
Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, baru-baru ini meluangkan masa menziarahi pusara pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman yang terkorban dalam nahas bas persiaran di Gerik, Perak.
Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman dilihat hadir bersama rombongan pelajar tahfiz ke kediaman ibu bapa arwah yang terletak di Besut, Terengganu, sebelum menziarahi pusara Nurly.

Kehadiran Vida ke tanah perkuburan itu turut mengundang sebak apabila beliau dilihat tidak dapat menahan air mata, apatah lagi setelah menyifatkan arwah sebagai seorang anak yang solehah dan penuh harapan.
“Perginya terlalu cepat. Nurly, pelajar UPSI, anak yang hebat… penuh harapan.
“Hari ini saya ziarah pusara awak, sayang. Air mata ini tidak mampu ditahan.
“Masya-Allah, diterangi cahaya indah, bau wangi semerbak sebaik melangkah. Damailah di sana, berehatlah di taman syurga,” katanya dalam video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tersentuh melihat momen sebak itu, lebih-lebih lagi ketika air mata turut mengalir di pipi ibu kepada arwah. Kedua-duanya pernah melalui kehilangan anak, dan ia jelas meninggalkan kesan mendalam.
Sekadar info, pada 9 Jun lalu, seramai 15 pelajar UPSI maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik, Perak.
Terdahulu, Vida sendiri pernah kehilangan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Edrie Zikrie dan Muhammad Eddie Zuhdie, dalam tragedi kebakaran di rumah teres dua tingkat di Meru Hills, Taman Meru, Ipoh pada Ogos 2013.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

















