Menerusi dua buah episod terbaru pada minggu keenam tayangan, drama bersiri penuh aksi dan emosi Thariq Ridzuwan: His Treasure terus mengikat perhatian penonton dengan jalan cerita yang semakin rancak.
Episod minggu ini bukan hanya menampilkan detik penuh romantis, ia juga merangkumi rahsia terbongkar, pengkhianatan dan fitnah yang akhirnya mula terlerai.
Semua faktor ini membuatkan setiap watak teruji di persimpangan antara cinta, dendam dan kebenaran.
Episod 11: Rahsia Terbongkar, Nyawa Jadi Taruhan
Paada episod ini, Radwa (Qasrina Karim) terkejut apabila mengetahui Farez (Evertts Gomes), lelaki yang selama ini membuat hidupnya kucar-kacir kembali semula dengan niat mahu merampasnya daripada Thariq (Meerqeen). Perkara itu membuatkan Radwa semakin resah dan keliru dengan keadaan sekeliling.
Pada masa yang sama, Fatih masih koma di hospital. Zizy yang datang melawat sebenarnya menyimpan niat jahat untuk membunuh Fatih, namun gerak-geri mencurigakan itu sempat dihidu. Lantas, Radwa segera menghubungi Thariq untuk kembali ke hospital.
Thariq yang pada waktu yang sama sedang bersemuka dengan Farez akhirnya memilih untuk meninggalkan musuhnya itu demi menyelamatkan Fatih.
Usai tiba di hospital, percubaan Farez untuk menembak Thariq gagal. Namun, Radwa kekal kecewa apabila Thariq tidak mempercayai kata-katanya mengenai Zizy.
Ads
Akhirnya, Thariq mendedahkan siapakah diri Farez yang sebenarnya dan membongkar semua rahsia hitam. Hal itu, membuat Radwa semakin terkejut apabila mengetahui Farez tidak pernah berhenti mengekori hidupnya.
Sementara itu, Zizy pula bertukat panik apabila percubaannya untuk membunuh Fatih hampir terbongkar sepenuhnya.
Episod 12: Fitnah Terlerai, Kebenaran Terungkai
Radwa akhirnya mengetahui dirinya sedang hamil.
Demi menjaga perasaan Thariq yang masih dihimpit badai fitnah, Radwa memilih untuk menyimpan rahsia itu buat sementara waktu. Dalam diam, Thariq bersama Holy Dragon terus berjuang mencari sinar kebenaran untuk membersihkan namanya daripada tuduhan Raudhah.
Episod 12 ini juga membuktikan usaha Holy Dragon membuahkan hasil apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar hakikat sebenar bahawa Thariq hanyalah mangsa serangan, bukan pelaku.
Ads
Berbekalkan bukti itu, Thariq berdepan keluarga Radwa untuk meleraikan kekeliruan. Namun, Rozita tetap berdegil dan mempercayai kata-kata Raudhah yang penuh tipu daya.
Dalam detik menegangkan itu, Kevin (Thompson Goh) muncul bersama seorang lelaki berselubung kepala. Identitinya terbongkar apabila Razi (Jay Iskandar) hadir dalam keadaan lemah dan ketakutan.
Setelah ditunjukkan bukti, dia akhirnya mengaku bahawa dialah yang sebenarnya mengandungkan Raudhah. Sementara itu, Radwa melepaskan amarahnya kepada Farez di sebuah restoran.
Dalam pada itu, Zizy mengejutkan ramai dengan sidang akhbar bagi mengakui dirinya pernah menjadi sekutu sindiket Gajah Hitam. Apa yang lebih mengejutkan, dia menamakan Farez sebagai ketua sebenar, sekaligus meruntuhkan permainan kotor yang cuba menjatuhkan Thariq.
Pendedahan itu membuat Farez gelabah dan cuba melarikan diri, manakala Zizy redha apabila dirinya ditahan.
Ads
Radwa pulang ke rumah dengan jiwa bercampur-baur, hanya untuk mendapati Thariq setia menantinya. Saat itu, rahsia yang disimpannya terlerai bila mengetahui Radwa mengandung. Senyuman bahagia Thariq terukir, seakan badai sudah berlalu dan ia digantikan dengan harapan baru.
Adakah bayang-bayang gelap yang belum terlerai benar-benar telah meningggalkan Thariq dan Radwa?
Ramai merasakan Farezi tidak akan duduk diam walaupun setelah melarikan diri dan Raudhah pula pasti merencana langkah seterusnya.
Thariq dan Radwa mungkin menikmati ketenangan seketika namun masih ada ujianlebih besar sedang menunggu.
Hendak tahu apa yang bakal terjadi? Nantikan episod-episod Thariq Ridzuwan: His Treasure seterusnya pada setiap hari Rabu dan Khamis di Astro One, Astro Ria (saluran 104) dan sooka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal dari Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali Datuk Seri (DS) Rossa turut mempunyai seorang anak tunggal lelaki yang kian menginjak remaja.
Foto: Instagram @itsrossa910
Baru-baru ini DS Rossa memuat naik gambar diinstagramnya sempena ulangtahun kelahiran anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan. Dalam foto tersebut, Rossa dilihat bergambar kenangan bersama anaknya dan beberapa ahli keluarganya.
Rossa kelihatan cantik dengan gaun panjang berlengan pendek dengan motif bunga. Sementara anak terunanya itu kelihatan kemas dengan kemeja putih dan blazer hitam.
Walaupun mempunyai tubuh yang kecil, nyata penyanyi lagu Pudar ini telah berjaya mendidik anak lelakinya, yang lahir pada 3 Oktober 2006 dengan sempurna. Melihat foto perkongsian DS Rossa di laman media sosialnya jelas terpancar hubungan akrab dengan anaknya yang baru menyambut hari lahir yang ke 15 tahun.
Rossa membesarkan anak tunggal kesayangannya selepas berpisah dengan suaminya, drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo pada tahun 2009.
Ni lagi gambar anak lelaki DS Rossa yang makin hari makin kacak.
Tidak seperti ibu bapanya yang merupakan pemuzik, Rizky lebih memilih untuk aktif dalam sukan memanah. Wah, besar dah anak DS Rossa ni. Apa-apapun, rasanya tak terlambat REMAJA ucapkan Happy belated birthday buat Rizky Langit Ramadhan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tayangan awal atau sneak preview filem Polis Evo 3 tempoh hari telah mencatatkan kutipan menakjubkan sebanyak RM1.3 juta.
Jelas, orang ramai tidak mahu melepaskan peluang untuk turut ke pawagam sepanjang hujung minggu lalu bagi merasai hype di sebalik filem arahan Syafiq Yusof berkenaan.
Nampaknya, adik kepada Syamsul Yusof itu ‘enggan mengalah’ sebagai seorang pengarah kepada abangnya apabila beliau berjaya memecahkan rekod kutipan tiket yang pernah dicatatkan oleh filem Mat Kilau arahan Syamsul sebelum ini.
Memasuki empat hari tayangan rasmi di Malaysia, Brunei dan Singapura; filem Polis Evo 3 telahpun mengaut kutipan RM16 juta sekaligus mengatasi kutipan RM12.22 juta oleh filem Mat Kilau selepas empat hari tayangan pada tahun lalu.
Zizan Razak sebagai Inspektor Sani.Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai.
Bercakap kepada pemberita, Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan luar biasa ini.
“Alhamdulillah. Ia membuktikan penonton kita masih mempercayai filem tempatan serta mahukan filem berkualiti. Jutaan terima kasih kepada semua.
“Sokongan padu anda menjadi nadi untuk filem Malaysia terus bernafas dan melangkah setanding naskhah luar negara. Terima kasih kepada rakan penerbit Skop,” katanya.
Jumlah kutipan bagi Polis Evo 3 dijangka akan terus memuncak memandangkan minggu cuti sekolah telah bermula pada hari ini.
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani, ahli pasukan UKAP dan pakar pemusnah bom.Nora Danish sebagai Anis, adik kepada Sani (Zizan Razak) dan teman wanita Inspektor Khai (Shaheizy Sam).
Tentunya dengan kehadiran seisi keluarga ke pawagam dan ditambah pula dengan siri jelajah di beberapa zon terpilih seperti Pantai Timur (Kota Bharu pada hujung minggu lalu) dan Utara (3, 4 dan 5 Jun di Kedah, Pulau Pinang dan Perak pada minggu ini), tidak mustahil fenomena Polis Evo 3 akan terus meledak.
Sebagai info, francais filem Polis Evo sentiasa mendapat sambutan penonton tempatan; bermula dari Polis Evo (2015) yang menjadi filem tempatan pertama menembusi kutipan box office lebih RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan box office RM23juta.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anugerah Juara Lagu 33 nyata membuktikan prestijnya pada malam ini apabila 12 buah lagu yang tercalon masing-masing dipersembahkan dengan begitu baik sekali.
Namun, adat pertandingan – haruslah punya seorang pemenang. Or in this case, DUA pemenang!
Tahniah REMAJA ucapkan kepada penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah apabila ‘Haram’ berjaya menepati sebahagian ramalan awal dan mengungguli Anugerah Juara Lagi pada malam ini.
Karya nukilan bersama Hael dan Ezra Kong itu mengenepikan saingan sengit 11 lagi buah lagu untuk merebut gelaran dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.
Kata Hael yang kelihatan masih terkejut dengan keputusan tersebut, “Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada kesemua finalis AJL 33. Anda semua memang terbaik.
”Mungkin rezeki tahun ini menyebelahi kami, Alhamdulillah. Terima kasih kepada juri, kepada yang menyokong kami dan kepada semua pihak yang terlibat dalam projek Haram ini,” kata Hael.
Dayang pula dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Hael kerana menjemputnya untuk turut serta dalam pembikinan Haram selepas Hael serta Ezra memenangi AJL 32 pada tahun lalu menerusi lagi Jampi.
***
Berikut adalah keputusan penuh AJL 33 pada malam ini. REMAJA ucapkan tahniah kepada kesemuanya! Korang memang awesome.
Juara Lagu: HARAM (Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ezra Kong)
Naib Juara: BUNGA (Ara Johari, Kadok, Lak, Hang Nadim)
Tempat Ketiga: SAMPAI BILA (Misha Omar, Sharon Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)
Vokal Terbaik: MISHA OMAR (Sampai Bila)
Persembahan Terbaik: SUFIAN SUHAIMI (Di Matamu)
Kredit Foto: Instagram TV3 Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.