Berita

Sultan Selangor Pertama Kali Berkenan Terima Menghadap Bekas Banduan Yang Diberi Pengampunan Baginda

Share

REMAJA semalam melaporkan mengenai seorang bekas banduan pertama di Malaysia yang memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan sewaktu berdepan hukuman di dalam penjara.

Beliau yang dikenali sebagai Dr. Malik Bin Yatam menjalani hukuman Tahanan Limpah Sultan (LTS) iaitu hukuman yang tiada tarikh bebas dan tidak pula dijatuhkan hukuman mati selama 24 tahun. Ini kerana semasa kesalahan dilakukan, beliau masih berusia 14 tahun.

Akhirnya pada tahun 2024, Dr. Malik menerima pengampunan penuh oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan Baginda dan dibebaskan daripada Penjara Kajang pada 11 Disember 2024.

BACA: Banduan Pertama Malaysia Berjaya Raih PhD Dari Dalam Penjara, Dr. Malik Yatam Buktikan Ilmu Tiada Tembok

@remaja.my #RemajaFacts kali ini, jom kita kenali banduan pertama Malaysia yang berjaya meraih PhD, Dr. Malik Yatam membuktikan pendidikan mampu mengubah takdir hidup 🎓📚 Perjalanan serta dedikasi beliau menjadi simbol harapan dan perubahan sekaligus membuka ruang kepada masa depan lebih bermakna. Tahniah & syabas kami ucapkan kepada Dr.Malik! ✨ 📲 KLIK link di bio @majalahremaja untuk baca artikel penuh. Atau KLIK link di Instastory. #MajalahRemaja #Remaja #RemajaMalaysia ♬ relaxing piano instrumental(1295343) – Futagami

Hari ini, sejarah tercipta apabila beliau menerima perkenan untuk menghadap DYMM Tuanku. Ini juga merupakan pertemuan pertama seumpamanya antara DYMM Tuanku dengan seorang bekas banduan yang mendapat pengampunan daripada Baginda.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh akaun media sosial Selangor Royal Official, pertempuan itu berlangsung dengan cukup beremosi apabila Dr. Malik dilihat berpelukan dengan Baginda dan air matanya jelas bercucuran.

Memetik kenyataan daripada akaun rasmi berkenaan, Baginda berkenan bertanyakan khabar terhadap perkembangan kehidupan beliau selepas keluar dari penjara dan perancangan masa hadapannya.

Baginda juga menyatakan rasa terharu apabila mendenger kisah perjalanan hidup Dr. Malik yang tidak berputus asa menuntut ilmu ketika bergelar banduan dan Baginda merasakan beliau layak untuk diberi peluang kedua.

Di samping itu, Baginda turut menasihatkan Dr. Malik agar terus menjaga nama baik keluarga dan sentiasa bersemangat untuk memperbaiki taraf kehidupannya.

Meninjau ke ruangan komentar, rata-rata warganet turut merasa terharu dengan momen tersebut dan menyifatkan ia cukup ‘rare’ untuk sesebuah institusi Diraja berkenan terima menghadap seorang insan yang telah diberi pengampunan Diraja.

“Kisah macam ini perlu banyak difilemkan untuk inspirasi semua. Daulat Tuanku.”

“Rezeki Dr. dapat peluk cium Sultan Selangor.”

“Terima kasih Tuanku atas ihsan. Semoga Dr. Malik maju jaya.”

“Sedihnya. Sambil baca, air mata mengalir tanpa henti.”

“Kasih seorang Sultan peluk erat seperti anakanda sendiri.”

Hari ini merupakan satu lagi hari bersejarah buat rakyat Selangor yang dapat menyaksikan betapa kasihnya Baginda Sultan mereka terhadap rakyat jelata.

FOTO: Instagram // Selangor Royal Official

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Remaja Digital