Sebuah lagi drama yang ditayangkan di televisyen berjaya mencuri perhatian penonton kerana memaparkan kisah kesihatan mental yang serius.
Drama Camelia yang dilakonkan oleh Diana Danielle, Ain Edruce dan Saharul Ridzwan menceritakan tentang kisah adik-beradik Mariam (Diana Dianielle) dan Marina (Ain Edruce) yang penuh dengan konflik. Disebabkan amarah Mariam kepada Marina, Mariam bertukar menjadi seorang yang pendendam dan menjadi individu yang berbeza bernama Camelia.
Kisah ini berjaya mendapat perhatian seorang doktor, Aishah Fathiyah dengan memberi beberapa hujah tentang pengajaran yang terdapat dalam drama Camelia di laman Facebooknya.
1. The way you were treated as a kid will determine how are you going to be and become in the future.
2. Ketidakadilan dalam memberi kasih sayang (jarang ibu yang memberi ketidaksamarataan kerana ibu yang mengandung kan), dalam cerita ini Tok yang suka melebihkan cucu bongsu, menyebabkan terlalu dimanjakan Dan akhirnya pihak kepala. Dan adik beradik lain berasa tersisih dan inferior.
Ads
3. Jangan membawang atau mengumpat depan kanak-kanak. Mungkin ramai tak perasan, tapi watak Marina masa kecil yang sangat rapat dengan Tok, suka menyampuk cerita orang tua dan secara tak langsung, pupuk sifat negatif dalam dirinya dan rasanya dirinya lebih bagus daripada orang lain.
4. Jangan terlalu mengangungkan anak atau cucu kesayangan sendiri dan mengatakan anak orang lain tidak sesempurna anak kita. Ia memupuk sifat grandiosity pada anak sendiri dan menjadi pembuli.
5. Ada masa, kita perlu cerita dan luahkan apa yang terbuku dalam hati. Macam Mariam yang fobia dan paling trauma apabila dapat tahu adiknya Marina upah Leman untuk rogol Mariam. Banyak sangat perkara yang Marina buat untuk menyakiti kakaknya sehinggalah muncul Camelia, her split personality.
Ads
6. They potray Marina yang tak boleh kalah. Manakala, Mariam sangat biasa mengalah. Sifat pembuli sebenarnya mendera emosi sehingga Mariam menjadi Camelia.
7. Satu perkara yang perlu dipuji apabila mereka memaparkan bagaimana ayah dan mak Mariam serta Marina sangat berusaha untuk adil dengan anak-anak dan juga Malek walaupun dia hanya anak angkat. Walaupun keluarga sangat sederhana, tapi kekuatan hubungan suami isteri yang sentiasa sefahaman dapat mengubah sikap Tok yang pilih kasih.
8. Butanya cinta Leman, Dr. Azman, Zahar dan Jamal hanya kerana dengan kecantikan Marina sepatutnya beri kita pengajaran untuk sentiasa harus ada perasaan curiga pada pasangan walau satu peratus. Jangan membuta tuli percaya sepenuhnya pada pasangan.
Ads
9. Marina sudah terbiasa untuk menipu dari kecil sehingga bila besar dia 'mencuri' untuk membunuh masa depan ramai orang.
10. Paling penting, jangan perlekehkan emosi manusia, jaga kata-kata kerana buruk padahnya. Masalah kesihatan mental adalah serius.
Pengarah drama ini banyak buat homework tentang depresi, split personality dan bipolar. Pelakon pun pandai menjiwai watak dengan baik.
Bagi yang tidak mengikuti drama ini, apa kata korang cuba tonton dan cuba faham mesej yang ingin disampaikan. Perkara-perkara ini adalah tidak mustahil berlaku dalam kehidupan. Jadikan ia sebagai pengajaran dan jangan memandang rendah pada mereka yang sedang menghadapi masalah kesihatan mental.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lepas habis SPM mesti ada yang dah buat plan nak sambung belajar dekat mana kan? Kadang bila dah ada aim nak masuk sekian-sekian kolej, tapi duit pulak tak berapa nak cukup. Maklum saja kos pembelajaran di pusat pengajian tinggi ni pun boleh tahan. Lebih-lebih lagi kalau kolej swasta.
Hmm…Jadi apa boleh korang buat?
Jangan risau…Terbaru, kerajaan bersetuju menaikkan had jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) daripada RM6,800 kepada RM8,000 bagi setiap semester bagi pelajar B40 melanjutkan program diploma di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
Sumber Gambar : Malaysia Kini
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, berkata perkara itu tertakluk kepada simpanan bertakaful oleh IPTS berkenaan mulai tahun 2021.
“Pada masa sama, kementerian juga bersetuju untuk meluaskan pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman PTPTN kepada pelajar IPTS daripada keluarga B40 berdasarkan syarat kelayakan PTPTN mulai tahun 2021,” katanya.
Selain itu, beliau berkata kementerian akan mengkaji cadangan untuk mengecualikan faedah pinjaman dan diskaun bayaran balik dalam tempoh moratorium selain memastikan kelestarian sumber kewangan PTPTN tidak terjejas untuk jangka masa panjang.
“Perkara itu masih dalam perbincangan bersama Kementerian Kewangan sebab apa juga tindakan oleh PTPTN adalah tertakluk juga kepada kelulusan Kementeri Kewangan kerana sumber dana adalah daripada kementerian itu,” katanya.
Lepas ni tak ada lagi alasan mana nak cekau duit kalau nak sambung study kan?
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Luluh hati apabila seluruh ahli keluarga disayangi hilang dalam sekelip mata.
Itulah situasi yang perlu dilalui Muhammad Badrul Hafiz Mohd Jamil, 22, apabila dia kehilangan kedua ibu bapa serta adiknya yang maut dalam kemalangan petang semalam. Muhammad Badrul berkata, dia seperti kehilangan arah tujuan apabila mengetahui kesemua ahli keluarganya meninggal dalam kejadian itu.
“Pada mulanya saya seperti tidak percaya apabila mendapat tahu ayah, mak dan adik terlibat dalam kemalangan. Apabila melihat sendiri keadaan kenderaan yang dinaiki mereka di tempat kejadian, barulah saya percaya mereka sudah tidak ada,” katanya ketika ditemui di Kampung Tersusun Balun Bidai di sini semalam.
Muhammad Badrul adalah anak sulung kepada pasangan mangsa kemalangan maut yang berlaku di KM 30 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan di Kampung Teluk Memali petang semalam.
Dalam kejadian pada jam 5.24 petang itu, kereta yang dinaiki oleh tiga beranak iaitu Mohd Jamil Utok, 46, Rohaida Sidak, 48, dan anak mereka Nor Syarina Mohd Jamil, 19, bertembung dengan sebuah lagi kenderaan mengakibatkan Rohaida dan Nor Syarina maut ditempat kejadian manakala Mohd Jamil disahkan meninggal dunia lima jam kemudian ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan.
Akibat kejadian itu, Muhammad Badrul kini tinggal sebatang kara apabila kedua ibu bapanya serta adik tunggal itu maut dalam kejadian berkenaan. Muhammad Badrul berkata, pada mulanya dia amat sukar untuk menerima keadaan itu memandangkan hubungan mereka sekeluarga begitu akrab.
“Pada mulanya saya rasa kosong apabila mendapat tahu mak, ayah dan adik telah pergi meninggalkan saya seorang diri. Keluarga kami agak kecil dan hubungan kami begitu rapat terutama adik perempuan saya itu yang memang menjadi teman rapat serta teman bergaduh. Selepas ini semuanya hanya tinggal kenangan sahaja memandangkan mereka sudah pergi meninggalkan saya,” katanya.
Katanya, ketiga-tiga ahli keluarganya itu tidak menunjukkan sebarang perubahan tingkah laku.
“Pada hari kejadian juga mak tetap berpesan kepada saya seperti hari-hari sebelumnya supaya berhati-hati ketika ke tempat kerja. Manakala dengan arwah ayah saya tidak sempat berjumpa pada pagi kejadian kerana dia menghantar adik ke sekolah di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil Shah, Seberang Perak. Pada hari itu ayah dan mak membawa adik ke Teluk Intan untuk membeli kelengkapan sekolahnya yang perlu ditambah,” katanya yang bekerja di sebuah kilang di Kampung Gajah.
Katanya, dia reda menerima ketentuan itu namun perasaan sedih tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
“Saya memang terasa kehilangan mereka memandangkan mereka sahaja ahli keluarga terdekat saya. Sekarang di rumah ini masih ada lagi saudara-mara kami, selepas ini bila mereka pulang tentu saya rasa sunyi sangat-sangat dan setakat ini juga saya tidak ada sebarang rancangan lagi sama ada untuk terus tinggal di rumah ini atau berhijrah ke tempat lain,” katanya.
Jenazah tiga beranak itu selamat dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Changkat Ramai dalam satu liang lahad pada jam 11.30 pagi ini.
Sekumpulan remaja dari Ipoh yang berusia dari 10 hingga 20 tahun dilaporkan telah dikompaun sehingga nilai keseluruhan RM40,000 kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari kelahiran rakan mereka.
Menurut perkongsian Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPK dan memetik laporan akhbar tempatan, lapan orang remaja termasuk 2 orang remaja perempuan telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 2.15 pagi di sebuah rumah yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Ketika serbuan dilakukan, mereka telah menemui kumpulan tersebut sedang berkumpul untuk meraikan hari jadi salah seorang ahlinya.
Akhirnya, kesemuanya telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang dan juga ditahan serta disiasat disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Untuk info, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini, rakyat diwajibkan mematuhi arahan untuk tidak berkumpul atau mengadakan majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan atau sebarang bentuk pengumpulan orang ramai.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.