Home Berita Doktor Kongsi ‘Homemade Remedy’, Boleh Buat Sendiri Ubat Batuk Di Rumah

Doktor Kongsi ‘Homemade Remedy’, Boleh Buat Sendiri Ubat Batuk Di Rumah

Biasanya, bila korang mengalami batuk, tak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kita oleh dapatkan diluar.

ARTIKEL BERKAITAN : Tak Sangka! GARAM Rupanya Ubat Penawar Paling Mujarab Bagi Demam, Batuk & Selsema

Doktor Kongsi ‘Homemade Remedy’, Boleh Buat Sendiri Ubat Batuk Di Rumah
Foto Via Pexels

Jadi, untuk tidak beratur menunggu giliran di klinik, paling mudah dapatkan saja ubat batuk di farmasi.

Tapi sebelum beli, ada baiknya kalau kita buat sendiri remedi ubat batuk ini.

Dr Rizal Abu Bakar dari Neuroversiti.com telah membuat satu perkongsian yang sangat berguna untuk kita semua ketika ini iaitu cara-cara untuk membuat sendiri ubat batuk di rumah.

Ikuti perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook beliau berikut:

Doktor Kongsi ‘Homemade Remedy’, Boleh Buat Sendiri Ubat Batuk Di Rumah

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.

Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Boleh cuba di rumah.

#DrRizal

Perkongsian beliau ini juga telah di’share’ sebanyak lebih 5 ribu kali di Facebook dalam masa sejam!

Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber & kredit foto: Facebook DrRizal Abu Bakar

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI