Tinggal beberapa jam saja lagi sebelum pelakon dan pengacara, Mira Filzah menamatkan zaman anak daranya dengan lelaki pilihan hatinya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.
Haa, nervous tak tu Mira?
Katanya dalam temuramah bersama Malaysia Hari Ini baru-baru ini, dia mengakui perasaan nervous itu tetap ada walaupun segala persiapan telah lengkap dilakukan olehnya.
“Gelisah risau, takut itu dan ini sudah biasa. Tetapi Alhamdulillah persediaan setakat ini sudah berjalan dengan lancar.
“Kalau ikutkan pada tarikh hari ini (Jumaat, 28 Ogos 2020) untuk Khatam Al-Quran, Mira akan bernikah pada minggu hadapanlah (malam esok). Tinggal seminggu sahaja lagi,” akui Mira yang cantik mengenakan persalinan serba pastel pada majlis tersebut.
Ads
Tambah Mira lagi, tugas media rasmi akan digalas oleh pihak TV3 di mana mereka sedang merancang untuk melaksanakan cross over secara langsung. Selain itu, sebarang live update juga akan dikemaskini oleh pihak TV3.
Mengenai masa hadapan Mira selepas berkahwin pada minggu ini, Mira bersyukur apabila bakal suaminya iaitu Wan Emir memahami kariernya sebagai seorang pelakon dan pengacara; serta tidak meletakkan halangan untuk Mira meneruskannya.
“Kepada semua peminat Mira yang menyokong sejak awal karier sehingga ke hari ini, terima kasih banyak-banyak. Doakan yang baik-baik untuk Mira, semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga. Amin,” tuntas si cantik manis ini.
Ads
In Love With Mira
Bukan Wan Emir saja yang jatuh cinta dengan Mira Filzah, tau. Seluruh Malaysia juga bakal jatuh cinta dengan rancangan baharu yang diacarakan oleh Mira; berjudul In Love With Mira.
Menerusi klip iklan acahnya (teaser), Mira dilihat mengutarakan beberapa soalan & rahsia di sebalik pemilihan Wan Emir sebagai bakal suaminya.
“Dia (Wan Emir) yang mula mencari dulu..”
“Itu maksudnya dia ada niat untuk berkahwin bila dia yang keluar untuk mencari (jodoh)..”
Ads
Apa pula ciri-ciri yang dicari oleh Mira?
“Mira nak cari lelaki seperti abah. Mira percaya lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik juga adalah untuk lelaki,” katanya.
Haihh, tak sabar pula rasanya untuk melihat majlis Mira yang dikatakan bakal berlangsung esok.
Semoga semuanya berjalan lancar dan perkahwinan Mira dan Wan Emir diberkati oleh Ilahi, insyaAllah. Bercakap tentang baju kahwin, ingat lagi semasa Mira melakukan kolaborasi bersama Rico Rinaldi, tahun lepas?
Bila tiba hari raya sudah tentu kita ingin meraikan bersama keluarga tersayang, terutamanya ayah dan ibu. Namun, bagi keluarga yang telah berpisah mungkin ada sedikit kesukaran kerana tidak lagi tinggal sebumbung.
Baru-baru ini, anak kepada penyanyi lelaki terkenal Jamal Abdillah, Zaki Yamani telah membuat pengakuan bahawa dia sudah lama tidak menyambut hari lebaran bersama bapanya dan kali terakhir mereka beraya bersama adalah sekitar lapan tahun lalu.
Instagram: @zakiyamani._
Rentetan daripada hal itu, Jamal Abdillah telah memberitahu Mstar bahawa dia dihalang untuk bertemu dengan anaknya oleh bekas isteri, Fatimazatuzahra Samad selepas mereka berpisah. Walau bagaimanapun, Jamal dikatakan telah bertemu Zaki di rumah seorang kawan pada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan menganggap ia adalah satu pertemuan yang penuh bermakna.
Namun begitu lain pula jadinya apabila Zaki telah memuat naik sebuah video menjelaskan bahawa ibunya tidak pernah menghalang dia bertemu dengan Jamal Abdillah, sebaliknya ayahya yang tidak mahu berjumpa dengannya dan tidak membalas mesej Zaki.
“Berkenaan dengan isu mak saya halang ayah saya berjumpa saya sebenarnya itu adalah tidak benar. Jadi, untuk Baba kalau boleh berhentilah burukkan Mummy sebab bila Zaki sakit, dialah yang ada dengan Zaki dan jaga Zaki di hospital,”
“Baba boleh je jumpa Zaki sebenarnya, Baba janji nak jumpa haritu tapi tak jumpa. Zaki WhatsApp pun Baba tak balas, call tak jawab. Kalau boleh sudahlah berhenti burukkan ibu Zaki,”
Apa-apa pun diharap kemelut keluarga ini dapat diselesaikan dengan baik dan semoga mereka kembali bersatu pada hari raya Aidilfitri nanti.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Insan mana sahaja yang tidak sedih sekiranya kehilangan ahli keluarga tercinta; inikan pula jika kehilangan mereka disebabkan tragedi yang berbekas dalam jiwa kita sehingga bila-bila.
Begitulah yang dirasai oleh anak kepada usahawan popular Dato’ Seri Vida, Cik B apabila mengimbas semula kejadian kebakaran yang membuatkannya kehilangan dua orang kekanda tercinta; Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikri.
Tinggal kenangan empat beradik. Dato’ Seri Vida bersama empat anakanda tercintanya termasuk Cik B (tengah), Kacak (kiri, Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikri.
Biarpun 10 tahun telah berlalu, tragedi berkenaan akan sentiasa diingati Cik B ibarat baru berlaku semalam.
Bercakap menerusi program Hard To Heart baru-baru ini, Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata, dia menjadi saksi kepada tragedi rumah teres dua tingkat yang dijadikan asrama tempat tinggal kakitangan ibunya terbakar.
“Ketika sebelum kejadian, kami baru balik dari rumah anak yatim. Kemudian abang masuk ke rumah bujang, iaitu rumah penginapan untuk kakitangan lelaki Mama. Ketika itu saya tak nak masuk dan main dengan adik (Kacak) di luar.
“Tiba-tiba saya tengok macam ada habuk-habuk dekat atas. Saya pusing belakang, nampak sofa tengah terbakar.”
Cik B tidak dapat menahan kesedihan sewaktu ditemu bual oleh Awal Ashaari menerusi program Hard To Heart.
“Saya lari panggil guard… bila sampai balik rumah dah terbakar.”
“Lepas ketuk rumah jiran, saya ambil paip dan cuba semburkan air untuk padamkan kebakaran.
“Saya ke hospital untuk tengok (kedua-dua abangnya) untuk kali trakhir. Tapi saya tak tengok sebab saya takut. Mereka tak terbakar pun, tapi lemas,” katanya.
Sumber Foto: Harian Metro
Tambah Cik B, jasad Allahyarham Muhammad Eddie Zuhdie dan Allahyarham Muhammad Edrie Zikri ditemui di bawah sinki. Dipercayai mereka berhasrat untuk terjun dari kawasan balkoni untuk menyelamatkan diri. Namun mereka lari semula masuk ke tandas.
Memori terakhir Cik B dengan dua orang abangnya itu katanya adalah apabila Dato Seri Vida membawa mereka semua bercuti ke benua Eropah beberapa bulan sebelum tragedi menimpa mereka.
Tidak hairanlah apabila Cik B pernah tampil sedikit malu di awal kemunculannya di hadapan khalayak ramai sebagai penghias wajah hadapan Majalah Remaja edisi Oktober-Disember 2019.
Kami gembira melihat Cik B dan Kacak kini semakin yakin membawa diri biarpun kadangkala tidak ditemani oleh mama mereka.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Meskipun ramai di antara kita yang mempunyai akaun media sosial, lebih-lebih lagi bagi golongan selebriti untuk tujuan kerja atau berinteraksi bersama peminat, namun masih ada lagi yang tidak mempunyai apa-apa media sosial atas alasan peribadi.
Tatkala individu lain mengambil peluang mencari duit dan populariti melalui media sosial, ada segelintir selebriti yang tidak mahu membabitkan diri dalam platform tersebut.
Berikut kami senaraikan antara selebriti Korea yang tidak mempunyai akaun peribadi media sosial.
Pelakon kacak ini pernah mengatakan bahawa dia berusaha untuk tidak berkongsi kehidupan peribadinya di media sosial kerana akan ada memori-memori yang ingin dia lupakan.
Pelakon ini menjelaskan dia tidak menggunakan media sosial kerana bimbang menjadi ketagih dan akhirnya tidak melakukan kerja-kerja yang lain sepanjang hari.
Song Joong Ki mendedahkan bahawa dia tidak menggunakan media sosial kerana tidak mahir dengan teknologi. Dia memang mempunyai Instagram tetapi dikendalikan oleh agensinya.
Park Bo Young mengatakan bahawa dia tidak mempercayai dirinya untuk menggunakan media sosial kerana dirinya seorang emosional dan mudah marah. Baru-baru ini, dia membuka akaun Instagram dan dikendalikan bersama dengan syarikat pengurusannya, BH Entertainment.
Personaliti ini tidak menggunakan media sosial kerana tiga sebab, iaitu tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan, mempunyai sikap peribadi yang tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali dan tidak melihat media sosial sebagai tempat untuk berkomunikasi.
Pelakon ini berpendapat bahawa media sosial bakal membawa banyak masalah, jadi lebih baik dia tidak menggunakannya walaupun dia mengakui ia adalah platform terbaik untuk berkomunikasi dengan peminat.
Ha Jung Woo mengatakan bahawa dia tidak melihat keperluan untuk menggunakan media sosial, tambah pula usianya yang sudah menginjak 50-an.
Walaupun tidak mempunyai akaun peribadi media sosial, kami pasti populariti yang dikecapi mereka tidak pernah sedikit pun berkurang. Selebriti-selebriti Korea ini masih mampu meraih hati peminat di seluruh dunia dengan hasil kerja mereka.
Apa-apa pun hormati sahaja keputusan mereka untuk tidak menggunakan platform media sosial ini.