Bila ada si bulus di rumah, perkara penting yang perlu disediakan adalah tempat untuk mereka buang air kecil dan besar. Anak bulus ini perlu diajar mengggunakan cat litter ini supaya tak membuang di tempat tak sepatutnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Kucing Paling Huru-Hara, 5 Keunikan OYEN Berbeza Si Bulus Lain!

Nak uruskan cat litter ini juga kena cari cara yang memudahkan supaya tak makan banyak masa kita. Dikongsi oleh pengguna TikTok @Kocheng beliau menunjukkan cara mudah untuk membuang najis kucing dari cat litter

DIY cat litter modal RM10 yang mudahkan buang najis kucing

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

Bahan yang diperlukan

  • 3 bakul raga plastik
  •  Plastik sampah
  • Pasir kucing

Cara-cara

1. Letak plastik sampah besar pada raga di bawah.

IKLAN

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

2. Kemudian tindan dengan raga plastik. Ikut berapa banyak raga yang kita nak buat sebagai penapis untuk asingkan najis kucing.

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

3. Kemudian masukkan pasir kucing. Siap!

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

IKLAN

4. Bila kucing membuang, apa yang perlu dilakukan cuma angkap saja raga plastik tadi yang berfungsi sebagai penapis. Najis akan tertinggal dalam raga dan pasir akan jatuh ke bawah dalam plastik sampah.

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

5. Angkat plastik sampah dan tuang pasir dalam bekas. Ulang langkah di atas.

DIY Cat Litter Bajet, Mudahkan Buang Najis Si Bulus!

IKLAN

Boleh juga tonton video DIY Kocheng ini ya.

@kochengmy Ok disebabkan byk kata leceh pakai selotape ni dia Cat litter kedai RM2 V2. Nie paling jimat la takpayah dh pakai selotape. Kos dlm Rm 10. Pakai bag plastik sampah jer. Dpt idea dr komen2 korg jugak hehe. Moga bermanfaat utk semua. #catoftiktok #catworld #kucinglucu #cat #kucingbertuah #kucing #cattok #kucingmalas #catlovers #catlitter ♬ Maafkan Aku – Cover The Orion – Indah Yastami

Kalau malas juga nak buat semua ni, beli je cat litter korang tu.hehe

BACA LAGI : Hilangkan Kotoran Hitam Bawah Dagu ‘Si Bulus’. Guna Tiga Bahan Ini Sahaja

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI