Baru-baru ini, kisah hidup yang mencetus inspirasi oleh seorang graduan dari Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Dr. Malik Yatam mencuri perhatian orang ramai di media sosial selepas beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) ketika masih menjalani hukuman penjara.
Pencapaian luar biasa beliau sekaligus membuktikan bahawa jeriji besi bukan penamat segalanya apabila pendidikan menjadi pintu kedua untuk membina masa depan. Selepas lebih dua dekad menjalani hukuman penjara, Dr. Malik kini muncul sebagai simbol harapan, disiplin dan keazaman luar biasa yang secara tidak langsung mencabar stigma masyarakat terhadap bekas banduan.
Menerusi sebuah perkongsian di aplikasi Threads, Dr. Malik yang turut dikenali dengan nama Dr. Murad berkongsi perjalanan luar biasa hidupnya yang bermula seawal usia remaja. Perjalanan akademiknya bukan satu laluan mudah apabila berdepan kekangan masa, akses internet yang terhad serta ketiadaan kemudahan pembelajaran sempurna, sekaligus menjadikan setiap langkah satu ujian mental dan emosi.
Kredit foto: Threads Dr Malik YatamKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
View on Threads
Bagaimanapun, segala cabaran itu tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar dan membina masa depan berteraskan ilmu.
Ads
“Banduan pertama Malaysia, memperolehi PhD semasa dalam penjara. Selama 24 Tahun dalam penjara, saya mengambil SPM sehingga PhD semasa dalam penjara. Masuk Umur 14 Tahun. Dapat Pengampunan pada usia 38 Tahun.”
Memetik laporan yang diterbitkan Harian Metro, difahamkan Dr. Malik dilahirkan di Sabah, kemudian berhijrah ke Semenanjung pada usia 14 tahun demi membantu keluarga akibat kesempitan hidup.
Namun, eksploitasi dan penderaan majikan akhirnya mengheret beliau ke kancah tragedi yang membawa kepada hukuman penjara sebagai Tahanan Limpah Sultan. Dalam tempoh 24 tahun di sebalik tirai besi, beliau memilih pendidikan sebagai jalan keluar, bermula dengan SPM, diikuti STPM, ijazah sarjana muda dan akhirnya PhD dalam Pentadbiran Perniagaan.
Ads
Kredit foto: FB Malik YatamKredit foto: Harian Metro
Bagi Dr. Malik, pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik, tetapi proses memulihkan maruah dan membina semula keyakinan diri. Ia juga menjadi medium untuk membuktikan perubahan adalah sesuatu yang realistik, walaupun masyarakat masih dibelenggu stigma terhadap bekas banduan.
“What’s next? Saya dalam usaha untuk merealisasikan tesis saya menghasilkan Usahawan dalam kalangan prospek. Dengan membuat ladang cili bersama prospek. Saya juga menerima jemputan sekolah dan universiti. Pada masa yang sama penulis buku ‘PhD Dari Penjara’, mohon sokongan warga thread,” tulisnya.
Ads
Kredit foto: FB OUMKredit foto: Threads Dr Malik Yatam
Hari ini, Dr. Malik bukan sahaja bergelar pemegang PhD, beliau malah aktif menyumbang kepada masyarakat melalui keusahawanan tani dan perkongsian ilmu. Kisahnya turut menjadi bukti bahawa pendidikan mampu memutuskan kitaran gelap masa lalu dan membuka ruang kepada masa depan yang lebih bermakna, bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi juga untuk orang lain.
Di samping itu, program pendidikan dalam penjara semakin dilihat sebagai pemangkin perubahan sebenar, bukan sekadar inisiatif sampingan. Melalui pendidikan, prospek bukan sahaja dibekalkan ilmu akademik, malah dibina semula dari sudut pemikiran, nilai diri dan hala tuju kehidupan. Dalam konteks ini, perjalanan Dr. Malik menjadi contoh paling nyata bahawa ilmu mampu mengubah jalan hidup walau bermula dari titik paling gelap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dapat dinafikan, ramai rakyat Malaysia yang cukup teruja dengan barisan kabinet dan kepimpinan kerajaan baru negara kita. Antara figura yang cukup popular di kalangan netizen ialah Mat Sabu, Dr. Maszlee Malik dan Lim Guan Eng. Hinggakan selepas PRU14, banyak video mereka yang lama ‘dikorek’ semula dan dikongsi secara meluas.
Pada 5 Jun yang lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng telah mencuri perhatian ramai disebabkan a simple gesture yang cukup mengagumkan.
Ketika bercakap kepada pihak media di sidang media menjelaskan tentang Tabung Harapan beliau telah menghentikan seketika majlis sidang media itu kerana menghormati azan yang sedang berkumandang.
Beliau sedang bercakap kepada pihak media tentang isu melibatkan Tabung Harapan. Sejurus sahaja kedengaran azan dengan segera beliau berhenti bercakap dan meminta semua hadirin untuk diam seketika.
“Why don’t we wait for the prayer to pass?” jelasnya yang meminta pihak wartawan untuk berhenti seketika daripada bertanya soalan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh sebuah protal berita tempatan, Menteri Kewangan hanya meneruskan semula sesi sidang media selepas azan tamat.
Tindakan spontan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang ini mendapat pujian daripada netizen kerana menghormati azan dan secara tidak langsung menunjukkan contoh baik kepada masyarakat kita yang berbilang bangsa serta agama.
Semoga generasi muda seperti kita dapat mencontohi tindakan yang dianggap simple tetapi mempunyai maksud yang sangat besar kepada keharmonian negara tercinta Malaysia. Tahniah buat Menteri Kewangan Lim Guan Eng!
FOTO: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zoo Negara yang asalnya dulu selalu menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan luar negara kini telah menjadi tempat untuk bersanding juga.. Kalau dulu masa korang kecik, selalu datang nak tengok haiwan, sekarang boleh tengok pengantin bersanding sekali! Dua pasangan pengantin ini yang juga merupakan kakitangan di Zoo Negara telah diraikan didalam sebuah upacara Walimatul Urus – Raikan Cinta yang berlangsung pada hari ini bertarikh 9 April 2021.
Dua pasangan yang bernama Mohd Hafizi Azahari dengan Mustaza Syirin Mustafa dan Mohamad Rafiq Syafiq Mohamad Salehuddin dengan pasangannya Nursyahidah Ismail telah diraikan di Panggung Tunku Abdul Rahman yang bertempat di Zoo Negara.
Sumber foto: Sinar Harian
Disebabkan PKP yang lama baru-baru ini, pendapatan Zoo Negara telah terjejas, lalu mereka mengambil inisiatif ini untuk menjana pendapatan mereka untuk menampung perbelanjaan Zoo tersebut. Mengikut Timbalan Presiden Zoo Negara, Rosly@Rahmat Ahmat Lana berkata ianya akan menjadi sebagai produk pemasaran untuk mempromosikan pakej perkahwinan di Zoo Negara. Dia juga berkata tetamu yang hadir akan diberikan 50 peratus diskaun tiket kemasukan ke Zoo Negara pada hari berkenaan.
Walau bagaimanapun, mereka masih dalam perancangan untuk mengadakan idea ini dijangka selepas Aidilfitri nanti, dan jika mereka boleh mengadakan majlis perkahwinan di Dewan Kancil, Zoo Negara, mereka akan mengkaji terlebih dahulu tentang prosedur operasi standard (SOP) yang bersesuaian untuk tetamu yang akan hadir.
So, lepas ni kalau korang datang Zoo Negara nampak pengantin tengah berjalan, jangan terkejut ye! Dorang bukan datang untuk nak photoshoot tapi untuk bersanding dekat sana!
Okay kami nak letakkan disclaimer dahulu: Rezeki jodoh ajal maut semuanya di tangan Tuhan ya.
Cumanya, setelah Jabatan Perangkaan Negara meneliti statistik purata usia rakyat Malaysia di setiap negeri bagi tahun 2018, ia menunjukkan bahawa anggaran purata jangka hayat lelaki di Kelantan dan Terenggany lebih rendah!
Mereka sekadar mencatatkan usia 69.6 tahun berbanding purata kebangsaan 72.7 tahun.
Purata jangka hayat tertinggi bagi lelaki di Malaysia pula dicatatkan oleh lelaki di Sarawak iaitu 75.3 tahun. Fuhh..tu lagi tinggi daripada purata kebangsaan!
BAGAIMANAPUN(sabar ya lelaki di Kelantan dan Terengganu)..
..kadar kelahiran yang agak tinggi dicatatkan di negeri Kelantan dan Terengganu. Masing masing pada purata 21.6 dan 23.1 kelahiran bagi setiap 1,000 populasi.
Kadar kelahiran tertinggi jatuh kepada Wilayah Persekutuan Putrajaya (28.8) manakal terendah pula dicatatkan negeri Perak iaitu 14.0.
***
Girls, jangan risau. Statistik untuk korang pun adalah!
Secara keseluruhannya, purata jangka hayat perempuan di seluruh Malaysia tidak menunjukkan perbezaan yang ketara dari negeri ke negeri.
Purata jangka hayat kebangsaan mencatatkan purata usia 77.6 tahun bagi perempuan. Akan tetapi, Sarawak SEKALI LAGI mencatatkan purata jangka hayat yang lebih tinggi berbanding purata kebangsaan iaitu 78.9 tahun bagi perempuan.
Haih, nak lahir dan tinggal di Sarawak lah! Hiks.
Apapun, yang penting adalah kita menjaga kesihatan, kadar stres dan sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!