Bercakap soal jodoh memang semua inginkan pasangan yang terbaik. Dalam usaha mencari tu janganlah lupa untuk berdoa kepada Allah. Mudah-mudahan dipertemukan dengan calon yang dapat membimbing kita ke jalan Allah.
Setiap manusia memang sudah ditetapkan jodoh masing-masing seawal dalam kandungan ibu lagi. Namun, untuk mendapatkannya kita juga harus tetap berusaha dan memohon doa kepada yang Maha Esa.
Kredit foto: unsplash.com
Ada orang yang jodohnya sampai cepat dan ada juga yang tiba agak lewat. Apa yang penting adalah kita perlu sentiasa istiqamah dan yakin bahawa jodoh akan datang tepat pada masa yang sesuai.
Walau bagaimanapun, jangan hanya menunggu jodoh jatuh dari langit, sebaliknya cuba lakukan amalan-amalan yang ingin REMAJA kongsi kan ini supaya dipermudahkan jalan untuk mendapat jodoh.
Tak salah berikhtiar dan sememangnya kita juga dituntut untuk terus mencari jodoh.
Menjadi lebih baik
Kadang, punca susah mendapatkan jodoh dan rezeki adalah kerana disebabkan dosa daripada masa lalu. Cara yang boleh dilakukan adalah dengan taubat dan cuba untuk menjadi individu yang lebih baik, maka InsyaAllah anda akan mudah untuk mendapatkan apa yang diingini.
Memohon maaf kepada ibu bapa
Segeralah memohon maaf kepada kedua ibu bapa kerasa dosa kepada orang tua juga membuatkan rezeki sempit dan sukar mendapat jodoh. Ini kerana reda ibu bapa adalah reda Allah juga.
Berbakti kepada orang tua
Dengan berbuat baik kepada orang tua dapat memurahkan rezeki dan salah satunya adalah cepat dapat jodoh.
Jaga silaturrahim
Menjaga silaturahim juga dilihat menjadi salah satu rahsia untuk mendapatkan rezeki dan jodoh dengan mudah. Semakin kita menjaga silaturahim, semakin luas kita berpeluang untukbertemu jodoh.
Ads
Sedekah
Kelebihan bersedekah salah satunya adalah mudah mendapatkan rezeki. Percayalah bahawa Allah akan menggantikan dengan lebih asalkan anda ikhlas.
Kredit foto: unsplash.com
Sabar
Jika masih belum juga bertemu jodoh, sabar. Sebaiknya cuba untuk sabar dengan ikhlas dan sentiasa berfikiran positif. Allah dah janjikan yang manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan yang terbaik untuk anda.
Ibadah
Lakukan solat lima waktu, puasa sunat Isnin Khamis, solat sunat, solat tahajud dan membaca Al-Quran InsyaAllah segala rezeki akan dipermudahkan bagi mereka yang sedang mencari jodoh.
Kunci untuk mendapatkan apa yang diinginkan adalah dengan doa. Doa merupakan senjata utama bagi menemukan yang terbaik.
Berikut merupakan beberapa doa yang boleh anda amalkan:
Doa untuk lelaki
Ads
Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku isteri terbaik dari sisi-Mu, isteri aku lamar dan nikahi, dan isteri yang menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.
Doa untuk perempuan
Ertinya: Ya Allah, berikanlah kepada ku suami terbaik dari sisi-Mu, suami dan menjadi sahabat ku dalam urusan agama, urusan dunia serta di akhirat nanti.
Doa mustajab dalam Al-Quran dan hadis untuk meminta jodoh pasangan
Ertinya: Ya Allah, anugerahkan oleh kami jodoh isteri-isteri kami serta keturunan kami sebagai penyenang hati kami serta jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa (QS Al-Furqaan ayat 74).
Ads
Ertinya: Ya Allah, jangan Engkau membiarkan ku hidup seorang diri serta Engkaulah pewaris paling baik.
Doa minta cepat menikah untuk lelaki
Ertinya: Ya Allah, aku ingin cepat menikah. Ya Allah tetapkan untuk ku wanita mulia kehormatannya, paling menjaga dirinya untuk ku serta untuk harta ku paling luas rezekinya paling banyak berkatnya, dan tetapkan untuk ku darinya anak yang baik Engkau jadikan ia sebagai penerus ku yang soleh pada masa hidup ku setelah kematian ku.
Doa minta cepat menikah untuk perempuan
Ertinya: Ya Allah, aku ingin cepat menikah. Ya Allah tetapkan untuk ku lelaki tampan rupa akhlaknya, paling luas rezekinya paling banyak berkatnya, kurniakan aku anak yang baik yang Engkau jadikan ia sebagai kebanggaan di masa hidup ku setelah kematian ku.
Ini merupakan usaha-usaha yang boleh anda amalkan dan setelah itu tawakal dan serahkan semua urusan ini kepada Allah SWT. InsyaAllah.
Sebut pasal kahwin rasanya semua orang pasti mengimpikan sebuah rumah tangga yang bahagia untuk hidup bersama pasangan masing-masing.
Namun begitu, perkahwinan itu tidaklah seindah seperti apa yang korang bayangkan. Maksud kami, bukan senang nak membina empayar perkahwinan kerana pasti banyak dugaan yang akan korang suami isteri tempuhi.
Isteri perlu taat kepada suami dan suami pula harus bertanggungjawab menjaga isteri dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Bila dah kahwin, istilah syurga di bawah tapak kaki ibu mula bertukar kepada suami. Daripada pepatah itu saja, korang mesti dah sedia maklum yang tugas seorang isteri kepada suaminya adalah amat besar sekali.
Gambar hiasan
Ada beberapa cara yang korang boleh buat sebagai tanda hormat kepada si suami. Antaranya adalah seperti berikut:
1.Sentiasa bercakap lemah-lembut tak kiralah berapa lama korang dah saling mengenali atau berkahwin.
2. Jangan sesekali menjerit, menengkin dan memanggil suami dengan kasar atau menggunakan kata-kata kesat.
3. Jangan menyindir suami tentang isu-isu sensitif. Jika mereka mempunyai kekurangan atau kelemahan, jangan jadikan ia sebagai bahan ketawa. Walaupun mungkin suami tak marah tetapi boleh jadi dia memendam perasaan kecil hati.
4. Dengar pendapat dan hormati permintaannya. InsyaAllah si isteri akan mendapat ganjaran kebahagiaan di dunia dan pahala untuk akhirat nanti.
Gambar hiasan
5. Jangan melawan untuk menunjukkan sikap siapa lebih berkuasa. Bila perempuan terlalu agresif dan mengarah, lelaki akan jadi lebih keras. Jika korang tunjukkan rasa hormat dan hargainya sebagai ketua keluarga, suami akan lebih mudah untuk bertolak ansur.
6. Tunjukkan rasa sayang dan hormat kepada keluarga mereka. Sesekali, ajaklah suami untuk pergi melawat ahli keluarga atau sanak-saudara mereka. Pasti suami happy bila melihat isterinya sayang dan ambil berat pada keluarganya.
7. Beri suami ruang untuk ber’me time’ atau hilangkan stres bersama kawan-kawan. Jangan halang atau kongkong mereka seperti anak kecil.
8. Tanya pendapat suami bila membuat keputusan penting dan hargai apa saja yang mereka katakan.
Jadi, korang dah betul-betul bersedia ke nak kahwin? Hiks!
Ini sweet tahap potong kaki! Siapa tak kenal dengan pasangan bahagia Miley Cyrus dan Liam Hemsworth. Pasangan yang baru saja mendirikan rumah tangga Krismas lalu. Masih berstatus newlywed couple lagi ni. Of course bersemut.
“Saya beruntung kerana memperoleh Miley sebagai isteri.”
Katanya, ketika ditemu bual Entertaiment Tonight, G’Day USA Los Angeles Gala. Ini merupakan majlis pertama Mr. dan Mrs. Hemsworth hadir sebagai suami isteri.
Apa lagi yang lebih romantik bila suami menyebut nama isteri ketika dia dianugerahkan Excellence in film award malam itu. Dalam ucapan tersebut, Liam berterima kasih kepada keluarga dan isterinya. Ucapan itu membuatkan Miley terkejut seketika dan kembali berjenaka di hadapan televisyen dengan aksi comelnya. Walaubagaimanapun, Liam tidak mengulas lanjut tentang isterinya, dan itu membuatkan Miley bersuara.
“I want more” menyebabkan satu dewan ketawa besar.
Sweetkan pasangan ni. Liam merupakan lelaki yang paling banyak bersabar dengan kerenah Miley sejak mereka mula berkenalan lagi. Tentu sekali peminat pasangan ini akan sentiasa ingin melihat mereka bahagia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA pasti, ada di kalangan korang yang mempunyai adik-beradik yang juga berada dalam bidang yang sama.
Tak kiralah jika korang masih belajar ataupun telah bekerja, persamaan bidang atau minat di antara adik-beradik selalu terjadi. Kalau keluarga doktor tu, memang kebanyakan daripada ahli keluarga doktor je. Samalah juga dengan bidang-bidang yang lain.
Situasi seperti ini boleh bertukar sama ada positif mahupun negatif. Apa yang kita nak elakkan adalah persaingan tak sihat apabila adik-beradik terlalu ingin menonjolkan diri sehingga wujud rasa tak puas hati di antara mereka.
Hhm, kadangkala penulis terfikir juga bagaimana adik-beradik popular seperti Serena Williams/Venus Williams atau Gigi Hadid/Bella Hadid mengelak daripada berlaku pertelingkahan..
Ini rahsia Gigi dan Bella.
01
Selalu Ingin Belajar
“Semasa saya mula bekerja sebagai model di New York, saya terpaksa berdiri di atas kaki sendiri dan belajar daripada pengalaman. Naturally, mana-mana kakak akan ingin membantu adiknya 100% apabila tiba masa mereka mula bekerja.
“Namun, saya tidak mahu Bella untuk terlepas daripada memperoleh pengalaman yang sama seperti saya. Saya akan selalu menolongnya jika dia ada soalan berkenaan klien ataupun cara modelling. Tetapi saya akan elakkan diri daripada menjadi over-protective.
02
Komunikasi
“Sebagai model, kami akan selalu berjauhan sesama sendiri dan dengan ahli keluarga lain. Saya akan berada di Timur dan Bella mungkin di Barat. Jadi kami mempunyai rutin untuk selalu FaceTime jika terlibat dengan kerja di luar negara.
03
Bersaing Itu Normal
“..tetapi jangan sesekali bersaingan dalam bidang kerja kerana itu akan meranapkan hubungan kamu. Saya dan Bella pun sama saja seperti adik-beradik lain, kami bersaing tetapi hanya ketika aktiviti keluarga seperti memasak!
04
Tak Perlu Meniru
“Setiap orang dilahirkan berbeza walaupun datang dari keluarga yang sama. Gaya saya dan Bella berbeza, kadangkala saya tak boleh lakukan stailnya dan dia juga sukar melakukan stail saya. Jadi, kami tak pernah rasa perlu meniru sesama sendiri hanya kerana inginkan job yang sama.”
Dan akhir sekali..
05
Saling Membantu
“Dunia fesyen adalah dunia yang berbahaya. Ramai yang inginkan posisi orang lain kerana dunia ini kecil saja, kalau kamu lakukan kesalahan – orang lain akan mengingatinya sampai bila-bila walaupun kamu telah memperolehi banyak kejayaan sebelum itu.
“Jadi, saya dan Bella sentiasa cuba membantu tanpa mengharapkan balasan. I have her back, she has mine.”
Penulis teringat pula momen Gigi Hadid hilang salah satu kasutnya semasa Minggu Fesyen New York. Nasibnya baik kerana Bella juga menjadi model pada acara yang sama dan tanpa teragak-agak, Bella membantu Gigi untuk sama-sama berjalan walaupun tanpa kasut.