Dalam satu kejadian yang tular di media massa petang ini, tular rakaman sebuah kereta remuk di Jalan Sungai Besi apabila dihempap kepingan konkrit pada jam 5.48 petang berhampiran TBS.
Walau bagaimana pun, di sebalik kepingan konkrit itu, dimaklumkan wanita yang berada di dalam kenderaan itu terselamat .
Memetik laporan Harian Metro, tular satu rakaman video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.
Ads
Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.
Ads
Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
"Kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi jatuh atas kereta Proton Saga FLX milik mangsa.
Ads
"Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.
Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bersempena dengan perkahwinan Putera Mateen bersama pasangan pilihannya Dayang Anisha Rosnah Adam yang bakal bernikah pada Khamis ini (11 Januari), Radio Televisyen Brunei (RTB) telah melancarkan sebuah lagu rasmi berjudul ‘Renjana Pengantin Diraja’.
Pasangan dua sejoli ini bakal diijab kabulkan pada 11 Januari.
Lagu tersebut dicipta oleh Muhd Hazwan Bin Haji Awang Madial dan dinyanyikan oleh Nur Izzah Binti Mohd Hashim.
Difahamkan nukilan lagu tersebut dipilih dari pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh RTB pada Oktober 2023.
Kalian semestinya tidak sabar untuk mendengar lagu cukup istimewa ini kan? Klik sahaja video di bawah!
Istiadat Perkahwinan Selama 10 Hari
Amalan sejak turun-temurun ini mempamerkan majlis istiadat perkahwinan selama 10 hari yang telah bermula semalam (7 Januari) dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja dan mereka bakal diijab kabulkan pada 11 Januari.
Acara kemuncak dalam istiadat perkahwinan diraja selama 10 hari ini adalah Majlis Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman yang akan diadakan pada 14 Januari.
Bermula dengan persahabatan daripada kecil, pasangan ini bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi.
Majlis persantapan diraja pula diadakan pada malam 15 Januari dan majlis istiadat akan berakhir pada 16 Januari dengan bacaan doa selamat serta Menutup Gendang Jaga-Jaga.
Wow meriah betul! Boleh jadi Wedding of The Year kalau begini….
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT ARTIKEL/GAMBAR: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua hari berturut-turut tiada kes baru COVID-19 dikesan di Malaysia. Namun mulai semalam, sudah wujud Kluster Pangsapuri apabila enam rakyat tempatan dikesan positif COVID-19. Walau tidak dinyatakan di pangsapuri mana tetapi sudah ada netizen memberikan jawapan.
Sementara itu menerusi sidang media harian berkaitan Covid-19 di Putrajaya semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 38 kes baru jangkitan Covid-19 dilaporkan dan merekodkan 7,857 kes positif keseluruhan.
Beliau berkata, 38 kes baru dilaporkan itu membabitkan 26 kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dan dikuarantin sebaik tiba di negara ini.
Katanya, daripada 12 kes penularan tempatan, enam kes adalah bukan warganegara Malaysia manakala enam kes lagi membabitkan warganegara Malaysia.
Walau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) membenarkan pergerakan bagi merancakkan ekonomi, namun keselamatan perlu diutamakan. Jika tiada hal penting, digalakkan duduk di rumah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak pernah selesai selagi tiada penguatkuasaan tegas. Insiden pemandu memandu bawah pengaruh alkohol bagai tidak penyelesaian kerana semakin banyak berita mengenai pemandu mabuk melanggar individu lain di atas jalan raya dilaporkan.
Semalam, seorang pekerja kilang maut manakala isterinya parah selepas motosikal mereka dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian di Kilometer 140.2 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke utara berhampiran susur Perai di sini pagi tadi.
Dalam kejadian jam 5.05 pagi itu, mangsa, Khairizul Mohamad Noor, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan. Isterinya, Zuriana Hasan, 35, yang turut mengalami kecederaan parah dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk menerima rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal di lorong kiri sebelum kereta yang dipandu lelaki berusia 33 tahun merempuh mereka dari belakang.
Menurutnya, akibat kejadian itu kedua-dua mangsa tercampak ke atas jalan raya, manakala pemandu kereta berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat, manakala isterinya kini dilaporkan masih belum sedarkan diri dan berada dalam keadaan kritikal.
"Pemandu kereta berkenaan telah ditahan untuk siasatan dan ujian pernafasan menggunakan mesin Evidential Breath Analyzer (EBA) mendapati lelaki tersebut memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya ketika dihubungi di sini.
Dalam pada itu, Nik Ros Azhan meminta kerjasama orang ramai atau saksi yang melihat kemalangan itu agar tampil bagi membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada pihak polis di mana-mana balai polis berdekatan.
Sementara itu, salah seorang ahli keluarga mangsa yang ditemui di Unit Forensik HSJ berkata, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Butterworth selepas keluar makan bersama dua lagi adik mereka malam tadi.
Menurutnya, Zuriana masih belum sedar dan dia juga tidak tahu suaminya telah meninggal dunia.
Difahamkan, pasangan berkenaan mempunyai lima anak yang masih kecil.
Jenazah Khairizul telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Hj Mohd Saad, di sini petang tadi.
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 9 Februari 2020 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
Sumber : Sinar Harian/ Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!