Sekiranya semalam lepasan SPM 2020 telah meraikan kejayaan mereka menamatkan zaman persekolahan dengan menerima keputusan peperiksaan masing-masing, hari ini, berita yang sedikit merundumkan semangat pelajar telah diterima daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan telah mengumumkan pembatalan Peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) yang pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 hingga 27 Ogos ini.
Keputusan pembatalan PSRA dibuat berikutan sekatan pergerakan penuh (total lockdown) fasa pertama di seluruh dunia. Selain itu, pihak JAIS turut memantau peningkatan jumlah kes jangkitan serta kematian akibat wabak COVID-19 yang masih tinggi pada setiap hari.
Ads
Justeru, pembatalan ini adalah sebahagian daripada usaha untuk terus melandaikan lekuk penularan wabak. Ia juga demi melindungi para pelajar, guru, petugas peperiksaan, ibu bapa dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan perlaksanaan peperiksaan secara fizikal.
BEGITUPUN, JAIS akan melaksanakan kaedah pentaksiran baharu yang setara sebagai pengganti kepada peperiksaan PSRA.
Ini akan membantu pemilihan pelajar ke tingkatan 1 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS) bagi sesi kemasukan 2022.
Pembatalan ini tentunya sedikit sebanyak akan mematahkan semangat para pelajar terutamanya serta ibu bapa dan guru yang telah bertungkus lumus menyiapkan diri bagi menghadapi PSRA.
Ads
Tambahan pula, tanpa cara pembelajaran formal yang tidak dijalankan pada tahun ini, tentunya usaha pelajar dan guru telah dilipatkali gandakan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). REMAJA turut tertanya mengapa PSRA tidak ditangguhkan saja seperti yang dilakukan kepada peperiksaan SPM 2020.
Apapun, korang janganlah merasa sedih. Seperti yang JAIS umumkan, akan ada peperiksaan yang akan dijadikan sebagai pengganti.
SUMBER : Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang demi seorang bintang Kpop meninggalkan kita. Terkini Idol Kpop, ahli kumpulan K-Pop Top Secret (TST), Yo-han atau nama sebenarnya Kim Jeong-han yang dikhabarkan telah meninggal dunia pada 16 Jun.
Baru berusia 28 tahun, namun lelaki ini sudah pun pergi meninggalkan dunia ini.
Industri Kpop Berduka
Hal ini disahkan oleh agensi yang mewakili kumpulan itu, KJ Music Entertainment, mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun punca kematiannya dirahsiakan atas permintaan keluarga mendiang.
Ahli kumpulan Top Secret ini dikatakan sangat aktif dalam berkomunikasi dengan peminatnya kerana sering memuat naik gambar dan video di laman media sosial. Idola ini juga turut melahirkan rasa gembira dengan aktiviti seninya baru-baru ini.
Mula menceburi bidang seni pada tahun 2017, Top Secret mempunyai beberapa lahu popular seperti “Mind Control”, “Love Story”, “Paradise” dan banyak lagi.
Berita ‘kehilangannya’ ini yang tersebar secara tiba-tiba ini nyata membuatkan ramai peminat domestik dan juga luar negara yang terkejut.
Sebelum ini seorang kanak-kanak di Kemboja telah viral dan mendapat perhatian dunia apabila dia berkebolehan bertutur lebih daripada 10 bahasa.
Video kanak-kanak tersebut telah pun diambil oleh seorang pelancong ketika dia sedang dipujuk oleh kanak-kanak tersebut untuk membeli barangan cenderamata berdekatan dengan kuil Phonm Penh.
Dikenali sebagai Thuch Salik, kanak-kanak lelaki ini telah menunjukkan bakatnya untuk bertutur dalam bahasa Perancis, Jepun, Kantonis, Mandarin dan bahasa Melayu. Bila ditanya dari mana dia belajar, Salik menjelaskan dia hanya mempelajarinya daripada pelancong yang berkunjung ke situ.
Pergh, memang hebat adik ni. Kita nak belajar bahasa kedua pun punyalah susah, apa lagi dia dapat menguasai lebih daripada 10 bahasa. Dah memang rezeki dia agaknya. Tambahan pula, kerja yang dibuatnya itu juga sedikit sebanyak beri kelebihan buat Salik.
Apa yang lebih menarik, kisah kanak-kanak ini mendapat perhatian daripada seorang ahli perniagaan, Khit Chhern yang ingin merealisasikan impian anak muda tersebut untuk menyambung pelajarannya ke China. Dia memilih melanjutkan pelajaran ke sana kerana minatnya yang mendapat terhadap budaya dan bahasa Cina.
Salik dan keluarganya berlepas ke Zhejiang, China, di mana dia akan bersekolah di Hailang Foreign Language School. Semasa di lapangan terbang, kelihatan Salik melutut kepada ahli perniagaan tersebut sebagai tanda terima kasih kerana telah membantunya keluar daripada kemiskinan.
Sayu pula hati bila melihat situasi ini. Hmm!
Kita patut bersyukur kerana berpeluang untuk belajar, maka janganlah pernah mensia-siakannya. Ada individu yang ingin ke sekolah tetapi tidak berkemampuan. Jadi, belajarlah bersungguh-sungguh untuk membalas semula jasa ibu dan bapa korang.
Tak habis lagi wabak pandemik Covid-19 yang meragut ratusan nyawa dan diwaktu kita masih mencari-cari vaksin virus maut ni. Muncul pula satu wabak baru.
Dua kes jangkitan wabak bubonik pula telah dikesan di sebuah bandar di utara China.
Kes tersebut dilaporkan di sebuah hospital di Bayannur, Inner Mongolia. Hal ini telah mendorong kerajaan untuk mengeluarkan amaran berhubung penyakit itu sehingga hujung tahun ini.
“Buat masa ini, terdapat risiko wabak itu akan merebak di bandar berkenaan.
Orang ramai digesa meningkatkan kawalan keselamatan diri dan mendapatkan rawatan jika berasa tidak sihat,” kata pihak berkuasa keselamatan tempatan.
Sebelum ini, iaitu pada 1 Julai, media tempatan Xianhua melaporkan terdapat dua pesakit yang disyaki dijangkiti wabak bubonik di wilayah Khovd, di barat Mongolia.
Pesakit yang berusia 17 dan 27 tahun itu disahkan positif selepas melalui ujian makmal dan kini ditempatkan di dua hospital.
Pesakit yang merupakan adik-beradik itu disahkan dijangkiti wabak bubonik selepas menikmati haiwan marmot.
Untuk pengetahuan, marmot merupakan haiwan daripada spesies tupai tanah dengan nama saintifiknya ‘Marmota’.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), wabak bubonik berpunca daripada bakteria yang disebarkan melalui pepijat yang hidup dalam spesies tikus termasuk marmot.
Yang paling menakutnya jika tidak dirawat, ia mampu membunuh dalam masa 24 jam.
Serius lah….
Tahun lalu, dua individu yang dijangkiti wabak bubonik di sebuah wilayah di barat Mongolia, Bayan-Ulhii maut selepas memakan daging marmot mentah.
Lepas satu-satu wabak muncul, moga kita semua dilindungi oleh NYA. Paling penting sentiasa menjaga kebersihan dan sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor berpengalaman, Kamal Adli berkongsi bahawa Ramadan tahun ini terasa sangat berbeza, lebih-lebih lagi selepas hidup bersendirian.“Ramadan tahun ini sangat berbeza sebab bila balik...