Jika korang peminat drama Korea The Penthouse, sudah tentu korang familiar dengan lagu yang dinyanyikan oleh watak utama Cheon Seo Jin dalam siri popular tersebut.
Lagu yang berjudul Queen of the Night adalah muzik klasik berbahasa Jerman yang dicipta oleh Wolfgang Amadeus Mozart untuk pertunjukan opera The Magic Flute.
The Magic Flute adalah sebuah pertunjukan opera yang diadakan oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan kawan-kawannya. Pertunjukan opera ini ditayangkan pertama kali pada 30 September 1791 di Freihaus-Theater auf der Wieden Di Wina.
Begitulah sedikit sebanyak kisah tentang lagu yang dimainkan di dalam drama The Penthouse itu. Cheon Seo Jin merupakan penyanyi soprano yang mempunyai akademi nyanyian sendiri dan menurunkan bakat kepadanya anaknya, Ha Eun Byeol. Tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ramai yang sudah tahu tentang jalan cerita drama ini kan?
Terbaharu, seorang pengguna Tik Tok yang dikenali sebagai zumujahid_zack telah berkongsi nyanyi penyanyi soprano negara, Datuk Syafinaz Selamat yang juga pernah menyanyikan lagu Queen of The Night itu juga.
Filem yang sedang viral di media sosial, Ku Kira Kau Rumah yang baru sahaja ditayangkan pada 3 Februari lalu di Indonesia akhirnya bakal ditayangkan di negara kita pada 22 Februari ini.
Filem yang bergenre drama ini adalah merupakan adaptasi dari sebuah lagu yang mempunyai judul yang sama dinyanyikan oleh Amigdala. Ku Kira Kau Rumah diarahkan oleh pengarah muda ketika umurnya 19 tahun, Umay Shahab yang turut dibantu pengarah senior Monty Tiwa.
Berdurasi selama 1 jam 30 minit, filem ini mengisahkan tentang seorang gadis bernama Niskala (Prilly Latuconsina) yang menghidap penyakit bipolar dan mempunyai masalah dalam kehidupan sosialnya.
Gadis ini kemudian bertemu dengan seorang pemuda bernama Pram (Jourdy Pranata) yang sering merasa kesunyian sejak ayahnya meninggal dunia dan ibunya pula sibuk bekerja.
Pada awalnya Pram tidak mengetahui bahawa gadis cantik itu menghidap bipolar yang sering mengalami perubahan emosi. Mereka berdua akhirnya menjalin hubungan rapat.
Kehidupan Niskala berubah secara drastik setelah berkawan dengan Pram dan gadis itu sering melanggar janji yang telah dibuat dengan ibu dan sahabatnya.
Terdahulu, ramai pengguna TikTok memuat naik video permintaan mengharapkan filem ini ditayangkan di Malaysia dan kini akhirnya ia sudah menjadi kenyataan apabila TGV Cinemas dan GSC masing-masing telah membuat kenyataan rasmi bahawa Ku Kira Kau Rumah akan ditayangkan mulai 24 Februari ini.
Ramai juga yang mencadangkan agar menonton filem ini seorang diri katanya lebih feel. So guys, dah ready ke nak menangis teruk? Jangan lupa sediakan tisu okay..
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas sedekad mencipta suara, tawa dan kenangan bersama pendengar, Jep Sepahtu secara rasmi mengucapkan selamat tinggal kepada Sinar, stesen radio yang telah menjadi rumah keduanya selama 10 tahun.
Sepanjang tempoh tersebut, Sinar bukan sekadar tempat bekerja, tetapi menjadi ruang Jep membina hubungan erat dengan pendengar yang setia menemani setiap pagi mereka.
Keputusan Jep Sepahtu tinggalkan Sinar bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya lahir daripada perjalanan panjang yang penuh kenangan dan pembelajaran.
Dalam ucapan terakhir yang sarat dengan emosi, Jep tidak memilih untuk berbicara tentang pencapaian mahupun populariti.
Sebaliknya, beliau menzahirkan penghargaan tulus kepada pihak yang paling setia menyokongnya sejak hari pertama para pendengar Sinar.
Menurut Jep, tempoh 10 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat. Ia cukup panjang untuk menguji kesetiaan, kepercayaan dan sokongan yang benar-benar ikhlas.
Katanya, sokongan mungkin datang dan pergi, namun pendengar Sinar kekal bersamanya dalam setiap fasa perjalanan kerjaya, bermula dari era Sepahtu Reunion sehinggalah ke dunia penyiaran radio.
Kesetiaan Pendengar Menjadi Kekuatan Utama
Bagi Jep, kekuatan sebenar sepanjang berada di Sinar bukan terletak pada angka populariti semata-mata, tetapi pada kesetiaan pendengar yang terus setia walaupun arus perubahan melanda industri hiburan dan penyiaran.
Kepercayaan inilah yang menjadikan pengalaman selama sedekad itu sangat bermakna.
Isu Jep Sepahtu tinggalkan Sinar turut membuka mata ramai bahawa hubungan antara penyampai radio dan pendengar bukan sekadar profesional, tetapi terbina atas rasa percaya dan kejujuran yang berterusan.
Penghargaan Buat Rakan Penyampai Dan Pengurusan
Beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada mentor, pihak pengurusan serta rakan-rakan penyampai yang pernah bergandingan dengannya sepanjang berada di Sinar.
Antara nama yang disebut termasuk rakan penyampai yang pernah menjadi pasangan siaran pagi seperti Rahim, Shuib, Angah, Eliza serta beberapa individu lain.
Setiap mereka memainkan peranan tersendiri dalam membentuk perjalanan profesional Jep sebagai penyampai radio.
Dinamika dan keserasian yang terjalin di udara bukan sesuatu yang mudah dibina, namun berjaya dicipta melalui kerjasama dan saling menghormati.
Dalam nada merendah diri, Jep turut memohon maaf sekiranya sepanjang tempoh tersebut terdapat gurauan, kata-kata atau tindakan yang mungkin pernah mengguris perasaan mana-mana pihak.
Jelasnya, dunia radio menuntut keserasian dan chemistry, namun beliau mengakui tidak semua gurauan dapat diterima dalam keadaan dan emosi yang berbeza.
“Kalau ada kata-kata yang terkasar bahasa atau gurauan yang buat sesiapa terasa, saya mohon ampun dan maaf,” ujar Jep dengan penuh keikhlasan.
Ucapan perpisahan itu turut ditujukan khas kepada pendengar setia Sinar yang sentiasa berada di belakangnya selama ini. Jep mengakui, tanpa pendengar, segala usaha dan perjalanan selama sedekad itu tidak akan membawa makna.
Walaupun episodnya bersama Sinar kini berakhir, Jep berharap ukhuwah yang terjalin sepanjang tempoh tersebut tidak terputus.
Sebaliknya, ia diharap terus kekal sebagai kenangan manis serta doa yang baik-baik buat semua pihak yang pernah terlibat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
” bukanlah kekayaan itu harta yang melimpah-limpa, akan tetapi kekayaan (yang sebenar-benarnya) ialah kaya jiwa.
Mungkin korang tidak berapa mengenali figura Sheikh Sulaiman Abdulaziz Al Rajhi. Kalau nak tahu, beliau adalah insan hebat yang merupakan pemilik kepada rangkaian bank al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia.
Pada tahun 2011, Forbes mengumumkan kekayaan yang dimiliki ahli perniagaan ini memiliki sebanyak $7.7 bilion menjadikan beliau tersenarai sebagai individu ke-169 terkaya di dunia.
Namun, beliau yang lebih dikenali dengan nama Sulaiman Al Rajhi kini digelar jutawan tanpa wang sejak 2012 selepas menyerahkan segala harta yang dimiliki kepada anak-anaknya dan juga projek-projek wakaf. Pada tahun 2012 juga beliau menerima anugerah King Faisal International Prize atas sumbangan separuh daripada kekayaannya untuk bantuan kerja kebajikan.
Pernah jatuh sebanyak dua kali, Sulaiman memilih untuk menjadi ‘miskin’ pada kali ke-3 demi ketenangan dirinya. Beliau menyerahkan harta kepada anak-anaknya bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan harta yang mana baginya hanya akan merugikan semua pihak; syarikat, masyarakat dan negara.
Sedar pada zamannya tiada bank Islam, beliau berusaha menubuhkan Al Rajhi Bank dengan bantuan dan sokongan daripada mufti besar, Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan abangnya, Sheikh Saleh Abdul Aziz Al Rajhi.
Sulaiman juga membina universiti bukan untuk mengaut keuntungan (non-profit university), Sulaiman Al Rajhi University di kawasan perkampungannya dengan fokus pengajian kepada bidang kesihatan dan perbankan Islam.
Tidak datang daripada keluarga yang berada dan bukan berketurunan raja, Sulaiman merasakan dirinya hanya penjaga bagi keseluruhan harta kekayaan yang dimiliki Allah SWT.
“Bagaimana anda boleh memuaskan nafsu lapar anda sedangkan jiran anda menghabiskan malam mereka dalam keadaan kelaparan?”
Jadi, apa lagi alasan untuk kita gagal berubah kerana orang kaya bukan terus-terus lahir sebagai orang kaya. Usaha mesti lebih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.