Budaya buli sememangnya sudah berakar umbi dalam banyak organisasi tidak kiralah di sekolah mahupun kem-kem latihan. Isu yang tidak berkesudahan ini seolah-olah menjadi satu budaya, yang kononnya mahu menjadikan individu dibuli lebih lasak dalam mendepani dunia sebenar.
Terbaharu, kecoh di laman media sosial apabila ciapan pemilik twitter @pedoqpop mendedahkan mesej salah seorang ahli keluarga tentera yang mendakwa adiknya telah dibuli dengan teruk. Ciapan tersebut tular dan setakat artikel ini ditulis telah menerima lebih 6500 ulang kicau sehingga mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Dalam hantaran di dalam laman Twitter beliau, Hishammuddin berkata, “Mohon individu di sebalik mesej ini untuk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera. Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan. Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi. Jika sahih, tindakan tegas akan diambil.”
Mohon individu disebalik mesej ini utk DM butiran lebih terperinci terus kepada saya/hubungi pejabat saya segera.
Jangan risau, identiti anda akan dirahsiakan.
Timbalan Menteri juga telah diarah untuk teliti perkara ini secara peribadi.
Menerusi mesej yang disampaikan dan disiarkan di Twitter itu, ahli keluarga mangsa yang dibuli bimbang dengan keadaan adiknya yang bukan sahaja dipukul malahan duit juga turut diambil. Memetik mesej itu, “Adik aku askar duduk dalam kem bujang, dia hari-hari kena pukul dengan senior dan habis duit gaji dia kena pau. Sampai duit simpan dia pun nak habis. Bayangkan kena belikan barang keperluan dorang yang 12-14 orang tu. Dia takut nak buat apa-apa.”
Menerusi mesej itu lagi, perkara tersebut telah dilaporkan kepada pihak atasan namun tindakan yang diambil kepada pelaku kesalahan hanyalah sekadar denda berkawad selama 45 minit. Percubaan untuk membuat laporan polis pula dibalas dengan respon agar pengadu membuat laporan kepada kem tersebut. Menurut individu yang menghantar mesej itu lagi mereka risau jika adik mereka menerima nasib yang serupa seperti arwah Zulfarhan.
Ads
Difahamkan, mangsa buli tersebut bukanlah seorang pelatih, sebaliknya sudah berada di dalam perkhidmatan. Ketika dalam latihan keadaan amat berbeza, rakan-rakan dan ketua juga bersikap baik, namun suasana berubah apabila sudah berkerja. Keluarga mangsa juga sedang mengumpul bukti menerusi mesej-mesej yang dihantar untuk dilaporkan kepada Menteri.
Ads
Budaya buli harus dibanteras dari akar umbi. Gambar sekadar hiasan. Sumber: Keira Burton/ Pexels
Diharapkan jika isu ini sahih, ia harus berjaya diselesaikan bagi membanteras budaya buli yang kian bernanah. Adalah menjadi tanggungjawab generasi kini untuk menghentikan ‘budaya’ tidak sihat ini yang sudah berlaku sejak dahulu lagi. Wujudkan generasi yang hidup dalam suasana sihat, kerana persekitaran yang positif mampu membentuk sahsiah diri yang baik bahkan membentuk insan bertanggungjawab.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahniah kami ucapkan kepada Lisa Kamal, pelajar Geoscience yang mendapat perhatian di media sosial semalam gara-gara ucapannya di hadapan lebih daripada 7,000 orang, termasuklah 1,200 orang graduan yang disertai ahli keluarga dan rakan-rakan.
Tular di media sosial apabila anak kelahiran Malaysia mendapat pengiktirafan untuk berucap di Hari Graduasi Universiti Wisconsin Madison, Amerika Syarikat.
Dilahirkan di Amerika semasa ibu bapanya masih belajar, namun gadis ini membesar di Malaysia dan ingin mengikuti jejak langkah ibu bapanya yang melanjutkan pelajaran di Amerika Syarikat.
Selepas sekolah menengah, Lisa berjaya memohon biasiswa dari Petronas dan memilih bidang Geologi. Dia juga terlibat dalam kajian lapangan serta bekerja untuk Wisconsin Geological and Natural History Survey.
Tidak hanya itu, Lisa juga pernah memenangi Anugerah Biasiswa Junior Lowell R. Laudon Cemerlang dari Jabatan Geosains dan anugerah "On To the Future" daripada Persatuan Geologi Amerika.
Di luar bidang pendidikan, gadis berusia 22 tahun ini bergiat aktif dalam seni bidang kreatif melalui kelas tarian, menyanyi, menari dan bertindak sebagai produksi teater pada acara Malaysian Night dan menjadi salah seorang wakil yang menghidupkan Persatuan Pelajar Malaysia.
Masyarakat Malaysia turut berbangga melihat kejayaan Lisa Kamal di luar negara. Ramai yang mengucapkan tahniah dan memberi semangat buat gadis ini.
Tahniah sekali lagi kami ucapkan dan semoga kejayaan Lisa ini memberi inspirasi buat anak muda untuk terus menggapai impian.
Juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton sah akan menyertai Ferrari tahun depan, selepas Mercedes mengumumkan dia bakal meninggalkan pasukan akhir musim ini.
“Sudah tiba masanya untuk saya mengambil langkah ini dan saya tidak sabar mengharungi cabaran baharu,” kata Hamilton.
Ferrari turut mengesahkan ketibaan pemandu British berusia 39 tahun itu, yang akan bergandingan dengan pemandunya sekarang, Charles Leclerc.
“Ferrari dengan sukacita mengumumkan yang Lewis Hamilton akan menyertai pasukan pada tahun 2025, untuk kontrak beberapa tahun,” kata Ferrari dalam satu kenyataan.
Hamilton pernah berbincang dengan pasukan dari Itali itu untuk menyertai mereka pada tahun 2019.
“Lewis mengaktifkan klausa pelepasan dalam kontraknya yang diumumkan Ogos lalu dan musim ini akan menjadi tahun terakhirnya dia memandu untuk Silver Arrows,” kata Mercedes.
Hamilton menandatangani kontrak dua tahun untuk bersama Mercedes bagi musim 2024 dan 2025, tetapi perjanjian berkenaan mempunyai klausa yang membolehkannya berpindah selepas semusim.
Hamilton memenangi gelaran dunia terakhirnya pada tahun 2020 dan terlepas gelaran pada tahun berikutnya secara kontroversi kepada Max Verstappen, yang 13 tahun lebih muda daripadanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya kucing pun tidak terselamat dari nafsu ‘syaitan’ manusia.
Kes terbaru yang menggemparkan seluruh Malaysia apabila tertuduh, Janting anak Keling, 63, telah ditangkap sedang merogol kucing jirannya di sebuah taman permainan di Taman Tunku Tun Aminah, Johor Bahru.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 4.30 pagi, 16 April lalu.
Seperti yang dilaporkan Harian Metro, kejadian tersebut disedari salah seorang penduduk taman perumahan yang juga merupakan jiran kepada pemilik kucing malang itu.
Dia yang menyedari perbuatan jijik tersebut menyergah tertuduh yang kemudiannya bertindak melarikan diri. Kucing tersebut mati beberapa jam selepas kejadian.
Hari ini menerusi laporan Awani, tertuduh yang berasal dari Sarawak telah pun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tuduhan persetubuhan luar tabii terhadap seekor kucing.
Tertuduh mengaku bersalah di atas kesalahan kejinya setelah pertuduhan dibacakan di hadapan hakim, Fatimah Zahari.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Mei depan bagi serahan dokumen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.