Dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini, satu momen kecil tetapi cukup menyentuh hati telah dikongsikan oleh pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.
Di sebalik suasana raya yang penuh dengan gelak tawa dan kunjungan keluarga, Shuib berkongsi detik yang membuatkan ramai turut sama tersentuh apabila menerima duit raya daripada anak perempuannya sendiri buat kali pertama.
Momen duit raya dari anak sendiri Shuib ini nyata membawa makna yang sangat mendalam. Ia bukan sekadar tradisi biasa, tetapi satu pengalaman yang sukar digambarkan oleh seorang ayah apabila melihat anaknya mula memahami erti memberi.
Menerusi perkongsian di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad meluahkan rasa syukur dan terharu melihat perubahan yang berlaku pada anak keduanya, Dzahira Talita Zahra.
Pada usia baru 13 tahun, Talita sudah menunjukkan nilai murni yang jarang dilihat pada usia sebegitu, iaitu memberi kembali kepada keluarga.
Duit Raya Dari Anak Sendiri Shuib Jadi Detik Penuh Emosi
Ads
Lebih menyentuh hati, Shuib sendiri berkongsi rasa bangganya dengan kata-kata yang cukup ringkas tetapi penuh makna :
“anak perempuan U bagi i duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13 tapi dah boleh bagi duit raya dekat family dia, such a good heart, macam U!”.
Kata-kata tersebut seolah-olah menggambarkan betapa sikap baik itu mengingatkannya kepada arwah isterinya, Siti Sarah Raissuddin.
Tindakan kecil itu sebenarnya membawa maksud yang besar. Ia bukan sekadar tentang sampul duit raya, tetapi mencerminkan didikan, nilai dan kasih sayang yang diterapkan sejak kecil tentang erti rezeki, memberi dan menghargai keluarga.
Ads
Didikan Keluarga Jadi Asas Utama
Dalam masa sama, Shuib turut menghargai peranan isterinya kini, Watie, yang dilihat banyak membantu dalam membentuk peribadi anak-anak agar lebih memahami nilai kehidupan. Gabungan kasih sayang dan didikan ini jelas memberi kesan positif dalam membesarkan anak-anak dengan penuh empati.
Momen duit raya dari anak sendiri Shuib ini membuktikan bahawa nilai murni tidak datang secara tiba-tiba, tetapi hasil daripada didikan berterusan serta contoh yang ditunjukkan oleh ibu bapa setiap hari.
Ads
Momen seperti ini mungkin nampak sederhana, tetapi bagi seorang ayah, ia cukup besar maknanya. Ia tanda anak semakin matang dan bukti bahawa didikan selama ini mula membuahkan hasil.
Di ruangan komen, ramai netizen turut tersentuh dan memuji sikap Talita yang disifatkan sebagai anak berhati mulia. Ramai yang menganggap tindakan tersebut sebagai sesuatu yang luar biasa bagi remaja seusianya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal ini tampil dengan memoirnya tahun lalu yang bertajuk The Meaning of Mariah Carey menceritakan kisah hidupnya tanpa ada tapisan. Memoir tersebut laris bagaikan goreng pisang panas dan pada selepas seminggu diterbitkan ia terus berada pada carta pertama New York Times Best Seller.
Namun bukan semua pihak gembira dengan penghasilan memoir ini. Kakak sulung Mariah, Alison Carey telah memfailkan saman sebanyak RM5.05 juta selepas penyanyi popular itu membuat kenyaataan tidak berasas tentang dirinya yang menyatakan kerana tindakannya dahulu seolah-olah melacurkan Mariah ketika berusia 12 tahun.
Dia mendakwa lagi tuduhan yang tidak munasabah itu bermaksud untuk mengaib dan memalukannya selain itu tindakan Mariah juga disifatkan sengaja menggunakan statusnya sebagai public figure dan mensensasikan tajuk utama bagi tujuan mempermosikan memoirnya itu.
Menambahkan lagi kritikan ke atas kakaknya, Mariah menyatakan bahawa kakaknya telah menyebabkan kulit belakang badannya melecur kerana dibaling dengan secara the panas. Menurut ibu beranak du aitu, “Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menerima tepukan biasa pada bahagian belakang disebabkan kulit dibahagian itu perlu sembuh dan baik dengan sendirinya.”
Kalau sebut tentang ketumbit, mesti ramai yang terus melabel individu tersebut mengintai orang di bilik air. Betul tak?
Tak tahulah kenapa dah jadi taboo dalam masyarakat kita bila mata terkena terkumbit, orang cakap sebab mengintai.
Hal ini yang dikongsikan oleh Dr Mohd Shaiful Nizam di laman twitternya untuk memberi penjelasan sebenar tentang masalah penyakit ketumbit.
Ketumbit dalam istilah Melayu membawa maksud pembengkakan atau pembentukan biji pada kelopak mata. Dalam istilah perubatan, ia dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu hordeolum (stye) dan chalazion.
Hordeolum aka Stye
Ia terjadi disebabkan oleh jangkitan kuman (stap aureus) pada kawasan kelenjar folikel mata.
a. Hordeolum luaran: jangkitan pada kelenjar of zeis
b. Hordeolum dalaman: jangkitan pada kelenjar Meibomian
Gejala:
– Sakit dan bengkak kemerahan pada kelopak mata
Chalazion
Ia disebabkan oleh kelenjar dibahagian kelopak mata yang tersumbat.
Gejala:
– Biji pada kelopak mata
– Tidak sakit dan tidak kemerahan
Rawatan
Secara keseluruhannya, rawatan untuk kedua-dua gejala ini adalah lebih kurang sama
1. Lid hygiene
Sentiasa basuh bulu mata terutamanya kalau korang kerap memakai eyeliner
2. Warm compression
Ambil sudu atau tuala kecil yang telah direndam air suam dan letakkan pada bahagian kelopak mata
3. Ubat titis
Bergantung kepada pemeriksaan doktor, sama ada perlu atau tidak. Jika bengkak tidak sembuh selepas 2 minggu, segera berjumpa dengan doktor pakar mata untuk rawatan selanjutnya.
Okay sekarang dah faham kan? Jadi lepas ni janganlah senang-senang je cakap orang yang kena ketumbit tu sebab suka mengintai orang. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tanpa sedar, isu perdagangan, penjualan dan pemilikan hidupan liar sebagai binatang peliharaan dipandang remeh oleh ramai pihak sehinggalah timbul isu pemilikan bayi beruang matahari oleh seorang penyanyi perempuan berusia 27 tahun, minggu lalu.
Pada tahun 2017, sebanyak 272 spesis hidupan liar telah didaftarkan di bawah kategori ‘Dilindungi Sepenuhnya’ seperti yang termaktub dalam Jadual Kedua Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716). Itu bermaksud hidupan liar ini tidak boleh dikeluarkan dari habitat asal untuk apa-apa tujuan kecuali untuk pemantauan khas dan kajian saintifik oleh pihak berkuasa dengan kelulusan ketat.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) iaitu Abdul Kadir Abu Hashim berkata, proses membawa keluar itu juga tidak semudah yang disangka.
“Perlu ada kebenaran dan permit khas yang hanya boleh ditandatangani oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,” kata beliau kepada rakan media di Berita Harian.
Lantas apabila isu pemilikan bayi Beruang Matahari di Sentrio Suites Condominium di Desa Pandan Kuala Lumpur pada hari Sabtu lalu timbul, ramai yang tertanya-tanya bagaimana ia boleh berada di situ.
Beruang yang mengeluarkan kepala dari tingkap seakan-akan ingin melarikan diri mendapat perhatian para penduduk kondominium setelah ia mengeluarkan bunyi yang kuat. Hasilnya, PERHILITAN telah menahan pemilik dan Beruang Matahari itu di kediaman tersebut atas waran pemilikan hidupan liar tidak sah serta tidak memiliki dokumen pemilikan sah.
Menurut pemilik yang juga merupakan penyanyi, Zarith Sofia, dia menjumpainya di tepi jalan dalam kondisi lemah serta pada mulanya mengingati beruang tersebut merupakan seekor anjing. Menurut NST, Zarith masih dalam siasatan manakala Beruang Matahari itu sedang dalam penjagaan di ibu pejabat PERHILITAN di Kuala Lumpur.
Sumber: NST
Beruang Matahari memang comel tetapi ia bukanlah binatang peliharaan ya gaiss.
Selain Beruang Matahari, terdapat 9 lagi hidupan liar yang sering dijadikan binatang peliharaan sama ada secara sengaja (melalui perdagangan tidak sah) atau tanpa sengaja. Antara yang ‘popular’ termasuklah..
Burung Kakatua Jambul Kuning
Burung Sun Conure
Kucing Hutan (Macam Akar)
Monyet Yaki
Monyet Surili
Musang Pandan
Burung Hantu Tyto Alba
Semua Spesis Burung Helang
Lang Siput (Haliaeetus Leucogaster)
Landak Jawa
Mengkira
Cerpelai Ekor Pendek (Short-tailed Mangoose)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!