Baru-baru ini, ketulusan dua beradik yang berasal dari negeri Terengganu berjaya mencuri perhatian apabila tindakan spontan mereka menghadiahkan duit raya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) menjadi bualan ramai.
Momen yang berlaku di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus itu bukan sahaja menyentuh hati ramai, malah turut mengundang reaksi penuh penghargaan daripada pemimpin nombor satu negara berkenaan.
Menurut Aesha Khadeeja Anuar (10), beliau bersama adiknya, Uwais AlQorni yang berusia 8 tahun, sama sekali tidak menjangka tindakan kecil mereka akan mendapat perhatian sehingga dibalas dengan pemberian istimewa pada keesokan hari.
Ads
“Pada mulanya saya, adik dan ibu dalam perjalanan pulang selepas mengaji al-Quran. Apabila nampak rombongan Perdana Menteri, saya minta ibu ikut mereka sampai ke lapangan terbang”
“Bila nampak Perdana Menteri, kami terus ambil duit belanja sekolah dalam sampul dan beri sebagai duit raya sebab sekarang bulan Syawal. Saya beri RM5 dan adik RM2,” katanya.
Susulan itu, sebagai tanda penghargaan, DSAI kemudiannya membalas keikhlasan itu dengan menyampaikan sumbangan berupa duit raya dan sebuah tablet kepada kedua-dua beradik tersebut di kediaman mereka.
Pada masa yang sama, Aesha sempat berkongsi impian untuk suatu hari nanti berkunjung ke Putrajaya bagi bertemu Perdana Menteri sekali lagi, serta berhasrat membawa keropok lekor sebagai hadiah istimewa.
Sementara itu, DSAI dalam satu perkongsian di media sosial meluahkan rasa tersentuh dengan keikhlasan dua beradik itu, menyifatkan pemberian tersebut sebagai simbol kasih sayang dan kebersamaan rakyat tanpa mengira usia.
“Tersentuh hati melihat keikhlasan mereka menghulurkan duit raya, satu tanda kasih yang merendahkan jiwa,” kata beliau.
“Saya anggap ia simbol kebersamaan rakyat tanpa mengira usia, saling menguatkan tatkala mendepani krisis ketika ini,” ujarnya lagi.
Di akhir perkongsian, beliau turut mendoakan agar Uwais dan Aesha membesar sebagai generasi berilmu, berakhlak serta mampu membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap bulan, ada saja perkara yang bertukar viral. Bulan ini, semua orang bercakap mengenai #LathiChallenge.
So guys, baru-baru hangat diperkatakan tentang Lathi Challenge yang menjadi ikutan netizen. Lathi Challenge memerlukan seseorang menunjukkan teknik tatarias wajah cantik sebelum berubah menjadi watak yang menakutkan.
Cabaran ini menggunakan lagu tema yang menggabungkan elemen muzik elektronik dan tradisional berjudul Lathi hasil nyanyian Weird Genius dan Sara Fajira.
Selepas ramai netizen memuat naik imej atau video mereka melakukan #LathiChallenge di media sosial, timbul pula persoalan bahawa solekan ini ada unsur-unsur pemujaan dan haram buat orang Islam?
Baru-baru ini PU Syed menerusi laman Instagramnya, menjelaskan cabaran yang kini menjadi ikutan masyarakat di Malaysia khususnya yang beragama Islam, adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
A post shared by Syed Bakri Al-Yahya (@syedbakri_alyahyaofficial) on Jun 3, 2020 at 5:09pm PDT
“Kecoh apabila ambe (saya) nyatakan bahawa perbuatan yang sedang viral sekarang iaitu Lathi Challenge adalah haram kerana menyalahi apa yang dibenarkan oleh syarak.
“'Barang siapa yang merintis satu sunnah (yang baik) dalam Islam, maka baginya pahala amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) pahala orang yang mengamalkannya selepasnya.
“Dan barang siapa yang merintis suatu sunnah (yang buruk) dalam Islam, maka baginya dosa amalan yang dirintisnya itu serta (dia juga beroleh) dosa orang yang mengamalkannya selepasnya. ( HR Imam Muslim),” tulisnya.
PU Syed juga menegaskan, cabaran itu jelas memaparkan solekan ala-ala syaitan yang tidak perlu diikuti. Jelasnya, hukum agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi nas.
“Dengan merakamkan video berlatarbelakangkan lagu, dengan solekan ala-ala syaitan, maka adakah ingin kita katakan perbuatan itu harus dilakukan?
"Hukum dalam agama bukan berdasarkan akal semata-mata tetapi mempunyai nas.
“Semalam saya membawa hadis tentang meniru gaya orang kafir walaupun golongan penyokong Lathi Challenge menyebut bahawa ia diasas oleh orang Indonesia dan walau sekalipun dia seorang Muslim tetap ada sumber awal yang menyebabkan mereka berani membuat sesuatu yang menyalahi syarak,” tegasnya.
So korang nak lagi ke buat Lathi Challange ni, Iktibarnya, jangan suka sangat nak ikut semua challange yang ada okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat korang yang ingin pulang ke kampung, sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara bakal menawarkan tol percuma dan diskaun sempena Aidilfitri yang disambut pada 3 Mei depan.
Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata tol percuma dan diskaun itu melibatkan sejumlah RM77.11 juta yang akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
Tawaran ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Tol percuma juga diberika kepada pengguna Plus dan LPT yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan. Tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.
Keputusan yang dibuat ini diambil kira daripada impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan juga berharap dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena lebaran tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang.
Semoga dengan inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung. Rancang perjalanan dengan bijak dan berhati-hatilah ketika memandu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semua tahu bahawa Universiti Harvard adalah antara salah satu universiti terbaik di seluruh dunia. Tapi cuba bayangkan kalau korang dapat belajar jurusan dalam bahasa ibunda kita yang ada di Universiti terkemuka ini. Teruja bukan.
Terbaru, Universiti Harvard dilaporkan akan menawarkan kursus Bahasa Tagalog, iaitu bahasa keempat paling ramai bertutur di Amerika Syarikat (AS), menurut laporan kertas pelajar Harvard Crimson.
Bagi merealisasikan hasrat itu, Jabatan Pengajian Asia Selatan universiti berkenaan akan melantik tiga instruktor untuk mengajar dalam bahasa 3 buah negara di Asia Tenggara iaitu Bahasa Tagalog, Bahasa Indonesia dan Bahasa Siam untuk tahun akademik 2023 hingga 2024.
Pelantikan itu bagi tempoh penggal tiga tahun dan perjawatan boleh diperbaharui sehingga tambahan lima tahun.
Bagi membiayai inisiatif berkenaan, bajet sebanyak AS$1 juta (RM4.39 juta) akan dikumpulkan menerusi kaedah sumbangan.
Pengarah Bahasa dan Ketamadunan Asia Timur Pusat Asia Universiti Harvard, Prof James Robson, berkata jabatannya berusaha untuk mengembangkan pendidikan berkait Asia Tenggara di institusi pendidikan itu lebih dua tahun. Menerusi kursus Bahasa Tagalog, beliau berharap ia mendapat permintaan bagi bahasa Asia Tenggara.
Wah, menarik bukan bahasa negara serumpun kita ada di Universiti Harvard…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!