“Don’t You Have Anything Better To Do?”, Syed Saddiq Dikecam Pakai Baju Tidak Sesuai Suntik Booster

Share

Ahli Parlimen Muar YB Syed Saddiq sering kali mendapat perhatian masyarakat kerana sifat tanggungjawabnya kepada rakyat, khususnya bagi golongan belia negara. Syed Saddiq antara ahli parlimen yang aktif turun padang melihat kesusahan rakyat dan memberi bantuan kepada golongan memerlukan.

Baru-baru ini, menerusi parti MUDA yang dipimpin olehnya, mereka berjaya mengumpul dana sehingga jutaan ringgit bagi meringankan beban mangsa banjir di seluruh negara. Sebelum itu, beliau juga melancarkan program pengagihan tablet untuk pelajar yang tidak berkemampuan di sekitar Muar, Johor.

BACA: “Bagi Tablet Macam Bagi Juadah Buka Puasa”, Syed Saddiq Curi Perhatian Warganet

Walau bagaimanapun, figura ini juga tidak terkecuali menerima pandangan negatif daripada segelintir pihak. Ada sahaja perkara yang dilakukan olehnya di salah anggap oleh individu lain.

Terbaharu, Syed Saddiq telah memuat naik gambarnya mendapatkan suntikan booster COVID-19 dan dilihat beliau membuka baju dan menutup dibahagian depan semasa melakukan proses suntikan. Namun lain pula jadinya apabila ada pihak yang mengecam tindakannya kerana didakwa tidak mengenakan pakaian yang sesuai sewaktu mengambil suntikan booster.


Syed Saddiq tidak berdiam diri dan mempersoalkan tindakan individu yang mengecamnya. Jelasnya lagi, pada waktu itu beliau baru sahaja pulang daripada wawancara dengan media berkenaan dengan misi banjir dan mengenakan kemeja putih.

Rata-rata warganet turut tidak bersetuju dengan pertikaian baju yang dipakai olehnya dan menyarankan agar YB tidak melayan perkara-perkara seperti ini.

Hm, biasalah bukan semua orang suka dengan tindakan kita dan ada sahaja yang nak dipertikaikan. Seperti yang diperkatakan oleh Syed Saddiq, banyak lagi isu penting yang perlu kita ambil perhatian dan bukannya membahaskan perkara-perkara yang tidak memberi manfaat ini.

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: (1)

IKLAN