Penyanyi dan pelakon terkenal kini, Nabila Razali terpaksa menarik diri daripada membuat persembahan di Semi Final Muzik-Muzik ke 35 (SFMM35) atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.
Dalam laporan Sinar Harian, pengurus Nabila, Ash menerusi satu kenyataan media petang tadi. Atas nasihat doktor, Datuk Syafinaz Selamat selaku guru vokal dan juga Hael Husaini selaku komposer, Nabila tidak akan muncul untuk menyanyikan lagu ‘Peluang Kedua’.
Jelasnya, “Dukacita saya ingin memaklumkan bahawa artis di bawah jagaan saya Nabila Razali tidak dapat membuat persembahan di SFMM35 atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
Ads
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. Ini adalah keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu bersama Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk.”
Ads
Lagu Peluang Kedua mencapai populariti yang cukup membanggakan di dalam industri muzik tempatan apabila sehingga kini di YouTube sahaja, muzik video lagu tersebut telah dimainkan lebih 23 juta kali oleh para penonton.
Sumber Gambar: Instagram Nabila Razali
Tinjaun Remaja ke Instagram Nabila pula mendapat dia memuat naik satu hantaran dengan kapsyen “My Heart Is Broken”.
Ads
Apa-pun, kami di editorial Remaja mendoakan agar Nabila sempat sembuh seperti sedia kala. Buat masa ini pihak pengurusan Nabila, masih lagi mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu tersebut di SFMM35 yang dijangka berlangsung malam Ahad nanti.
Tahun lalu, Nabila ada menyertai team Remaja dan Media Hiburan dalam kerja amal menceriakan kanak-kanak di PPUM.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang PKP berlangsung tempoh hari, pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga dibenarkan melakukan akad nikah secara online.
Walau bagaimanapun, hal ini mungkin terhad kepada pasangan yang sudah menyediakan segala persiapan dan hanya menunggu tarikh nikah sahaja. Bagi mereka yang belum berkursus kahwin, bakal pengantin tidak boleh untuk melangsungkan pernikahan.
Namun begitu, baru-baru ini, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini telah memperkenalkan sebuah platform digital dinamakan MyBahagia, dimana ia berfungsi sebagai sebuah platform kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Melalui MyBahagia, ia menyertakan sebanyak 11 modul pra-perkahwinan mengikut garis panduan Jakim, dan memperlihatkan contoh alternatif kursus praperkahwinan yang biasanya dikendalikan secara bersemuka.
Dengan era norma baharu yang lebih memfokuskan gaya hidup digital dan pengalaman jarak sosial, langkah pengenalan MyBahagia ini dijangka akan membantu mereka yang akan berkahwin untuk mengikuti kursus pra-perkahwinan secara atas-talian.
Seperti pembelajaran atas-talian yang lain, MyBahagia turut membolehkan pengguna log masuk dan mengikuti kursus pra-perkahwinan mengikut keselesaan masa mereka.
MyBahagia ini aka ditawarkan kepada semua bermula 13 Jun ini, dimana ia boleh didaftar pada bayaran RM30 untuk seorang. Pengguna akan memerlukan data sekitar 1GB untuk mengikuti kursus selama 11 jam melalui laman berkenaan
Moga info ini berguna dan bermanfaat buat bakal pengantin semua!
Tahun 2017 hampir berakhir dan seperti biasa pelbagai senarai carta akan dikeluarkan oleh pelbagai agensi dan laman sesawang. Antara carta statistik yang sering mendapat perhatian pada setiap tahun pastinya Google Trends.
Megan Markle, carian tertinggi global bagi kategori selebriti.
Pada hari ini, Google Trends telah mengeluarkan senarai kata kunci carian terbanyak yang dilakukan oleh masyarakat Global dan Malaysia khususnya menerusi carian enjin Google. Bagi carian tertinggi peringkat global nama Meghan Markel pasti tidak asing lagi. Populariti bintang drama bersiri ‘Suits’ dan tunang kepada Prince Harry cukuip luar biasa apabila menjadi nama teratas kategori pelakon dan kelima secara keseluruhan.
Untuk carian tertinggi bagi keseluruhan kategori pula merupakan tragedi Hurricane Irma diikuti iPhone 8, iPhone X, Matt Lauer dan Meghan Markle. Bagi ketegori pelakon pula mengikuti di belakang Megan ialah Kevin Spacey (kontroversi kes cabul), Gal Gadot (Wonder Woman), Louis C.K dan Bill Skarsgard.
Bagaimana pula dengan senarai Google Trends untuk Malaysia? Untuk carian nama selebriti, Izara Aishah mengungguli carta dengan berada di tempat teratas kemudian diikutim oleh Gal Gadot, Hannah Delisha, Afifah Nasir, Aiman Tino dan Faiz Subri. ‘Hero Seorang Cinderella’ lakonan pasangan hangat wedding of the year, Fattah Amin dan Fazura pula menjadi drama paling popular sepanjang tahun ini.
Hero Seorang Cinderella menjadi drama mendapat carian terbanyak Google sepanjang tahun 2017.
Bagi ketegori keseluruhan carian BR1M di tempat pertama diikuti Hero Seorang Cinderella, SEA Games, Titian Cinta dan SAPS NKRA.
Okaylah, berikut merupakan senarai carian tertinggi Google Trends di Malaysia sepanjang 2017 mengikut kategori.
Carian Umum
1) BR1M
2) Hero Seorang Cinderella
3) SEA Games
4) Titian Cinta
5) SAPS NKRA
6) Fast and Furious 8
7) Suamiku Paling Sweet
8) Despacito
9) Bigg Boss Vote
10) Myvi 2018
Orang
1) Izara Aishah
2) Gal Gadot
3) Hannah Delisha
4) Afifah Nasir
5) Aiman Tino
6) Faiz Subri
7) Aliff Aziz
8) Alicia Amin
9) Fathia Latiff
10) Mat Over
Berita
1) JJPTR
2) Petrol price Malaysia
3) Budget 2018
4) MRT Malaysia
5) Lembaga Getah Malaysia
6) Hurricane Irma
7) Catalonia
8) Tahfiz terbakar
9) Fattah Amin-Fazura
10) Banjir di Pulau Pinang
Filem
1) Fast and Furious 8
2) Justice League
3) Beauty and the Beast
4) Wonder Woman
5) It
6) Logan
7) Annabelle: Creation
8) Bad Genius
9) Dunkirk
10) Bahubali 2
Drama Bersiri Tempatan
1) Hero Seorang Cinderella
2) Titian Cinta
3) Suamiku Paling Sweet
4) Andainya Takdir
5) Mencintaimu Mr Photographer
6) Biar Aku Jadi Penunggu
7) Isteri Tuan Ihsan
8) Duda Pujaan Dara
9) Sayang Papa Saya Tak
10) Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Walaupun bencana banjir kilat dan cuaca tidak menentu berlaku setiap tahun dibeberapa negeri di Malaysia. Namun, negara kita masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kelebihan geografi yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
Namun, mengejutkan orang ramai apabila pakar menyatakan bahawa negara Malaysia bakal dilanda tidak lama lagi. Hal ini selepas Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Seismologi dan Gempa Bumi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan memberi amaran kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya negara ini bakal dilanda gempa besar sehingga 7 magnitud susulan siri gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.
“Melihat kepada subduction zone (garis sesar besar plat bumi yang bergerak secara pugak) di Sumatera misalnya boleh berlaku gempa kuat sehingga 9.5 magnitud.”
“Bagi Malaysia pula, kawasan Semenanjung dijangkakan boleh berlaku gempa sehingga 6 magnitud sementara di Sabah boleh mencecah 7 magnitud,” katanya seperti dipetik portal tempatan.
Ujarnya, gempa bumi besar di Turkiye dan Syria tidak mempengaruhi berlakunya gempa di Malaysia. Tetapi gempa yang berlaku di Indonesia dan Jepun mampu mempengaruhi keaktifan Lingkaran Api Pasifik dan seterusnya menambah kemungkinan berlaku gempa di Malaysia.
Tertumpu Di Sabah
Menurut Pakar Geologi Pusat Kajian Bencana Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Felix Tongkul pula, kebanyakan gempa bumi kuat di Malaysia tertumpu di beberapa lokasi di Sabah.
“Kejadian gempa bumi besar di Indonesia dan Filipina misalnya tidak menghasilkan pergerakan plat bumi yang signifikan untuk menghasilkan gempa bumi besar di Malaysia.”
“Tetapi gempa bumi yang kuat dari Indonesia dan Filipina yang terletak berdekatan Sabah (misalnya di kawasan Laut Sulu atau Laut Sulawesi) boleh mencetuskan pergerakan bumi di Sabah yang mungkin akan menghasilkan gempa bumi besar.”
Kata beliau lagi, hal ini disebabkan Sabah terletak pada plat bumi yang kurang stabil dan berdekatan dengan plat bumi tidak stabil dari Filipina. Tambah Profesor Dr Felix, “Antara kawasan yang paling tinggi risiko gempa bumi berlaku ialah seperti di Lahad Datu, Kunak, Ranau dan Kudat.”
Reka Bentuk Bangunan Kalis Gempa
Berikutan itu, Profesor Dr Azlan mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi berdepan dengan bencana alam itu seperti melaksanakan reka bentuk bangunan kalis gempa.
Gambar Hiasan Gempa Bumi Palu
“Semua bangunan perlu melaksanakan reka bentuk kalis gempa bumi menggunakan panduan Standard Malaysia yang telah diterbitkan pada tahun 2017.
“Kedua, pembinaan bangunan harus mematuhi sepenuhnya syarat-syarat yang telah ditentukan oleh panduan tersebut.”
“Seterusnya, bangunan yang telah dibina terutama yang lama dan yang penting seperti sekolah dan hospital, perlu dinilai semula kekuatannya sama ada boleh bertahan atau perlu dibaik pulih,” katanya.
Selain itu, beliau turut menyarankan pihak berkuasa tempatan untuk menguatkuasakan pematuhan undang-undang reka bentuk gempa dan menghasilkan peta risiko gempa bumi. Ini adalah bagi perancangan pembangunan pada masa akan datang dan persediaan untuk menghadapi bencana tersebut di kawasan mereka.
Menurut laporan, gempa berukuran 6 magnitud yang melanda Ranau, Sabah pada 5 Jun 2015 dengan 18 orang menjadi korban adalah gempa bumi terkuat pernah melanda negara.
Apapun kita sebagai seorang muslim marilah berdoa agar Malaysia terus dilindungi dari bahaya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!