalan di Malaysia. Pertandingan ini mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Ketika itu, Datin Emylia Rosnaida merupakan pemenang pertama yang mewakili Malaysia untuk ke peringkat antarabangsa. Nasib menyebelahinya, wanita anggun ini berjaya menggondol gelaran naib juara.
Datin Emylia Rosnaida dengan mahkota dan sash yang dimenanginya 28 tahun lalu.
Berbalik kepada Phoebe, selepas 28 tahun kini dia merupakan wakilan terbaharu memegang tanggungjawab untuk memahat nama Malaysia selain memperkenalkan negara ini dengan lebih hebat di mata dunia.
Ads
Sebelum ini, dia terlebih dahulu memegang gelaran Miss Sabah Tourism 2022 apabila berjaya memenangi pertandingan tersebut di peringkat negeri sebelum menjadi juara di peringkat kebangsaan.
Memetik kata-katanya dalam satu hantaran di Instagram, “Saya berasa amat bersyukur dan bertuah kerana dinobatkan sebagai Miss Malaysia Tourism 2022 dan juga tiga gelaran lain iaitu Best in Talent, Miss Charm dan Miss Artisan Bakery. Seluruh perjalanan itu tidak mudah tetapi semuanya berbaloi pada akhirnya
Ads
Gadis berketurunan cina ini turut berkongsi bahawa pertandingan mengajar erti pengalaman dan juga persabahatan. “Menang atau kalah bukanlah perkara yang paling penting dalam pertandingan tetapi ia adalah tentang pengalaman yang kami peroleh dan persahabatan yang kami bina.
“Saya sangat gembira dapat mengenali 15 rakan baru dari negeri yang berbeza dan menghabiskan 8 hari yang tidak dapat dilupakan bersama,” ujarnya.
Ads
Selain Datin Emylia Rosnaida yang berjaya mendapat gelaran naib juara. Pada tahun 2011, wakil Malaysia, Gabriella Robinson menjadi wakil pertama negara yang menjadi pemenang dan mengungguli takhta pertandingan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenama pakaian Jepun, Uniqlo baru-baru ini telahpun mengeluarkan rekaan pakaian serta aksesori istimewa untuk dipakai pemain tenis ikonik, Roger Federer sepanjang kejohanan Wimbledon 2021 yang sedang berlangsung sekarang di Britain.
Kini, korang sendiri boleh memakainya dan menjadi persis Roger – look wise.
Roger Federer juga merupakan salah seorang Global Brand Ambassador Uniqlo.
Selain 100 peratus mirip dengan yang asal, menariknya tentang koleksi ini adalah faktor keselesaan yang dijamin oleh Uniqlo, seperti biasa.
Korang tak perlu bermain tenis pun untuk memakai kemeja polo, seluar pendek, stokin dan topi ini. Dengan menggunakan teknologi fabrik mapped meshing, ia amat bersesuaian dipakai bagi tujuan kasual dalam cuaca panas terik di Malaysia.
Selain daripada logo Uniqlo, tertera juga logo RF yang melambangkan – yes you said it – Roger Federer dalam beberapa warna menarik terutamanya bagi koleksi topinya.
(Dari Kiri) : RF Cap (satu saiz) RM79.90 & RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90.Sejak melakukan debut dalam jelajah ATP pada tahun 1998, Roger Federer kekal relevan dan masih merupakan salah seorang pemain tenis lelaki terbaik dunia. Dalam senarai rekod 20 kejuaraan ATP Grand Slam, Federer memegang rekod 8 kejuaraan di Wimbledon.
Kata Federer mengenai koleksi ini, “Saya amat teruja untuk mempamerkan pakaian terbaru saya bersama Uniqlo. Untuk kejohanan Wimbledon ini,saya rasakan perincian kecil seperti kelim berwarna hijau dan biru pada baju dan seluar membuatkan saya lebih selesa di atas gelanggang berumput. Ia membantu saya merasa seperti bermain tenis di halaman sendiri.”
“Pilihan kedua yang menggunakan warna bendera Switzerland juga membuatkan saya rasa lbangga bagi mewakili negara saya,” ulas Federer yang turut berterima kasih kepada Uniqlo kerana menjadikan impiannya berkongsi sesuatu yang istimewa dengan para penyokong, satu realiti.
(Dari Kiri) : RF DRY-EX Polo Shirt (XS-3XL), RM129.90 & RF Cap (satu saiz) RM79.90.
Koleksi Uniqlo bersama Roger Federer ini didatangkan dalam saiz dewasa dan kanak-kanak. Sepanjang musim Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang memerlukan stor fizikal Uniqlo di seluruh negara ditutup, koleksi ini boleh korang miliki secara atas talian di laman web Uniqlo atau di aplikasi khas Uniqlo.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru saja memasuki hari ketiga selepas ketibaan para peserta dari 86 buah negara di New Orleans, Amerika Syarikat untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2022, organisasi dikejutkan dengan dua kes terawal jangkitan Covid-19 melibatkan dua orang wakil.
Mereka adalah wakil Latvia, Jekaterina Aleksejeva dan wakil Curacao, Gabriela Dos Santos. Justeru, peminat tertanya-tanya jika mereka terpaksa menarik diri daripada menyertai Miss Universe edisi ke-71 ini.
(Dari kiri) : Miss Curacao, Gabriela Dos Santos dan Miss Latvia, Jekaterina.
Miss Latvia yang lebih mesra dengan panggilan Kate berkongsi dia telahpun dijangkiti tidak lama selepas sambutan tahun baru 2023 dan terpaksa berdepan komplikasi kesihatan sehingga merencatkan persiapan terakhirnya.
“Buat masa ini saya masih dalam pemulihan. Namun malangnya, saya terpaksa menarik diri daripada Miss Universe tahun ini. Saya masih tidak percaya saya sedang kongsikan perkara ini.
“Keputusan ini dibuat kerana keutamaan harus diberikan kepada kesihatan saya, wakil negara lain dan ahli keluarga mereka,” ulas Kate yang juga merupakan bekas wakil Miss Grand International Latvia 2019.
Tidak lama selepas jumlah peserta berkurangan kepada 85 orang, seorang lagi peserta mengalami nasib yang sama.
Miss Curacaoyang mesra dengan panggilan Gaby menerusi hantaran Instagram Story menjelaskan mengapa kelibatnya tidak dapat disaksikan di kawasan lobi sebagaimana wakil-wakil lain yang telah mendaftarkan diri.
“Saya berada di dalam bilik hotel bersendirian kerana malangnya, saya disahkan positif Covid-19 malam tadi. Namun itu tidak akan menghalang saya. Saya akan melengkapkan kuarantin selama lima hari dan jika saya merasa lebih baik tanpa simptom, saya akan dibenarkan keluar bertanding. So it is not over yet.
“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Miss Universe yang menjaga saya dengan baik. Mereka benar-benar menghantar semua jenis Vitamin C ke bilik saya. (Ketawa),” katanya.
Pelik juga kan, seorang dibenarkan bertanding selepas kuarantin dan seorang lagi menarik diri?
Adakah wakil Latvia akan menarik semula keputusan penarikan dirinya? Sama-sama kita saksikan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jerawat adalah penyakit kulit biasa yang terjadi kira-kira 85% dalam hidup seseorang.
Apabila ia kerap berada di muka dan sukar menemui cara mudah menghilangkan jerawat, ia boleh menyebabkan seseorang berasa kecewa dan kurang berkeyakinan untuk tampil di khalayak ramai.
Walaupun terdapat banyak ubat jerawat semula jadi di luar sana, namun hanya segelintir saja yang terbukti secara saintifik untuk membantu. Bagaimanapun, tahukah anda daun pudina dapat membantu juga merawat masalah jerawat?
Ya, selain mempunyai banyak kegunaannya selain terkenal dalam masakan dan minuman, daun pudina juga digunakan dalam dunia kecantikan sebagai satu bahan untuk mencantikkan kulit wajah, terutama dalam merawat masalah berkenaan.
Selain mudah didapati, daun pudina juga bagus digunakan sebagai bahan mujarab. Ini Remaja kongsikan caranya:
Mudah sahaja, hanya tumbuk daun pudina dengan lesung batu.
Setelah lumat, lumurkan bahan tersebut di wajah terutama di kawasan yang berjerawat.
Biarkan ia meresap selama 20 minit sebelum bilas muka anda dengan air sejuk.
Lakukan dua kali seminggu untuk kesan menakjubkan.
Dah siap! Senang kan? Selamat mencuba….
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon jelita, Bella Astillah tidak dapat menahan air mata apabila menerima sebuah mikrofon putih yang sudah lama menjadi impiannya.
Momen itu dikongsikan oleh...