Baru-baru ini, pengarah dokumentari ‘No Other Land’ menyeru masyarakat di seluruh dunia untuk mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin dalam ucapannya selepas memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97.
“Kami menyeru dunia mengambil tindakan tegas untuk menghentikan ketidakadilan dan menghentikan pembersihan etnik terhadap rakyat Palestin,” kata pengarah bersama, Basel Adra, seorang aktivis Palestin dari Masafer Yatta di Tebing Barat menerusi ucapannya.
“Kira-kira dua bulan lalu, saya bergelar seorang bapa dan harapan saya untuk anak perempuan saya ialah dia tidak perlu menjalani kehidupan yang sama seperti saya jalani sekarang,” kata Adra.
Kredit: VarietyKredit: NME
Dalam pada itu, Yuval Abraham, seorang wartawan penyiasatan Israel yang juga pengarah bersama ‘No Other Land’, merujuk Adra sebagai ‘saudara’ tetapi meluahkan kekesalan bahawa mereka dianggap ‘tidak setaraf’.
Ads
“Kami hidup dalam rejim di mana saya bebas di bawah undang-undang sivil, manakala Basel berada di bawah undang-undang tentera yang memusnahkan kehidupannya,” kata Abraham.
Beliau turut menyeru agar keganasan yang berlarutan di Timur Tengah selama beberapa dekad dihentikan, terutama selepas insiden pada 7 Oktober 2023 yang membawa kemusnahan besar di Gaza.
Ads
Kredit: NPR
Sekadar info, ‘No Other Land’ menerima pujian daripada ramai pihak sebagai antara dokumentari terbaik tahun lalu dan ia adalah sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel.
Ads
Menurut laporan NBC New, meskipun mencapai kejayaan, dokumentari itu tidak mendapat tayangan meluas di pawagam Amerika Syarikat disebabkan oleh sensitiviti politik yang menyelubungi konflik Israel-Palestin.
Walau bagaimanapun, filem itu masih tetap ditayangkan di pawagam bebas di beberapa bandar terpilih dan turut disediakan dalam format digital kepada pengundi Anugerah Akademi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar telah mengesahkan yang dirinya didiagnos positif virus Covid-19.
Dalam satu hantaran di Instagram, dia berkata, “Assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19. Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.
“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestinnya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.”
Tangkap Layar Dari Instagram Alif Satar
Tambahnya lagi, “Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt. Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan… p/s alif sekarang menjalani proses kuarantin.”
Kami di editorial Remaja mendoakan semoga Aliff lekas sembuh dan semua kontak rapat negatif dari virus tersebut.
Untuk malkuman pembaca, setakat semalam Malaysia telah mencatat sebanyak 53,679 kes dengan 332 kematian. Sila patuhi SOP yang ditetapkan dan jaga penjarakan sosial anda dalam memastikan penularan Covid-19 boleh dikurangkan.
Sumber & Gambar: Instagram Aliff Satar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Apa nak jadi dengan kau ni, asyik main video game je?”. Itu mungkin satu keadaan yang biasa dihadapi oleh ramai orang terutamanya gamers di kalangan remaja. Namun, pada zaman sekarang permainan video atau dikenali sebagai eSport bukan lagi perkara enteng yang boleh dipandang sebelah mata. Ia kini menjadi acara yang dipertandingkan dan menawarkan sumber pendapatan serta penajaan bernilai jutaan ringgit.
Populariti eSport yang semakin hari semakin meningkat merupakan satu perkara yang tidak dapat disangkal lagi. Pada tahun 2015 sahaja, eSport mampu menarik audiens global berjumlah lebih 226 juta orang.
Menyedari akan peningkatan serta populariti luar biasa eSport, Paris sebagai antara pembida Sukan Olimpik 2024 telah menyatakan kesediaan mereka untuk menyertakan eSport sebagai salah satu acara di kejohanan sukan dunia paling berprestij itu.
Menurut Tony Estanguet, presiden bersama komitee bidaan Paris berkata, pihaknya akan bertemu dengan International Olympic Comittee dan wakil eSports bagi membincangkan perkara ini jika Paris berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2024. Paris dilaporkan akan diumumkan sebagai tuan rumah Olimpik 2024 apabila IOC biersidang pada bulan hadapan di Peru.
Pada bulan April yang lalu, Olympic Council Asia (OCA) mengumumkan eSports bakal dipertandingkan di 2022 Asian Games di China. Ia merupakan langkah terkini yang berani bagi memartabatkan lagi eSports sebagai sebuah sukan kompetitif yang diiktiraf.
Jadi kepada games di luar sana, teruskan berjuang di alam digital dengan penuh semangat. Siapa tahu suatu hari nanti Malaysia boleh melahirkan pemenang pingat emas eSports di Sukan Olimpik!
Memang menyakitkan dan perit juga wax dibahagian wajah. Tapi tak ada ke cara yang tidak menyakitkan?
Perempuan ‘bermisai’ memang sesuatu yang tidak cool dan kelihatan pelik. Keyakinan seorang gadis boleh menurun apabila mereka tersedar sesuatu yang ganjil wujud pada wajah mereka.
Girls, jangan risau! Sebenarnya misai ni bukanlah seperti apa yang dimiliki oleh lelaki tetapi ia sebenarnya hanyalah rambut halus yang tumbuh di atas bibir.
Jika korang nak hilangkannya tanpa rasa sakit, ada caranya..
1. Telur
Asingkan kuning telur dan ambil putih telur sahaja. Campurkan ia dengan gula halus dan tepung jagung. Gaulkan sehingga sebati dan sapukan ke atas bibir.
Biarkan selama 15-20 minit kemudian tanggalkan masker. Waktu ni bulu roma akan tercabut sekali apabila masker ditanggalkan. Lakukan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
2. Kunyit
Kunyit juga boleh membantu mengurangkan misai nipis yang ada di bahagian atas bibir. Caranya hiris halus sebiji kunyit dan campurkan hirisan dengan sedikit susu hingga menjadi pekat dan kacau sehingga sebati.
Pakai masker kunyit di kawasan yang berbulu kemudian biarkan hingga kering. Lama kelamaan ia akan gugur. Kunyit juga dapat melambatkan pertumbuhan bulu roma di kawasan tersebut. Lakukan ia sekurang-kurangnya seminggu sekali.
3. Lemon
Campurkan air perahan lemon ini dengan gula hingga larut kemudian sapukan di kawasan atas bibir seperti biasa. Biarkan ia selama 15-20 minit kemudian gosok perlahan hingga bulu roma tercabut.
Untuk dapatkan kesan yang lebih berkesan korang boleh cuba lakukan dua minggu sekali.
Sebenarnya nak cantik, tak perlu keluar modal mahal pun kan? Yang penting kena rajin.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!