Dihimpit Isu Kesihatan Mental, Shawn Mendes Harap Peminat Faham Konsert Tangguh

Share

 

Setelah aktif dengan perancangan jelajah konsert di seluruh dunia, penyanyi kacak lagi berbakat, Shawn Mendes nekad mengambil keputusan untuk ‘bercuti’ buat sementara waktu demi menjaga kesihatan mentalnya.

Jumaat lalu, penyanyi berusia 23 itu telah berkongsi mengenai penangguhan jelajah dunia Wonder miliknya selama tiga minggu atau ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Walaupun Shawn bersedih dengan keputusan ini, ia adalah satu keputusan yang tepat dan penting untuknya.

Apatah lagi, Shawn memulakan kariernya sebagai penyanyi pada usia semuda 15 tahun dan kini, dia telah sampai ke satu tahap di mana dirinya sedikit terhimpit dengan dilema kesihatan mental disebabkan tekanan yang dihadapinya selama ini.

“Jujurnya, memang sukar untuk saya sentiasa berjauhan dengan kawan-kawan dan keluarga.

“Selepas beberapa tahun menjelajah, dahulu saya rasa seperti sudah bersedia untuk memulakannya semual. Tetapi keputusan itu ternyata satu keputusan yang salah dan malangnya, saya menjadi mangsa tekanan dan sampai ke titik ‘breaking point’,” ujarnya.

Tambah Shawn, keputusan ini juga diambil setelah bertemu dengan pakar kesihatan.

“Saya perlukan sedikit masa untuk sembuh dan menjaga kesihatan mental saya. Sebaik ada lebih update, saya berjanji akan memberitahu anda semua.”

ARTIKEL BERKAITAN : Kasihan Menjadi Shawn Mendes, Ini 4 Perkara Yang Perlu Dihadapi Selepas Popular. Korang Mampu? – REMAJA

Terdahulu pada tahun lepas, Shawn mendedahkan kepada GQ bahawa dirinya mengalami isu anxiety melampau sehinggakan dia tidak lagi boleh menyanyi pada satu tahap. Malah, dia juga pernah terfikir untuk berhenti.

Harapnya, peminat Shawn yang benar-benar sayangkan idola mereka ini memahami situasi yang dialami oleh penyanyi Treat You Better ini. Kalau korang juga mengalami perasaan sama seperti Shawn atau selebriti lain, why not

korang cuba cara Adele ini demi membantu meringankan lagi beban mental yang dipikul.

BACA LAGI : Adele Dedah Alami Anxiety Akibat Penceraian, Rutin Workout Bantu Kesihatan Mental – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN