Dr Sheikh Muszaphar sekali lagi menyentuh hati ramai apabila berkongsi satu detik penuh emosi melibatkan anaknya yang kini tinggal di asrama. Perasaan rindu dan sedih apabila berjauhan dengan keluarga adalah perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi anak yang baru menyesuaikan diri dengan kehidupan berdikari.
Situasi inilah yang turut dialami anak kepada angkasawan negara itu apabila salah seorang anaknya menghubungi dari asrama kerana terlalu merindui keluarga di rumah.
Menerusi satu perkongsian di media sosial, Dr Sheikh Muszaphar menceritakan detik apabila anaknya, Sophea Natasha, 13, menghubunginya dari asrama kerana tidak dapat menahan rasa rindu terhadap keluarga.
Menurutnya, panggilan itu benar-benar menyentuh hati seorang bapa. Tanpa berfikir panjang, beliau terus mengambil keputusan untuk datang melawat anaknya seketika bagi memberi semangat.
“Tasha call dari asrama. Rindu sangat dan sedih katanya. Daddy terus datang melawat sekejap untuk bagi semangat untuk teruskan perjuangan.”
Tindakan spontan itu menggambarkan betapa kuatnya kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya, walaupun anak tersebut sedang belajar untuk berdikari jauh dari rumah.
Pesanan Penuh Kasih Seorang Bapa
Dalam perkongsian yang sama, Dr Sheikh Muszaphar turut menenangkan anaknya dengan kata-kata penuh semangat dan kasih sayang.
Ads
Menurutnya, perasaan rindu apabila berjauhan dengan keluarga adalah perkara yang sangat normal, terutama bagi anak yang baru memulakan kehidupan di asrama.
“Janganlah bersedih anakku. Emosi rindu perkara biasa, ada kala naik dan turun. Daddy is always there for you, supporting you from afar. Harus tabah, harus kuat. Daddy loves you.”
Beliau turut meninggalkan pesanan ringkas yang cukup menyentuh hati ramai ibu bapa dan anak-anak yang membaca perkongsian tersebut.
“Anytime you need a hug, I will always be there.”
Rindu Keluarga Ketika Tinggal Di Asrama
Kisah yang dikongsikan oleh Dr Sheikh Muszaphar ini sebenarnya menggambarkan realiti yang sering dilalui oleh ramai pelajar yang tinggal di asrama.
Bagi anak-anak yang baru pertama kali berjauhan daripada ibu bapa, rasa homesick adalah sesuatu yang sangat biasa. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan jadual baru, suasana baru serta kehidupan yang lebih berdikari.
Ads
Perasaan rindu ini juga biasanya menjadi lebih kuat pada waktu-waktu tertentu seperti malam, hujung minggu atau ketika melihat rakan-rakan lain menerima kunjungan keluarga.
Namun sokongan moral daripada ibu bapa memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu anak-anak melalui fasa penyesuaian ini.
Lebih Tersentuh Ketika Ramadan
Momen tersebut juga menjadi lebih menyentuh hati apabila ia berlaku dalam bulan Ramadan, waktu yang lazimnya dihabiskan bersama keluarga.
Bagi anak yang baru memasuki asrama, waktu berbuka puasa dan sahur tanpa keluarga boleh membuatkan rasa rindu menjadi lebih kuat.
Ads
Perkongsian Dr Sheikh Muszaphar ini membuatkan ramai netizen turut berkongsi pengalaman sama apabila anak-anak mereka mula tinggal di asrama.
Sekadar info, Dr Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama yang menjejakkan kaki ke angkasa lepas. Beliau mencipta sejarah negara apabila menyertai misi ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada tahun 2007.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010.
Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran tujuh cahaya mata, iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, dua pasang kembar Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia, serta putera bongsu Syed Muhammad.
Perkongsian ringkas ini bukan sahaja menunjukkan kasih sayang seorang bapa, malah mengingatkan bahawa sokongan keluarga adalah kekuatan terbesar buat anak-anak yang sedang belajar berdikari jauh dari rumah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi pasangan yang ingin berkahwin, selain daripada persiapan barang hantaran, baju dan pelamin, bunga tangan antara yang sering dititik beratkan dalam acara pernikahan kerana tidak mahu mempelai tampil dengan gaya yang ‘kosong’.
Pemilihan bunga tangan juga adalah penting bagi menaikkan seri pasangan pengantin baru. Untuk menyediakan bunga tangan ini memerlukan kepakaran dan fikiran kreatif bagi menghasilkan sejambak bunga yang menawan. Bukan semua individu memiliki bakat menggubah, jadi biasanya pengantin akan mencari sama ada menerusi pakej baju perkahwinan atau mengupah kenalan yang berkebolehan.
Nah, sekarang ini semuanya sudah mudah tersedia. Bunga tangan ini juga boleh didapati di aplikasi Shopee. Tetapi, artificial flowers atau bunga kering ya. But why not kan? Cantik dan tahan lama! Harganya juga berbaloi, ada yang hanya bawah RM50. Jom kita lihat senarai bunga tangan yang dijual secara online seperti yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna twitter ini.
Ha, berbaloi kan? Selepas ini tak perlu lagi pening-pening nak fikir, semuanya boleh dibeli secara online. Harga pun berpatutan. Walaupun bunga kering, tapi nampak real kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lebih romantik dan penyayang antara salah satu sebab mengapa gadis Melayu lebih memilih lelaki berbangsa Cina sebagai kekasih hati. Maklumlah, baru-baru ini tular di laman Tiktok apabila ramai wanita Melayu tampil mendedahkan suami dan kekasih mereka yang bermata sepet ini.
Klip-klip tular itu turut menayangkan layanan manis dari jejaka-jejaka tersebut kepada pasangan mereka. Hal ini mengundang perhatian ramai wanita solo yang merasakan mungkin selama ini mereka tersalah pilih pasangan dari bangsa yang sama.
Sean Lee yang ditemui di pelancaran koleksi jam tangan terbaru dari jenama Alba semalam turut berkongsi pendapatnya tentang isu hangat ini.
“Pada pendapat saya, kami (lelaki Cina) bila bercinta memang akan kejar wanita idaman kami sampai dapat dan jaga dia sebaik mungkin,
“Kami juga tak suka beri janji kosong kepada kekasih hati. Kalau abang cakap abang delete, memang betul abang delete,” selorohnya kepada media.
Beliau yang turut akui bahawa dirinya pernah bercinta dengan gadis Melayu suatu ketika dahulu turut memberi pendapatnya tentang perbezaan apabila menjalinkan hubungan dengan wanita Melayu dan wanita Cina.
“Berdasarkan pemerhatian saya, wanita Melayu kebanyakannya dibesarkan dengan penerapan sifat lemah lembut, keayuan dan cara menjadi isteri yang solehah. Manakala, wanita yang dibesarkan oleh Chinese family akan lebih cenderung untuk fokus dengan karier dan pendidikan mereka,
“Bagi saya kedua-dua cara dibesarkan tiada salah. Masing-masing ada kelebihan tersendiri,” jelasnya lagi.
Baginya, perkara itu terserah kepada citarasa lelaki tersebut kerana jika mereka inginkan pasangan yang lemah-lembut dan manja, gadis Melayu mungkin pilihan terbaik.
Namun sekiranya mereka mahukan pasangan yang lebih berdikari dan sentiasa sibuk mengejar impian, majoriti gadis berbangsa Cina mempunyai kriteria tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berkuatkuasa di sekitar Lembah Klang baru-baru ini, kami pasti pasangan yang ingin berkahwin mula berasa panik kerana takut majlis mereka terpaksa ditunda lagi. Tambahan pula, kini hampir seluruh negara dikenakan arahan PKPB di daerah mereka.
Ramai juga dikalangan teman rapat kami terpaksa menunda majlis dari awal tahun lalu dan lebih menyedihkan apabila duit deposit yang dibayar untuk dewan majlis ‘hangus’ begitu sahaja.
Gambar hiasan
Menurut Harian Metro, masih ada 150,000 majlis perkahwinan yang dirancang dalam tempoh pandemik COVID-19 di seluruh negara tertunda. Setiausaha Agung Persatuan Pengusaha Majlis Perkahwinan Malaysia (PPMPM) Arabath Ali Arul Alavudeen berkata, data itu direkodkan pihaknya yang menunjukkan penangguhan majlis sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), April lalu.
Gambar hiasan
Mengikut rekod, hanya lima peratus sahaja yang melansungkan perkahwinan atau pernikahan secara online dan bakinya masih menunggu untuk melangsungkan perkahwinan sebaik keadaan pulih.
Hal ini bukan sahaja menjejaskan bakal pengantin, malah pemain industri perkahwinan juga terkesan kerana ramai pasangan yang ingin menangguh atau membatalkan majlis.
Ada yang meninggalkan komen berkongsi pengalaman kerana bisnes mereka turut terjejas dek kerana situasi ini.
Malah, ada juga netizen yang menasihatkan agar meneruskan perkahwinan tetapi buat secara bersederhana.
Apa-apa pun, pilihan tetap ditangan bakal pengantin. Kami pasti mereka mempunyai alasan tersendiri kerana menangguhkan majlis perkahwinan. Sama-sama kita doakan agar urusan semua bakal pengantin dipermudahkan.
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.