
Public transport disediakan sebagai satu kemudahan buat masyarakat, tetapi apa yang terjadi hari ini membuatkan ramai yang tidak berani untuk menggunakannya.
Ini yang terjadi kepada seorang pelajar kolej yang mempunyai pengalaman ngeri ketika seorang pemandu GrabCar menyerangnya dan memaksa untuk melakukan hubungan seks.

Gambar hiasan
Menurut China Press, insiden ini berlaku pada Isnin lepas, jam 11.45 pagi ketika pemandu itu mengambil remaja tersebut dari kolej untuk dihantar balik ke hostel.
Selepas beberapa minit perjalanan, dia menyedari pemandu itu tidak mengikuti laluan yang betul dan berhenti di tempat terpencil lalu menyerangnya di tempat duduk belakang.
Pemandu tersebut bertindak kasar menumbuk dan menendang gadis itu, seterusnya mengancam dengan mencadangkan mereka melakukan hubungan seks di sebuah hotel. Pelajar itu memintanya untuk memandu ke mana-mana hotel terdekat.

Gambar hiasan
Sejurus tiba di sebuah hotel, dia terus menyerang pemandu tersebut sebelum melarikan diri meminta bantuan dari bengkel berhampiran dan menghubungi ayahnya, lalu terus membuat laporan polis.
Kita dengar pun dah seram, apa lagi kalau berada di tempat gadis tu kan. Sebaiknya korang semua berhati-hati dan jika boleh, sentiasa bersama teman dan elakkan diri daripada berseorangan.
Hati-hati girls.
Sumber: The Star
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ngeri! Graduan Seni Bina UPM Ini Terpaksa Lupakan Kerjaya Impian Lepas Jatuh Bangunan

Sejak kecil, impiannya mahu bergelar arkitek. Malah dia sudah pun peroleh Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dua tahun lalu. Namun tiada siapa menduga perjalanan hidupnya.
Kemalangan di tempat kerja ketika membuat pemeriksaan bangunan, jatuh dari tingkat enam ke tingkat lima sehingga mengakibatkan otaknya membengkak sebelum doktor bertindak memotong sebahagian tempurung kepalanya (kemudian dipasang semula selepas enam bulan), koma dua minggu sebelum bed riding 6 bulan antara pengalaman sukar dilupakan.
Menurut Ibun Muhamad Harith Ibad bin Zaini, 26, kejadian menimpanya dua tahun lalu mengubah keseluruhan perjalanan hidupnya.


Berkongsi bagaimana kemalangan terjadi, jelas Ibun sebaik tamat peperiksaan akhir, sebagai anak sulung yang kehilangan ayah sejak remaja, dia memilih bekerja sementara di sebuah tapak pembinaan. Skop kerjanya perlu memeriksa bangunan setiap tingkat yang sudah disiapkan.
“Masa buat pemeriksaan itu keadaan agak gelap. Saya perlu ambil gambar untuk skop kerja. Semasa mengundur itulah, saya terjatuh dalam lubang laluan elektrik yang tidak ditutup dan kepala terhempas dahulu.
“Keadaan saya agak parah ketika itu. Ketika dibawa ke hospital keadaan saya agak teruk. Pemeriksaan doktor dapati otak saya membengkak kerana ada pendarahan. Saya koma dua minggu dan bed riding selama 6 bulan lamanya. Sebahagian tempurung kepala saya dibuka bagi membolehkan doktor memantau keadaan saya ketika itu.
“Akibat hentakan di kepala itu serta pendarahan dialami, sebahagian tubuh saya kehilangan fungsi. Ia umpama orang strok selain masalah saraf. Pengalaman ini benar-benar sukar dilupakan,” katanya ketika dihubungi.
Jadi seorang yang berputus asa
Menetap di Johor dan bakal berpindah ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat, kata Ibun, masalah dialami membuatkan dirinya hampir putus asa untuk meneruskan kehidupan yang masih panjang.
“Bayangkan, saya anak sulung. Saya patut bantu ibu selepas ketiadaan ayah. Saya minat dalam dunia pekerjaan tapi saya hanya mampu terbaring. Makan orang suapkan, nak mandi orang lapkan. Nak bangun orang tolong bangkitkan. Memang teruk sangat ketika itu.
“Jujurnya saya terlalu putus asa. Ada timbul perasaan kenapa Allah tak ambil saya nyawa saya. Biarlah saya tiada dari menyusahkan orang. Tapi mak selalu bagi semangat. Bila saya pandang muka adik-adik, saya tahu mereka perlukan saya.
“Terbaring dan tiada apa-apa pampasan kerja juga semakin membuatkan saya tertekan. Saya baru dua bulan kerja ketika itu. Langsung tiada pampasan. Sebab itulah saya semakin tertekan kerana tak boleh berbuat apa. Sampailah saya bertemu Tuan Haji Khalil dari Pertubuhan Pembela Mangsa Kemalangan Industri (PPMKI).
“Saya luahkan masalah saya. Bila dengar kata-kata semangatnya dan pembelaan yang PPMKI lakukan untuk saya yang berjawatan kontrak, tiada potongan sosco dari majiikan dan lain lagi, saya sangat lega. Kes saya kini bakal didengari di mahkamah selepas pihak PPMKI mengadakan pertemuan dengan majikan. Ia sebagai satu langkah untuk melindungi golongan seperti kami yang terlibat dalam kemalangan di tempat kerja,” katanya ketika dihubungi.



Rasa berdosa kalau lewat solat dua tiga minit
Sebagai manusia yang sering melakukan kesilapan, Ibun akui sebelum kemalangan dia hanya biasa-biasa dalam solat fardunya. Ada masa buat dan ada masa tertinggal dengan sengaja. Mungkin ketika itu, Ibun akui tiada sebarang masalah dalam kehidupannya.
“BIla saya kenang-kenang kembali betapa saya selalu mengabaikan solat sebelum ini terasa begitu berdosa dengan Allah taala. Kemalangan ini banyak mengejar saya erti bersyukur. Di saat saya terlantar, hampir tiada punya apa-apa tapi kasih sayang Allah tetap hadir dalam hidup saya. Kalau dulu saya fikir saya akan lumpuh sepenuhnya kerana masalah saraf ini tapi Allah tetap sayangkan saya.
Jelas Ibun, semasa koma dia ada kisah tersendiri yang ingin dikongsikan dengan mereka yang boleh mengambil iktibar akan kisah dirinya.
“JIka sebelum ini saya kata solat saya hanya biasa-biasa saja tetapi semasa koma saya dipertontonkan satu peristiwa. Dalam kejadian itu, saya lihat satu keluarga sedang bertekak. Namun di akhirnya, pemuda paling dewasa diseksa dengan sangat dahsyat kerana gagal menjalankan tanggungjawabnya.
“Saya kaitkan kejadian itu dengan dirinya saya sendiri. Sebelum itu saya sangat berputus asa dengan kehidupan. Tapi saya lihat dan tanya diri saya sendiri. Apa sumbangan saya terhadap keluarga selepas ayah tak ada?. Sayalah ketua keluarga sekarang dan kalau saya gagal menjaga emak dan adik, sayalah lelaki dewasa yang akan diseksa itu. Ini juga sebab mengapa saya bangkit, kuatkan semangat dan terus menjaga hubungan saya dengan Allah taala. Saya takut kalau saya gagal dan perlu menjawap dengan Allah di akhirat kelak,”katanya mengakui bila mana dia telah menjaga hubungan dengan Allah dengan sangat baik, sentiasa ada rezeki tidak disangka-sangka malah kesihatannya juga semakin pulih seperti sediakala.
Dalam pada itu, jelas Ibu, dia sentiasa memohon doa kepada Allah taala agar diberikan kekuatan kerana saya mahu membalas jasa mak yang jaga saya selama saya sakit. Saya juga dapat jawapan sebenar apa tugas saya sebagai abang kepada adik-adik. Hari ini saya terasa berdosa kalau melewat-lewatkan solat dalam dua tiga minit berlalu. Allah beri ujian, Allah beri kekuatan dan alhamdulillah, saya semakin boleh menerima kekurangan diri ini. Walau tak sesempurna mana tapi saya masih sihat di saat suatu ketika dahulu seperti tiada harapan,”katanya menzahirkan rasa syukurnya.


Bergiat dalam sukan
Jelas Ibun, akibat kemalangan berlaku dan hilang upaya seperti golongan normal, dia akui sudah memperoleh kad sebagai golongan kurang upaya. Masa yang sama menyedari potensinya dalam bidang pekerjaan tidak seperti orang normal, Tuan Haji Khalil telah memberi galakan untuk dirinya menceburi bidang sukan bagi golongan OKU.
Jelas Ibun, dia bersyukur kerana acara lontar cakera dan peluru membuatkan dirinya layak di peringkat pemilihan bagi mewakili Malaysia di masa depan.
“Bukan senang untuk berlatih sukan. Malah saya telah diberi penerangan ketika di Majlis Sukan Negara di mana kami diterangkan elaun, tempat tinggal dan sebagainya. Tapi buat buat masa ini saya terpaksa lupakan sukan kerana telah mendapat pekerjaan di sebuah syarikat swasta di Kota Damansara yang mesra untuk golongan OKU seperti saya,”katanya yang akan berpindah ke KL dalam masa terdekat.
Bagi Ibun, kejadian yang terjadi bukan pematah semangat biar semangatnya pernah luntur suatu ketika dahulu. Namun dia begitu bersyukur kerana nasibnya akan terbela selepas pihak PPMKI bertindak membelanya.
“Mungkin ramai tidak tahu tentang ini tapi alhamdulilllah, saya ditemui dengan PPMKI yang banyak membantu,”katanya mengharapkan perkongsian ceritanya ini mampu memberi semangat buat golongan kurang upaya sepertinya untuk bangkit semula selepas diuji.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terpalit Isu Skandal Dadah, B.I Bakal Tarik Diri Daripada iKON

Ikonic peminat setia kumpulan iKON pastinya sedih bila mendengar perkhabaran tentang Kim Han Bin atau lebih dikenali sebagai B.I bakal meninggalkan iKON setelah skandal dadahnya tersebar.
Permohonan maaf secara terbuka ini telah dibuat di laman instagramnya dan berikut merupakan terjemahan yang diambil dari portal K-Variety Malaysia.
“Ini adalah Kim Han Bin, pertama sekali saya ingin memohon maaf kerana terlibat dengan isu yang mengundang kritikan umum disebabkan tindakan tidak bermoral saya ini.
“Benar, ada satu masa dimana saya sangat tertekan dan tidak berada di dalam keadaan normal membuatkan saya beralih kepada sesuatu yang tidak pernah saya minat sebelum ini. Bagaimanapun, saya berasa sangat takut dan tidak sanggup untuk meneruskannya.
“Namun begitu, saya berasa sangat malu dan bersalah terhadap ahli-ahli grup saya yang ternyata sangat terluka disebabkan perbuatan saya itu.
“Saya akan belajar daripada kesilapan ini dan merancang untuk meninggalkan grup itu. Sekali lagi, saya memohon maaf kepada iKONICS dan juga ahli-ahli saya. Maafkan saya,”

Sebuah media di Korea Selatan, Dispatch telah membongkarkan mesej Kakao Talk ketua grup iKON, B.I yang dipercayai terlibat dalam urusan jual beli dadah.
Wah, hebat betul media di Korea ni. Berani mati!
Mesej yang dipercayai bertarikh 3 tahun lalu telah pun dikongsi secara umum.
Dalam perkongsian tersebut, dilihat B.I bersama individu yang dikenali sebagai A dalam jual beli dadah jenis LSD.

Perbuatan ini terbongkar apabila si A ditangkap polis pada Ogos 2016 dan mendedahkan dia pernah menghantar dadah tersebut di rumah B.I
Walaubagaimanapun, berita ini telah disahkan oleh YG sendiri bahawa Kim Han bin akan meninggalkan Ikon dan YG Entertainment.

Ternyata apa yang dilakukan Hanbin itu tidak betul dan penggunaan dadah memang salah di mana-mana negara. Tapi ikonik terutamanya tahu bagaimana iKON berkembang.
Macam mana iKON lepas ini tanpa hasil muzik genius Hanbin? Apa akan terjadi kepada 6 individu setelah Hanbin pergi? Adakah iKON masih relevan?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ustaz Ebit Lew Sebak Saat Ziarah Tok Ki, Bakal Dapat Rumah Baru

Budak remaja hari ini mungkin tidak mengenali siapa Tok Ki atau namanya Mohd Zaki Mansur.
Pernah popular dengan lagu Biasan, Seni Berzaman, Tok Ki yang mengecap populariti menerusi lagu-lagu berkonsepkan pop melayu dan pop etnik turut menyanyikan lagu berentak rock dan pop. Malah lagu Hampa nyanyiannya masih menjadi siulan budak-budak yang lahir tahun 90-an.
Baru ini tular di media sosial keadaan penyanyi ini agak daif, tinggal di pondok yang agak usang malah dimaklumkan yang isterinya juga tidak sihat.
Sebaik berita mengenainya tersebar, malah netizen turut tag kepada Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan kemurahan hati membantu golongan susah, hari ini Ustaz Ebit telah menziarahi Tok Ki di rumahnya.
Sebak sayu tadi ziarah To'ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To'ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To'ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.
Dari jauh To'ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To'ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.






InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang. Sumber : Fb Ebit Lew
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

